1986 part 2

Telefon rumah berbunyi.

"Hello, siapa tu?"
"Nat, your girlfriend. You ada nak pergi mana-mana tak hari ni?"
"Not really. Duduk rumah je. Why?"
"I nak surprisekan you. You tunggu je depan rumah. Give me 30 minutes untuk sampai rumah you."
"Okay, nak lepak rumah ke?"
"Tunggu je I datang, okay? Bye, love you."
"Love you too."

20 minit kemudian, bunyi hon kereta di depan rumah.

"Cepatnya sampai?"

Kelihatan Nat keluar dari kereta.

"Baby, jom la keluar. Kenapa tak siap lagi ni?"
"You told me 30 minutes!"
"Yeah, jadi bersiaplah."
"I usually bersiap in 5."
"Urrrggghh, lelaki! Cepatlah siap, Zizan ada tu. Takkan nak pakai boxer depan anak Prime Minister?"
"Why are you bringing him?"
"Janganlah jealous. Cindy ada, so while we go together, at least Cindy tak payahlah jadi third wheel. Eh, dah lah, jangan argue dengan I lagi. Cepat pakai elok-elok!"

Aku capai seluar jeans, dan gerak menuju ke kereta.

"Siapa drive?" kata aku bila disuruh duduk seat depan.

"I la! Let's go sight seeing!" kata Natasha.
"Road trip la!" kata Cindy dari belakang.
"Tak berani lagi. Nanti rosak susah daddy I nak tolong," kata Natasha.
"You drive ke?" aku tanya Natasha.
"I dah dapat lesen la. Naiklah, trust me!"

Nampak Nat menghisap segulung corlitas.

Nat pandang aku, kemudian letak jari telunjuk pada bibir, tanda jangan beritahu mak ayah dia la.

"You tak marah I kan? You tak hisap kan benda macam ni?"

Aku senyum sinis je bila mereka ni bercakap tentang daun lima jari ni. Ali ajar aku hisap benda ni masa aku sekolah rendah lagi.

Tapi aku biarkan sahaja Natasha baru nak jadi bad girl. Baru dapat lesen la katakan.

Kami berempat melepak di sebuah restoran nelayan, beberapa kilometer dari pelabuhan.

"Yes, sir? I would like to orde-"
"Cakap Melayu je la, Zizan!" kata Cindy sambil tepuk tangan Zizan.

"Korang couple ke?" tanya Nat.
"Takdelah!" tapi tangan Cindy peluk lengan Zizan.

Aku pula tengah layan stim high akibat asap dalam kereta tadi.

"Baby, are you okay?" Nat risau.
"Dia tengah layan high tu," kata Cindy.
"Terbang ke bang? Hahaha!"

"Aku tengah bayangkan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Gelanggayu sebelum penjajah datang. Korang bayangkan, ada banyak kapal lalu lalang macam kat depan ni. Tapi pakai bot kayu. Lepas tu ada syahbandar pakai baju Melayu kutip cukai..."

"High teruk ni!" kata Zizan.
"Hahaha!"
"Tak pernah tengok you senyum," kata Cindy.
"Haah, kau tak pernah pun senyum. Mungkin Nat pernah kot," kata Azizan.

"I pun terimagine macam you. Ye lah, especially zaman-zaman purba, kan?"
"Nat!"
"Couple always have their same kind of bandwidth of mind. Congrats, Alan, you're the next prom night king at KMW!"
"Prom night? Tak minatlah," kata aku.
"Alaaaa, kenapa? Semua orang expect you jadi prom king tahun ni kot," kata Natasha.
"Why?"
"I think semua orang akan vote you."
"I don't think so. I obnoxious kot. Tak caya tanya Cindy. Cindy budak kelas I," kata Azlan.
"You obnoxious sebab you anti sosial, Azlan," kata Cindy.
"And that's why I tak nak jadi prom king."

"Then, you suka sumbang idea kan? Every year, Perdana Menteri ada buat pertandingan untuk semua pelajar sekolah pintar, menulis surat kepada Perdana Menteri, pasal idea membangunkan negara," kata Natasha.

