1986 part 8
"Pengetua, saya jadi pelik. Kenapa semua menteri tiba-tiba semua nak jumpa saya?"
Pengetua hisap curut sambil memerhatikan murid-murid dari tingkap pejabatnya.
"Datuk Seri Imad nak jumpa kau?"
"Ya, Abang Azham cakap semalam dia nak jumpa petang ni."
Dia berhenti mundar-mandir, kemudian berkata.
"Baru lima tahun, dah nak langgar...hmm..."
"Apa dia ni, Pengetua?"
"Kita akan lihat pilihanraya 1986 ini bakal jadi pilihanraya terakhir, Parti Persekutuan ini bersatu sejak penubuhannya tahun 1967. Kalau dari zaman Kongmegayu, dari 1923. Lepas ini, semua akan buat faction sendiri, tubuhkan parti, dan mereka perlukan pemimpin dari masa depan untuk berpihak kepada kepentingan mereka, sebelum orang lain yang mengambil pemimpin dari masa depan tu."
Pengetua memandang aku.
"Kaulah pemimpin tu. Aku harap kau faham sekarang, kenapa tiba-tiba semua menteri mencari kau."
"Apa maksudnya saya pemimpin masa depan tu?"
"Kau cari balik di mana komik Hikayat Sayyid Muluk yang kau pernah tunjuk pada aku tu. Itulah petunjuknya."
Aku pernah tunjukkan komik dari zaman 1920an kat Pengetua. Komik itu tulisan Jawi, menceritakan perang antara Tengku Ismail dan Tengku Ishak.
"Saya, keturunan keenambelas Tengku Ishak?" tanya aku.
"Ya, kau lah orangnya. Aku tak sepatutnya beritahu kau sekarang sebab belum tiba masanya lagi."
"Tapi saya masih remaja lagi. Baru 17 tahun!"
"Jadi sebab tu ramai yang nak pegang kau, sebelum kau jadi tua. Do you understand me now?"
Semakin Pengetua beritahu aku tentang hal ni, semakin aku tak faham. Aku ada kaitan dengan sejarah silam Gelanggayu?
--
Aku tahu, aku tak boleh pergi sorang. Aku mesti kena bawak seseorang kalau apa-apa jadi pada aku.
"Luqman!"
Aku nampak dia berjalan seorang diri menuju ke kelas.
"Azlan!"
"Boleh tak hari ni aku nak bawa kau pergi jumpa Timbalan Perdana Menteri?"
"Aku malaslah. Aku nak main game."
"Luq, kau tak boleh macam ni. Bapak kau harapkan kau."
"Bapak aku sendiri berapa kali dia cakap yang aku ni anak yang tak boleh diharap."
"Sebab tu kau kena ubah diri kau!"
"Aku tak minat politik lah, Azlan."
"Kalau kau tak minat politik sekalipun, kau kena belajar jumpa orang, Luq. Kalau tak, kau takkan boleh jadi rock star."
"Tapi kau bukannya selalu sangat pun jumpa orang, Lan?"
"Sebab cita-cita aku bukan nak jadi rock star macam kau."
Luqman ragu-ragu, tapi aku ugut aku takkan ajar dia main gitar kalau dia tak ikut.
Senang sangat nak gertak budak ni.
--
Sebelum aku jumpa Ali, yang akan membawa aku bersama Azham, dan Datuk Seri Imad, aku bertemu dengan bapa Luqman dulu, Datuk Mohd Nor.
Kehadiran aku ke pejabat Datuk Mohd Nor menceriakan dia. Dia sambut aku macam aku pulak anak dia. Luqman pun dia tak peluk macam aku.
"Ada hajat apa datang sini?"
"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Imad, nak jumpa saya hari ni. Saya bawa Luqman, boleh?"
Datuk Mohd Nor memandang Luqman dengan muka yang tak yakin.
"Boleh ke?"
"Saya cuba, Datuk."
"Aku percaya dengan kau, Azlan."
"Terima kasih. Saya pergi dulu."
Dalam berjalan tu, Luqman mengeluh tentang sikap ayahnya yang nak memaksanya untuk jadi ahli politik.
Aku diam saja, sebab aku rasa dia berhak ada perasaannya sendiri. Aku terus berjalan ke pondok telefon depan pejabat Datuk Mohd Nor.
"Ali, aku kat depan Dewan Bandaraya Wijayapura. Aku tunggu kau kat bus stop."
Aku terus light rokok.
"Kau hisap rokok?" tanya Luqman.
"Ya, aku dah start hisap rokok. Sebab aku dah start stress dengan semua ni."
Kejap lagi Ali sampai, aku dan Luqman terus masuk dalam kereta.
