1985 part 8

Natasha

Gosh! I'm so ashamed of myself! What the hell? Why on Earth did I kiss him! That's not supposed to happen!

I didn't plan for this. It was supposed to be other way around. Am I the one fooling around, or am I just got fooled?

Nat, look what have you've done!

"Cik Natasha, dah sampai rumah," kata pemandu I yang dah lama matikan enjin kereta.

"Oh ya! Sorry!"

Sampai di rumah, papa sedang bertungkus lumus untuk siapkan proposalnya untuk projek ibu negara baru. Must be quite huge task, considering the scale of the project.

"Daddy!"

Daddy peluk I walaupun mukanya kelihatan letih.

"You should have some rest. Esok tak boleh present dengan menteri pula."
"I need to check and verify every details until I feel satisfied. How's your day with Cindy?"
"Great! Tapi Cindy tu kadang-kadang annoying jugak. Suka je malukan orang."
"Dia bergurau je tu. Anyway, you had dinner?"
"Yes, daddy?"
"Belum lagi. Lagi sikit je."
"Macam tu I temankan daddy makan, okay?"

--

Why I can't stop thinking about him? Alan, stop coming to my daydream! I cannot focus with my life la macam ni.

Dari cara dia masak, dari cara dia layan I dengan Cindy, I knew he's a good person. Luar je nampak badboy, tapi sebenarnya baik je.

Should I call him? Anyway, it was me and Cindy yang pergi curi-curi tengok report card dia for his home phone number. And his result for exam was flawless. Semuanya A.

But why he acts in reckless way? Kenapa dia asyik melawan cikgu, and yet, he is so close with Pengetua? He must be great, kan?

I think I should not call him. Maybe I should stay away. Biarkan ciuman tu buat dia tercari-cari I. Biar dia berangan tentang I setiap hari, baru dia rasa apa yang dia buat pada I selama ni.

--

"God morgen, mor!"
"God morgen, Nat!"

Mor, dalam bahasa Denmark ialah ibu.

Mor sedang sarapan pagi, sebelum ke pejabat hak asasi manusia, tempat kerjanya. Papa pula sedang bersiap-siap untuk meeting terpentingnya, bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk projeknya.

"Good luck, daddy!"
"Thank you, Nat. I have to go, ada meeting kat office pagi ni, sebelum ke office JPM. Have a nice day, all of you!"

"Your dad has work really hard for that project."
"I know, mor. Hope he can score for the best!"
"Finger crossed!"

--

Best FM 104.7, bersiaran dari Menara Angkasa, Wijayapura. Apa khabar pagi ini, saya DJ Hamid akan sedia menghiburkan hari anda hari ini.

Sebelum itu, saya akan sampaikan lagu kiriman Rashidah dari Bukit Pagar, Wijayapura, kepada kekasihnya Rashid yang sedang bertugas sebagai anggota bomba.

Lagu yang dikirimkan ialah dari kumpulan WHAM, Wake Me Up Before You Go-Go, muzik yang terbaru, dari Best FM!

--

"Cindy, you dah siap dah kerja homework for Maths tu? I nak tiru you lah."
"Eh, I pun tak siap lagi lah! Alamak, mati la nak! Macam mana ni."
"You pun kenapalah tak siapkan?"
"Sebab ikut you pergi jumpa boyfriend you la!"
"He is not my boyfriend."
"You kissed him. I saw you did that last night."
"It was on the cheek. Just a friend, duh?"
"No, it was not. I know you want to kiss his lips, but you takut kan?"
"I'm not afraid at all. I just don't feel to kiss his lips."
"Okay, I cabar you cium bibir dia 24 hours from now."
"Apa, you gila ke nak cium dia kat sekolah? No no no no no!"
"Sekolah bukannya 24 jam pun. Habis sekolah. Balik sekolah, anytime."
"Takkan nak kena cium depan you kot?"
"Mestilah!"
"No, Cindy. No!"
"Pok pok pok pok! Chicken!"
"Okay, what's the catch?"
"Kalau you cium dia, I belanja you makan kat White Castle, okay?"
"No no no, raise the bar, Cindy!"
"St Pierre?"
"No."
"Habis tu?"
"Three!"

Dah sampai sekolah pun.