"Yes, Alan. Surat tu nanti akan dijudge oleh bapak aku, lepas tu yang terbaik, dia akan pilih pelajar yang menang tu, untuk dia dengar proposal pelajar tu dan berbincang idea tu dengan Perdana Menteri. Dengan wang tunai lah," kata Azizan.

Aku kena tanya Pengetua dulu sebelum aku buat decision ni.

Sedang nak bayar tu, aku nampak Ali sedang belanja anak-anak buahnya makan.

"Woi, Ali!"
"Weeeiii Azlan, apa kau buat sini?"
"Makan la!"
"Wei, mari lepak jap."
"Alamak Ali, member aku dah nak gerak la. Aku gerak dengan dia tadi."
"Okay, okay. Tu awek kau ke? Macam kenal je?" kata Ali.
"You the one yang selamatkan I hari tu! Alan, dia ni yang dulu tolong I!"
"Kecik punya hal."

Budak Ali, si Daus ni pergi usha t*tek Nat.

"Minah salleh ni, p*ting dia mesti pink!"

Aku terdiam. Aku pandang Nat. Nat terdengar kata-kata tu.

"What did you just say?" Natasha menengking terus budak tu.

"Daus, kau mari sini jap!" jerkah Ali. Daus tu berjalan ke depan.

Ali terus lempang budak tu.

"Kau mintak maaf balik dengan awek Azlan ni. Sebelum aku tumbuk kau!"

"Lek, lek, Ali, Nat. Kita kat tempat awam ni," aku cuba menenangkan kedua-duanya.

"Mintak maaf, sekarang!"

"Saya mintak maaf, kak!"

Nat mengangguk. Ali susun sepuluh jari meminta maaf atas keceluparan anak buahnya.

"Dengan Alan ni pun kau minta maaf."
"Minta maaf, bang."
"Kuat lagi, telinga aku ni sebelah tak dengar. Pekak sikit! Selalu sangat dengar bunyi pistol."
"Minta maaf, bang."
"Cium tangan dia, dia abang tailong besar kat sini. Dia dengan boss aku, member kamceng!"

Budak tu pun mencium tangan aku macam aku ni Don Corleone.

"Nanti aku call kau?" kata Ali. Aku mengangguk.

Aku peluk Daus.

"Takde hal lah. Kecik punya hal."
"Daus minta maaf, bang Azlan," kata Daus yang dah mula nak menangis.
"Takpe. Biasalah, budak-budak. Ali, rilek la. Control sikit temper kau tu."

--

Dalam kereta, Nat jadi mood kacau. Lepas hantar Zizan dan Cindy balik, dia berhenti kat selekoh depan tasik rumah dia. Dia keluar dari kereta, berpeluk tubuh.

Aku tahu dia masih marah lagi pasal peristiwa tadi.

"Look, I'm sorry of behavior on behalf of my best friend's anak buah, okay? I know it was distasteful, but he is my best friend."

"Orang macam tu ke, you nak buat kawan? Badan bertattoo, pukul orang sana-sini? Kalau daddy tau ni, mampos you!"
"But he save your life, Nat."
"I know dia selamatkan I, tapi imagine kalau my dad nampak you berkawan dengan dia? You rasa apa first impression dia terhadap you?"
"I don't care. I'm not going to throw Ali over anybody."
"You don't care but I care!"

Aku tak boleh blah la kalau Natasha ada pemikiran macam ni.

"Berhenti, Nat! Takpelah, tak payah hantar I. I balik jalan kaki."
"Gila ke nak berhenti tengah gelap ni?"
"Ni last la I keluar dengan you."

Natasha terus brek kereta. Aku terus bukak pintu kereta.

"What's wrong with you?" jerit Natasha.
"Maybe we are not compatible. Kita break je lah."

Aku terus blah dari Natasha. Pantang betul aku bila ada orang cuba nak judge kawan aku.

Natasha kejar aku. Dia pegang tangan aku.

"I minta maaf, Alan. I'm sorry," kata Natasha, merayu maaf pada aku.

"Dia dah jadi kawan baik I dah lama, lagi lama daripada I kenal you. Susah senang kami bersama. You baru jadi girlfriend I for two weeks dah nak control my life."
"Alan, I takde niat nak menghina you, or your friend. I'm sorry, but you're misinterpreted what I meant."

Aku teringat kata Pengetua satu masa dulu. A good leader is a good listener.

