1986 part 4

Yang Amat Berhormat,
Perdana Menteri Gelanggayu,
Seri Bendahara,
Kompleks Kerajaan Utama,
Kerajaan Gelanggayu al Daulah
50000,Wijayapura

Tuan Yang Berhormat,

Saya Azlan bin Muhammad Niat, dari Kolej Melayu Wijayapura mengarang surat ini dengan rasa rendah diri, ingin melihat Gelanggayu untuk menjadi sebuah negara yang maju dari segi industri aero angkasa.

Sejajar dengan budaya ilmuwan Islam, seperti al-Biruni dan ibn-Haytham, bangsa Gelanggayu juga perlu melahirkan para astronomi yang berjaya.

Tragedi kapal angkasa Challenger yang meletus awal tahun ini adalah tragedi yang melukakan hati. Namun, itu bukan bermakna ia adalah halangan untuk manusia untuk mencapai ke angkasa.

Di Tanjung, Melaut, merupakan tempat para ulama untuk melakukan rukyah dalam memerhatikan anak bulan, untuk menentukan ibadah berpuasa dan hari raya.

Jika pembangunan industri aero angkasa ini disadur dengan tradisi ilmuwan Islam, insya-Allah, bangsa Gelanggayu akan mencapai ke angkasa dengan bermula di Tanjung.

Salam hormat,
Azlan Muhammad Niat
5 Diplomat, Kolej Melayu Wijayapura

--

"Yang Amat Berhormat, Datuk Seri. Ini semua surat-surat untuk pertandingan menulis surat kepada PM tu. Nanti pilihlah satu untuk pemenang. Kita akan panggil sekolah dan pemenangnya, akan bertemu dengan Datuk Seri, sebagai galakan pemikiran kreatif belia Gelanggayu," kata setiausaha sulit Menteri Pendidikan.
"Baiklah, nanti saya baca," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Azmi Ibrahim.

Setiausaha sulit Menteri Pendidikan tu telefon rumah peribadinya.

"Mah, Zizan ada tak? Suruh dia mari sini kejap. Papa nak minta tolong dia ni. Suruh driver hantar dia datang office."

Datuk Seri Azmi terus meneliti fail-fail kerajaan.

"Datuk Seri, pukul 4 petang nanti, Datuk Seri kena pergi kelas IT ya. Kena belajar komputer Lotus 123," kata setiausaha pejabatnya.

"Baiklah," kata Perdana Menteri.

Beberapa saat kemudian, datang lagi seorang pegawainya.

"Datuk Seri, NASRON Plantation nak adakan upacara penanaman semula kelapa sawit di Gunung Pauh, Kenidiri. Dah nak pilihanraya ni, ada majlis kutip dana di situ. Rahman kata, dia dapat 25,000 ringgit dari cabang parti situ."

"Berapa haribulan tu?"
"25 haribulan ni, Datuk Seri."
"Jam?"
"Pagi, Datuk Seri."
"Tuliskan dalam schedule, lepas tu uruskan pengurus kempen parti untuk bergerak kempen di bahagian tu."
"Baik, Datuk Seri."

Sejam setengah kemudian, Zizan tiba di pejabat ayahnya.

"Ha, sampai pun kau, Zizan."
"Apa dia, papa?"
"Kau baca surat ni, pilih pemenang, lepas tu bagi kepada setiausaha Menteri Pendidikan hari Isnin depan."
"Siapa namanya?"
"Datuk Bakri. Bakri Abu Bakar. Jumpa dia, lepas tu cakap pada papa, kenapa dia punya idea, best. Jangan pilih kroni, papa tahu kroni, papa karate tengkuk Zizan nanti. Ingat, Bersih, Cekap, Amanah!"
"Baik, papa!"

Tengah belek-belek, dia nampak nama Azlan. Dia buka yang tu dulu.

"Wow, ni genius!"
"Papa, dah jumpa!"
"Kau pilih kroni kau ke ni?"
"Tak, ni pure luck la."

"Basically, pa, dia cadang nak bangunkan pusat aero angkasa kat kawasan kampung dia, sebab kawasan tu tempat paling sesuai untuk tengok anak bulan puasa."

"Mari sini, aku baca?"

Datuk Seri Azmi membaca surat Azlan.

"Yang ni KIV. At least top 3. Baca yang lain dulu."
"Baik, papa."

"Yang ni ada ke nak kereta macam Transformers? Oo, patutlah, darjah dua rupanya."
"Ala asal perempuan je nak equal rights. Ramai sangat bagi surat lebih kurang."
"Yang ni nak suruh negara ada helikopter macam Airwolf pulak?"
"Yang ni cakap nak tenaga nuklear? Gila ke, tak tengok ke apa yang berlaku kat Chernobyl?"