Sampai ke lobi hotel, aku lihat ada ramai lelaki berbadan sado memakai suit mengiringi seorang lelaki VVIP.
"Tu la dia, Datuk Seri Imad, Timbalan Perdana Menteri," kata Ali pada aku.
"Rumah aku ada TV, Ali. Aku kenal dia. Tapi, kenapa dia macam big boss party, bukan Datuk Seri Azmi sebagai Perdana Menteri?"
"Sebab Datuk Seri Azmi cuma Presiden Parti. Datuk Seri Imad ni, Ayah Long untuk Gagak Merah. Selama ni, kalau kau tengok ahli politik, diiringi bodyguard tu, dalam negara ni, semua tu gangster."
Aku mengangguk faham.
"Semua ahli politik ada gangster?" aku tanya balik Ali.
"Bukan semua. Ada yang tak main ni semua. Meeting kali ni bukan meeting parti, lebih kepada meeting gangster."
"Aku nak kena pukul ke, Li? Sebab aku jumpa Datuk Rahizan."
"Apa-apahal, Pengetua ada. Kau tak perlu risau pasal tu."
"Azlan, jemput naik," kata seorang lelaki yang nampak aku di lobi.
Luqman mahu ikut serta tapi dihalang.
"Azlan sahaja."
Aku naik ke tingkat 6, dan masuk ke conference room. Semua orang pandang aku macam nak telan aku.
"Assalamualaikum," kata Datuk Seri Imad pada aku.
"Waalaikumsalam, Datuk Seri."
Datuk Seri Imad berjalan ke arah aku.
"Relax, kau bertenang je."
Aku hanya berdiri sambil melihat dia berjalan mengorbit aku.
"Selamat datang ke Gagak Merah. Kau tau kan kenapa kau dipanggil ke sini?"
"Tak tahu, Datuk Seri."
"Saja, aku datang sini untuk mengenali dengan lebih rapat, dengan anak emas Pengetua."
Datuk Seri Imad keluarkan sebilah pisau.
"Kamal?"
"Ya, ayah."
"Bawa surat sumpah tu."
Lelaki bernama Kamal menyerahkan sekeping surat pada aku.
"Tandatangan sini," Datuk Seri Imad suruh aku tandatangan pada borang yang aku tak faham dia menggunakan bahasa apa memandangkan tulisan yang ditulis tu bukan dalam huruf Rumi, tapi tulisan zaman purba. Jawi pun bukan.
"Apa ni, Datuk Seri. Saya tak faham?"
"Itu tulisan zaman Gandawa. Zaman sebelum wujudnya Wijayapura ni."
"Tapi apa maksudnya? Saya tak faham?"
"Bagus bila kau bertanya. Azham, ke depan."
Azham senyum pada aku, kemudian menerima pisau tu. Dia kemudiannya memegang tangan kanan aku, dan kelar jari telunjuk aku, kemudian dia calitkan pada kertas tadi.
"Tahniah, kau kini ahli kongsi kami," kata Azham yang bersalaman dengan aku.
"Mulai hari ini, kau telah aku anggap macam bersaudara. Apa yang kau nak, aku akan tolong. Tapi kau jangan khianati perjuangan kami."
"Apa dia tu, Datuk Seri?"
Datuk Seri Imad menghulurkan aku sebuah buku berjudul "Sejarah Gandawa: Ketamadunan Hebat Di Pentas Sunda."
"Kau, Azlan, bakal jadi seperti Raja Gautama yang bakal menyatukan semula orang Gelanggayu yang sudah berpecah."
"Datuk Seri, saya baru berusia 17 tahun. Tidak ke saya ni terlalu muda untuk semua ni?"
"Raja Gautama memimpin Tentera Gagak Merah seawal usianya 17 tahun. Raja Adiwarman menyeberang laut ke Kundur, dan berperang dengan tentera Raja Rama seawal umur 16 tahun. Apa kau nak takut? Kami ada untuk kau."
"Tapi kenapa saya?"
"Sebab kau dipilih Pengetua. Bukan senang untuk dipilih oleh Pengetua, macam kau. Jadi, tugas pertama kau, ialah mengintip Datuk Rahizan. Perhatikan tindak tanduknya. Kemudian, kau beritahu Azham."
"Baik, Datuk Seri."
--
"Lama lagi ke Azlan ni? Kalau tau macam ni, baik duduk rumah, main game," kata Luqman, kebosanan.
Dia tengok Ali sedang bakar crack dalam paip.
"Kau hisap apa tu?"
"Kau hisap benda ni, kau akan ada superpower. Macam aku. Orang pukul tak sakit. Kau akan rasa kau berani."
"Boleh aku try?"
"Budak bawah umur tak boleh ni."
"Tapi aku nak jadi berani macam kau juga, Ali."