"Thank you, Uncle Bob!"
"Thank you, Uncle Bob! Nat, come on, I knew you want to kiss him so bad!"
"No I'm not, Cindy!"
"Okay, if you tak nak kiss dia, then I'm going to tell him yang this is just a game?"
"Wah, main blackmail nampak?"
"You're playing around, kan?"
"Yes, I do, Cindy."
"Then make it real. So he can be fooled."
"Tapi takdelah 24 hours after yesterday, come on Cindy."

Nampak Alan tengah baca newspaper kat library. He seems focus.

"Go, make your move, Nat! Go, go!"
"Okay I make my move."
"Tik, tok, tik, tok. Time is ticking out, Nat."

I berjalan terus ke depan dia.

"Hello, Alan. Focus baca, nampak?"
"Huh?"

I tepis tangan dia yang pegang suratkhabar tu, kemudian I grab his shirt, and slowly kiss his lips.

"Ok, got to go! Bye!"

--

Azlan

"Kau main game apa dengan aku ni, Natasha?"

Aku bertemu dengan Pengetua yang baru pulang dari mesyuarat Pengetua-Pengetua zon Wijayapura Tengah. Kepalanya berpeluh-peluh dari kehangatan luar bangunan.

"Ada apa kamu nak jumpa saya ni, Azlan?"
"Nak minta nasihat."
"Tentang?"
"Cinta."

Pengetua ketawa. Kemudian dia bakar curut dia.

"Mari aku terangkan sambil main catur," kata Pengetua sambil menyusun buah catur.

"Semuanya berpunca dari kes saya bergaduh dengan Harry. Dia tiba-tiba telefon saya, datang rumah saya. Lepas tu cium pipi saya. Hari ni di perpustakaan, cium bibir saya."

Macam biasa, dia guna putih, dan aku guna hitam. Maka dia yang guna dulu.

"Saya jadi keliru, Pengetua. Saya tak tau apa patut saya balas balik, atau saya biarkan je?"

"Kenapa kau tak nak makan buah aku, Azlan?"
"Entah, saya ada naluri yang Pengetua cuba trick saya kalau saya makan pawn tu."

Pengetua ketawa, kemudian dia sedut curutnya, sebelum dia bangun, dan ambil pemotong curut.

"Kau tau apa taktik kau guna tadi?"

Aku geleng kepala.

"Queen's Gambit Declined. Sebab kalau kau makan tadi, aku dah boleh baca move kau, dan aku boleh kalahkan kau dalam masa lima langkah. Tapi, let's call it a day. Aku nak berehat dari berfikir. Seharian aku kat mesyuarat para pengetua tadi."

Aku bangun kemudian memandang kepada Pengetua, mengharapkan jawapan. Pengetua pandang aku, dan rasa dia tahu yang aku mahukan jawapan.

"Kau pernah tengok kucing suka kejar lidi, tak?" tanya Pengetua pada aku.

"Pernah, dulu pernah bela kucing."

"Kucing secara alamiahnya, suka kejar benda bergerak. Tapi kalau pergerakan tu terlalu mudah dijangka, lama-lama dia tak interested."

Pengetua kemudiannya berjalan dari mejanya.

"Dia buat macam tu sebab dia nak tengok reaksi kau. Barangkali kalau reaksi kebiasaan, lelaki tu akan terkejar-kejar lalu terjerumus dalam lembah kehinaan, iaitu menjadi lelaki yang hina menagih cinta. Kita sebagai lelaki, jangan jadi penagih. Kau nak layan dadah, sure. Nak minum arak, go ahead. Nak hisap ganja, carry on. Tapi bila kau hook dan terlalu bergantung, itulah pengakhiran hidup kau."

"Jadi, adakah cinta ni sama seperti dadah?"

"Ya, mestilah. Sebab bila kau bercinta, dopamine merembes dalam badan kau. Dopamine tu yang buat kau terkejar-kejar. Begitu juga dengan seratonin, yang buat kau terawang-awang dan berkhayal jauh dari realiti. I'm sure it's a good feeling, Azlan, tapi kalau kau terlalu bergantung pada tu, hancurlah hidup kau."

"Tapi hati saya mencintai dia, Pengetua."

"Cadangan aku, decline."

"Kenapa?"

"Benda ni terlalu remeh untuk kau fikirkan, Azlan."

Aku tak puas hati. Daripada dulu lagi, Pengetua macam tak kasi aku nak kenal dengan Natasha.

"Jadi, hidup saya ni kena fikir benda jargon-jargon sahaja? Kena fikir pasal falsafah, geopolitik, ekonomi, demografi, data-data, GDP? Apa punya hidup ni, Pengetua? Ini pointless!"