"Zizan, mama masak apa hari ni?"
"Hari ni balik rumah mama ke, rumah First Lady?"
"Rumah mama la. Hari ni kan hari Jumaat."
"Kalau papa balik tu, masak favorite papa la, asam pedas ikan haruan."
"Sedap tu. Surat-surat tu masukkan balik, lepas tu pilih tiga yang terbaik. Daripada tiga tu, papa pilih sorang je untuk jumpa. Tiga orang tu, bawa dia jumpa Datuk Bakri dulu, kemudian interview dan Menteri Pendidikan, Datuk Rahizan."

Zizan terjumpa surat Natasha. Eh? Kenapa dia pun hantar juga?

Zizan membaca surat Natasha, dan bercakap reformasi sistem pendidikan yang lebih menerapkan pembelajaran sains dan teknologi.

Akhirnya Zizan pilih Azlan, Natasha dan seorang lagi pelajar dari Air Putih bercakap tentang menjadikan Sungai Raya, sungai terpanjang di Gelanggayu sebagai mod transportasi dan laluan perdagangan dalam negeri untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan kos pembinaan lebuhraya.

"Datuk Seri, kelas komputer jam 4, jangan lupa."
"Ye lah, baik lah."

Datuk Seri Azmi terus memakai kot dan mengambil buku-buku nota belajar kelas komputer. Walaupun dia Perdana Menteri, dia juga tak terlepas dalam semua kakitangan kerajaan untuk belajar tentang komputer.

"Datuk Seri, Datuk Mat gabenor Ketil tanya, bajet subsidi untuk bekalan baja padi boleh tambah lagi tak?" tanya seorang pegawainya bila dia keluar dari pintu pejabat.

"Jumpa Hairi, dia Unit Perancang Ekonomi. Nanti semua maklumat yang kita dapat, kita masukkan ke dalam komputer, kita rumuskan. Kalau pakai otak saya je, tak dapat tafsir semua dengan tepat."

"Baik, Datuk Seri."

--

Zizan memandu untuk ayahnya yang sedang keletihan pulang dari Seri Bendahara. Dengan fail yang penuh di tepinya.

Kereta berjalan diiringi oleh skuad polis pengiring menuju ke rumah isteri kedua Perdana Menteri, Rahmah Kassim, penyanyi popular zaman pop yeh-yeh 60an.

"Macam mana kerja hari ni, darling?" Rahmah buka blazer Datuk Seri Azmi.

"Dah nak pilihanraya ni. Banyak kerja kena buat sebelum nak berkempen."

"Mah dah masakkan asam pedas haruan kegemaran darling. Zizan, tolong mak susun pinggan kejap."

Datuk Seri Azmi menonton TV dan melihat Presiden Parti Jujur, Datuk Hamdi sedang berkempen di Tanjung Pasir.

"Korupsi rasuah berbillion-billion, tender terbuka konon, tapi konsesi lebuhraya, semua bagi ke kroni!"

Datuk Seri Azmi tutup TV. Malas dia nak fikirkan tentang politik di rumah isteri keduanya.

Rahmah masak asam pedas ikan haruan, sayur masak lemak labu dan acar timun. Makanan ini adalah makanan kegemaran Datuk Seri Azmi.

"Sedap Mah masak. Kalau makan, puas hati."
"Ye lah, darling. Nak makan sedap, datang la sini."
"Kena ikut giliran. Nanti Mem Besar marah."

Ketawa Rahmah bila mendengar lawak jenaka Datuk Seri Azmi.

"Zizan, kau dah pilih tiga surat tu?"
"Ya, papa. Dah baca semua, dah pilih mana yang terbaik."
"Cakap tiga ni, papa pilih. Papa nak Zizan pilih satu yang terbaik. Bincang dengan Datuk Bakri. Dah bincang tu, jumpa dengan Datuk Rahizan. Nanti papa akan decide hujung bulan ni."
"Baik, papa."
"Papa nak berkempen di Ketil minggu ni. Zizan nak ikut?"
"Jauh sangat tu. Takpelah, Zizan stay je."
"Macam tu bawak Rahman je lah."

--

Datuk Seri Azmi membelek-belek fail kerajaan hingga ke malam. Sampai dia tertidur di atas meja.

"Papa," Zizan sediakan air masak dan ubat darah tinggi.

Zizan kejut papanya yang sedang tertidur. Letihnya setiap hari bukan kepalang.

"Ha, Zizan."
"Makan ubat ni, papa."
"Ha, ye lah ye lah."

Dia tahu dia dah letih sangat untuk bekerja, jadi dia tutup saja semua fail tu.

"Papa nak tanya, kamu dah ada makwe?"
"Hish, ke situ pulak papa ni."
"Papa tanya je."
"Entah. Takde kot."
"Takde orang nak?"
"Haha, orang segan kot."
"Hish, ada ke orang nak segan dengan kamu ni, Zizan."