Ali hulurkan paip crack, dan masukkan dalam mulut Luqman. Kemudian dia bakar hujung paip tu sampai keluar asap.
Luqman tersedak, dan terbatuk.
"Kejap lagi, kau akan berada dalam alam kau."
Luqman rasa dalam euphoria. Tak pernah dia rasa seseronok ini.
"Rosak anak orang," Ali ketawa bila melihat Luqman gelak seorang diri.
--
Hari ni Ayuni balik Temasik dan Hashim pula ada kerja di istana. Maka Faridah yang jemput Merlina di tadika.
Di dalam kereta, Faridah tadah je telinga bila Merlina main tiup rekoder lagu Mary Had A Little Lamb.
"Mer, tiup kat rumah lah. Aunty nak drive ni."
Merlina berhenti tiup rekoder.
"Aunty, nak tanya. Aunty pandai tak lukis?"
"Pandai. Dulu aunty nak belajar seni, tapi ayah aunty tak kasi. Dia suruh ambik finance masa Aunty belajar kat US."
"Aunty belajar la kat sana?"
"Tak juga. Aunty malas nak belajar. Aunty ikut suami aunty, masa tu baru kawan je, mengembara seluruh Amerika."
"Mer nak melukis tapi ayah tak pandai."
"Ayah Mer pandai tulis skrip. Ibu Mer pulak dulu pelakon tau."
"Tau. Tapi Mer suka melukis."
"Aunty pun suka melukis."
"Aunty ajar Mer lukis, boleh tak?"
"Boleh, Mer. Mer nak lukis gambar apa?"
"Zirafah!"
"Hah? Takde gambar lain ke? Gini, hari ni aunty ajar basic mewarna, okay? Jom, kita pergi kedai alat tulis, beli water colour dengan kertas."
Melihat minat Merlina sama seperti dia dahulu, dia melihat Merlina sama seperti dirinya. Bezanya, dahulu masa dia kecil, tidak ada siapa yang mahu membantunya.
Faridah kemudian mengajar Merlina warna asas iaitu biru, merah dan kuning.
"Sebenarnya, kita cuma perlukan tiga warna ni je kalau kita pandai campur warna, termasuk hitam dan putih, ada lima lah. Okay, kalau warna biru ni campur dengan merah...jadi warna..."
"Ungu!" kata Merlina dengan seronok.
"Okay, basuh dulu berus ni. Kemudian kalau merah ni campur kuning? Jadi warna?"
"Oren!"
"Pandai. Kalau biru campur kuning?"
"Aaaa, hijau!"
Sebagai basic, Faridah ajar Merlina lukis pokok yang berada di hadapan rumahnya.
"Cuba Mer tengok, cahaya matahari datang dari mana?"
"Dari...aaahhh sana!"
"Jadi kalau ada cahaya, ada bayang. Kalau ada bayang, kita gelapkanlah warna tu."
"Cantiklah Aunty Idah!"
"Nah, sekarang Mer cuba warnakan pokok yang Aunty dah lukis ni, Aunty nak tengok."
Melihat Merlina berminat dengan seni, melapangkan dadanya.
Faridah tahu, anaknya Azlan telah dibentuk oleh Pengetua untuk menjadi pemimpin negara. Dia tahu yang Azlan suatu hari nanti akan jadi mengikut apa golongan pengikut fahaman Sayyid Muluk yang mengelilingi anaknya.
Tapi Faridah ada satu agenda untuk anaknya bawa, supaya satu hari nanti, anak-anak seni ini tidak dibiarkan nasibnya menjadi terbiar dan terabai. Lebih tragik, jadi seperti dirinya - minat seni tapi ayah paksa ambik subjek finance yang dia langsung tak minat.
Sama seperti arwah suaminya yang berjiwa seni, iaitu seorang pemain muzik, Faridah faham betapa pedihnya jalan kehidupan anak seni di zaman ini.
Dia mula berfikir, mungkin gap umur Merlina dan Azlan sangat jauh, tapi kalau dirapatkan, mungkin jadi adik angkat, mungkin agenda seni di Gelanggayu akan boleh diangkat oleh Azlan satu hari nanti.
"Cantik tak, Aunty?" tanya Merlina.
"Kasi ton lagi kat belah sini. Cahaya tu kasi terang lagi, macam ni. Untuk daun, ambil warna biru navy ni, dengan coklat tahi anjing ni. Cuba campurkan?"
"Aik, jadi warna hijau daun lah!"
"Seni memang macam tu. Kita nampak benda yang orang lain tak nampak."
"Macam ni Aunty kena ajar Mer lagi lah!"
"Okay je."
Faridah mula memikirkan strategi bagaimana untuk menggunakan anaknya untuk agenda anak seninya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top