"Aku faham kau mahu ada perasaan yang berbunga-bunga. Perasaan cinta. Tapi semua tu akan hilang sekelip mata, bila kau dewasa. Kau percayalah cakap aku."

"Habis tu, kenapa Pengetua tak nak kahwin lagi sejak isteri Pengetua yang nama Laila tu meninggal? Adakah itu bukan cinta?"

"Azlan, barangkali kau keliru tentang cinta. Antara aku dan Laila, kami dah capai satu hubungan yang matang. Aku dan dia pernah dalam satu kem perang yang sama. Bila kaki aku ditembak, dia jadi perawatnya. Kami berjuang untuk negara. Tolong jangan samakan aku dan Laila, dengan perasaan kau. Tak sama."

Pengetua memegang bahu aku.

"Aku bukannya nak meremehkan perasaan kau, Azlan. Mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk kau cakap tentang perkara ini. Aku minta maaf kalau aku buat kau rasa marah, macam mana ayah kau marah pada aku dulu. Cuma, aku harap kau tahu yang keberadaan kau di sini, ada purpose."
"Purpose?"
"Yes. Tapi aku tak boleh beritahu kau sekarang."

--

"Macam mana ni? Ramai dah mata memerhati si Azlan dengan Natasha ni. Saya bukan apa, Pengetua. Kita kan dah janji...."
"Aku tau, Ipin. Tapi anak kau masih sekolah rendah lagi. Azlan masih rasa dia tu masih kecil."
"Kalau mereka ni sangkut sampai ke tua, macam mana? Tak jadi rancangan kita."

Pengetua mundar-mandir, kemudian pandang pada Mina yang sedang main skipping.

"Azlan sukakan perempuan yang bijak. Soal matang tu, aku masih belum nampak kematangan sangat dalam diri Natasha tu. Mina kena train diri dia kalau dia benar-benar mahukan Azlan."
"Kalau Azlan tak kahwin dengan Mina, tertutup rancangan kita untuk halang Tengku Norman tu..."
"Sabar, Ipin. Biarkan mereka bercinta dulu. Nanti kita fikirkan jalannya. Lagipun, bagilah Mina membesar dulu. Macam ni, Azlan pun takut nak duduk dekat-dekat. Kena tuduh pedophilia nanti."
"Ye lah. Jarak umur dia jauh sangat."
"Sekarang ya lah. Mina dah tua sikit esok, tak jauh mana lah."

--

Mina mendial nombor telefon Adilah.

"Hello, Kak Dila..."
"Siapa ni?"
"Mina."
"Ada apa, Mina?"
"Tadi kan, Pengetua sekolah Azlan datang rumah. Mina dengar macam Azlan memang dah bercinta dengan Natasha."
"Mina dengar dari mulut Pengetua tu ke?"
"Ya, dia berbual dengan daddy."
"Nak kita buat apa-apa ke pada budak perempuan tu?"
"Jangan. Buat masa ni, cadangan Mina, kita jangan bertindak apa-apa dulu. Sebab ayah Natasha ni kawan Pengetua. Nanti Azlan akan lagi benci. Lagipun kita tak tahu lagi budak Cindy tu nak kerjasama dengan kita atau tak."
"Macam tu, kita biarkan dia menang dulu. Lepas tu, nanti kita fikirkan strategi kita."

Mina letak telefon. Tanpa Adilah sedari, Mina sendiri ada rancangannya sendiri, cuma belum tiba masanya lagi. Dia terlalu kecil lagi dalam permainan ini.

Walaupun mereka bertiga berkawan baik, tapi Mina tahu, ketiga-tiganya sedang menyusun strategi masing-masing untuk mendapatkan Azlan.

Ia lebih dari sekadar cinta. Ia adalah kedudukan politik keluarga di masa depan, dan Mastura juga perlu jatuhkan Natasha, sebab hubungan sepupu yang saling bertengkar dan bersaing antara mereka berdua.

Mina kerana ayahnya Tengku Ariffin yang mahu menghentikan Tengku Norman daripada menjadi Sultan, Adilah pula untuk memastikan ramalan Sayyid Muluk itu digagalkan, dan Mastura sekadar mahu menumpaskan Natasha dalam persaingan antara sepupu.

Tetapi yang pastinya, berita Azlan semakin rapat dengan Natasha sudah pasti tidak digemari oleh mereka bertiga.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top