Dia memikirkan tentang Cindy. Tapi Cindy bukan Melayu, sudah tentu menjadi isu.

"Kalau dah ada beritahu, papa nak tengok juga muka gadis kesayangan kamu tu."
"Baik, papa. Papa rehatlah. Esok nak flight pergi Ketil. Jauh tu."
"Ye lah, baiklah macam tu."

--

"Nah, ini tiga ekor ayam!" Ali letak satu besen ayam yang telah dipotong-potong. Azlan menyarung tangannya dengan sarung tangan getah, dan Natasha berdiri di sebelahnya, sedang cuba nak pelajari macam mana nak perap BBQ.

"Prinsipal nak perap BBQ ni kena ada empat elemen. Lemak, gula, rempah dan asid. Empat elemen ni kena ada, plus garam, faham?"

Natasha menangguk.

"Okay, first kita letak minyak, elemen lemak. Boleh guna minyak jagung, kacang, sawit..."
"Olive oil?"

Azlan pandang Natasha.

"Olive is for salad."
"Canola? Grapeseed?"
"Boleh. Lepas tu kita gaul dia, bak sini garam tu..."

Natasha hulurkan garam.

"Now, kita juga boleh gunakan kicap, since dalam kicap ada combo gula dan garam. Tapi sebab kat sini takde kicap...kemudian, kita letak secawan Coke..."
"What? Coke?"
"Remember young Padawan, do not question your master..."
"Tapi, apa gila ke perap BBQ dengan Coke?"
"Tengok je. And lepas tu, kita letak orange juice ni..."
"This is a weird experiment, Alan..."
"Lepas tu, letak hoisin sauce, Worcestershire sauce, and then paprika, thyme, and rosemary. Done. Ali!"
"Dah siap perap ke?"
"Dia ni tak caya aku perap ayam BBQ pakai air Coke?" kata Azlan.
"Nat, ramuan-ramuan magic, selalunya datang dari ramuan yang tak disangka. Kau tunggu siap bakar nanti. Kambing kau nak perap jugak ke?"
"Kambing bahan lain weh. Tak kena dengan Coke."
"See? Merepek kan letak Coke!" kata Natasha.
"Untuk ayam, okay. Untuk kambing, tak kena. Ali, ada kicap pekat? Bawak HP sauce sekali."

Natasha pandang Azlan dengan pandangan penuh skeptik.

--

"Nah, rasa ni, ayam Coca-Cola!" kata Azlan hulurkan ayam dengan penyepit kepada Natasha sambil mengipas bara api. Ali pula sedang menterbalikkan daging kambing.

Abang Azham buka lagu rock kapak, lagu Search, Langit Dan Bumi berkumandang.

"Kesian awek kau tu makan sorang-sorang, Lan. Karang kena rembat karang, meh la, aku pulak yang tukang kipas bara," kata Azham.

"Nak sekeping kambing, Li?" tanya Azlan sambil sepit kepak ayam.
"Ha, ambik ni."
"Jacket potato tu, satu jugak," kata Azlan.

Selepas tuang sos BBQ dan mengambil setin Coke, Azlan berjalan menuju ke Natasha.

"Amacam?" tanya Azlan.
"Sedap lah! Tak rasa Coke pun?"
"Memang la. Dah perap dengan macam-macam. Gini, lemak tu hold semua spice tu. Acid, macam orange juice tu, dia pecahkan lemak tu, untuk perasa tu masuk ke dalam daging. Gula untuk karamel yang tepi-tepi hitam ni, rasa manis. Spice untuk perasa dan aroma lah."
"Cooking is like science. Dua elemen paling beracun untuk manusia, sodium and klorida. Tapi bergabung jadi garam, benda penting untuk manusia."
"Exactly," Azlan mengunyah ayam sambil pandang laut.
"Samalah macam kita. Kita ni dua elemen yang totally different. Perangai kita jauh beza, but we complete each other."
"Harap macam tu lah. Kita mana nak tahu masa depan kita macam mana."
"Alan, cita-cita you dah besar nak jadi apa?"
"Cita-cita I dah ditetapkan Pengetua."
"Jadi apa?"
"He has plan for me."
"You takkan takde plan you kot?"
"I do. But I'm not sure I'll be able to do it kalau Pengetua masih ada."
"Why Pengetua macam controlling every aspect of your life?"
"I don't know. Dia cakap, one day I akan faham. But for now, ikut je dia."
"You realised that dia ada banyak cable kan? And he seems has his agenda untuk negara ni."
"I play along, but I'm not his pawn. Mark my words, satu hari nanti when I'm strong enough, I will make my own move."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top