"Alan, I'm worried. I love you and I want you to be with me in the future. I cuma rasa terhina dengan apa yang budak tu cakap."

"I understand, dan budak tu dah minta maaf, kawan I boss dia tu pun dah minta maaf, and I pun dah minta maaf. Dah kena pelempang pun. Apa lagi yang you tak puas hati?"

Nat terus diam.

"I dah minta maaf kan bagi pihak dia? Okay, puas hati?"

"I didn't mean nak buat you marah."
"Dah lah, I balik jalan kaki. You balik la rumah you."

Nat sekali lagi memegang tangan aku.

"Lepaskan la. Karang kena samak pulak."

Aku terus je blah, tak banyak cakap. Pantang betul aku bila orang hina kawan aku. Ali sanggup mati demi aku. Tiba-tiba aku nak kena dengar cakap makwe yang tak sampai 2-3 minggu ni?

Aku tak lapar apam la.

--

Natasha

I telefon rumah dia berkali-kali, tak berangkat. Lepas tu pukul 11:30 malam, ibu dia angkat. Cakap belum balik lagi. I jadi risau.

I know, I shouldn't said that. It's my foot-in-my-mouth problem.

I hope he return home safely. Esok I jumpa dia kat sekolah and slow talk to him.

--

Esoknya I pergi sekolah, dia ponteng kelas. Oh, no.

Dia dah mula perangai lama dia.

Habis sekolah, I cari dia and I nampak dia masuk kedai arcade game depan sekolah. Bila I masuk, penuh dengan asap rokok.

Ada bunyi-bunyi arcade game, orang main billiard, I nampak dia jadi cashier kedai judi.

Nampak dia sedang khusyuk main game kapal terbang tembak-tembak, Alpha Mission dengan his friend, Ali.

"Alan, you buat apa kat sini?"
"Main game."

Dia buat muka tegak je.

"Alan, please go back to school. Pengetua dah start cari you."
"Dia tahu rumah I kat mana."
"Alan, I minta maaf sangat dengan you. Sincerely. Let's go out, we talk."

I pegang tangan dia, kemudian his best friend macam tiba-tiba je sengaja buat-buat kalah.

"Aik, dah kalah?"
"Dah la tu, Lan. Jom la blah."

Few minutes later Azlan pun kalah. Game over.

"Alan...you nak pergi mana?"
"Makan."
"Okay, okay. Will you please stop behaving like this? I belanja you makan?"
"Ali?"
"Ali sekali. And Ali, I'm so sorry for what happened..."
"Rilek la. Siapa nama girlfriend kau ni, Lan?"
"Natasha. Panggil Nat je," kata Azlan.
"You guys nak makan kat mana? McD?"

Ali geleng kepala.

"Tak minat makan McD," kata Ali.
"Okay, just make sure you tak marah I lagi, Alan. Please."

Ali singgung lengan Alan.

"Dah dah la tu merajuk. Bukan senang dapat makwe Pan Asian ni, Alan," kata Ali.

"Kau hari tu cakap teringin makan lamb chop kan?" tanya Azlan.
"Joe Kambing mana bukak kedai tengah hari ni."
"Bukan, St. Pierre."
"Hotak kau! Tu halal ke? Macam mat salleh punya tempat je?"
"Kau nak sembang halal haram. Kau sendiri pun minum beer. Dulu bapak aku kerja situ la. Halal la. St. Pierre, okay tak Nat?"

Eiii, mengadanya. Nak makan mahal je. Nasib baik boss dia kawan my dad.

--

Dari jauh, Cindy memerhatikan gelagat Natasha yang memeluk lengan Azlan dengan Ali berjalan di sebelahnya tu.

"Kawan dia yang bertattoo tu siapa?" tanya Adilah.
"Bekas I," kata Mastura.
"Oh really?" tanya Adilah.
"Yeah."
"Diorang nak pergi mana tu?" tanya Mina.
"Nampak macam ke Paragon Mall?" kata Cindy.
"Nak ikut ke?" tanya Mastura.
"Kita pergi Paragon Mall, tapi jangan obvious follow dia, lepas tu Cindy, kau ikut jalan lain. Jumpa dekat depan butik Calvin Klein," kata Adilah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top