1985 part 7

Azlan

Petang tu, Ali ajak aku lepak. Dia datang ke rumah aku dengan motor, dan bawa helmet. Aku menaiki motor Kawasakinya dan dia bawa aku ke sebuah bukit yang menghadap laut.

"Cantik tempat ni, nampak bandar, lepas tu nampak laut," aku duduk di atas batu sambil memerhatikan kota Wijayapura dari atas bukit ni.

Ali bawa dua botol beer.

"Sorry, Ali. Aku tak minum beer. Dan kalau kau nak bawa aku naik motor, jangan minum."
"Rilek la, aku boleh stay la! Takat sebotol cap harimau ni takde apa la..."
"Ali, bapak aku mati sebab kena langgar dengan pemandu mabuk."

Ali mengangguk faham.

"Keropok?" Ali hulurkan keropok Jack and Jill perisa BBQ.
"Yang ni takpe," aku masukkan tangan dalam keropok dan mula mengunyah.

"Ali, bilanya kau keluar? Kenapa kau tak cakap dengan aku yang kau dah keluar?"
"Aku keluar tahun lepas. Lepas tu, aku berkelakuan baik, Pengetua tanya aku, aku nak apa. Aku pow dia motor."
"Oooo, jadinya motor ni duit Pengetua la?"
"Ya."
"Kau tak cakap dengan aku pun kau dah keluar dari pusat serenti?"
"Masa tu aku belum bersedia lagi nak jumpa dengan kau, Lan. Aku malu dengan kau."
"La, kenapa kau malu? Ali, kau ni brother aku."
"Aku tau. Sebab tu aku malu dengan kau. Aku gaduh dengan kau pasal perempuan."
"Alah, itu pun kau nak malu. Mana ada gaduh la. Kau je yang salah faham."
"Aziz buat apa sekarang?"
"Dia kerja KFC."
"Aik? Bukan dulu kau ke yang terror buat ayam goreng ni? Last-last dia yang kerja KFC?"
"Alah, sementara nak tunggu result. Buat kumpul pengalaman je. Nanti masuk universiti, lupa la tu!"
"Kau pun macam tak kenal je abang kau hahaha!"

--

Sampai di rumah, aku nampak Aziz sedang terbongkang tidur sambil TV tak ditutup.

Aku tutup TV, kemudian kemas rumah, sebelum ibu aku pulang rumah.

Aku buka peti ais, dah banyak barang dah habis. Memang kena pergi supermarket ni nanti. Aku masak apa yang ada dalam peti ais ni.

Ibu aku pulang di rumah, tengok aku sedang masak.

"Azlan, masak apa?"
"Sambal ikan bilis, sayur goreng. Macam biasa."
"Thank you, anak ibu," ibu memelukku dan membelai rambutku.
"Ibu, Alan tengah masak ni. Nanti hangus pulak sambal ni."
"Ibu mandi dulu ya?"
"Baik, ibu!"

Sebenarnya beginilah rutin aku setiap hari. Pagi, aku bangun dan ke sekolah. Petang, aku keluar, mungkin kerja part time, atau mungkin aku jamming. Malam aku masak, kemas rumah, sebelum aku tidur, aku baca buku atau buat kerja sekolah.

Sedang aku memasak, tiba-tiba bunyi telefon.

"Aziz! Angkat telefon! Aku tengah masak ni!"

Aduh celakanya abang aku ni. Takkan kerja sekejap tidurnya tu tak boleh nak bangun langsung?

Aku tutup api, dan kemudian terus berjalan ke arah telefon.

"Hello, siapa kat sana?"
"Hello? Alan?"
"Ya, siapa ni?"
"Nat."

Dah kenapa Natasha call aku malam-malam, dan mana dia dapat nombor telefon aku?

"Mana dapat nombor telefon?"
"Usaha tangga kejayaan, Alan."
"Okay, kenapa call malam-malam ni?"
"I need you to help me."
"I tengah masak ni. Can you call me back later?"
"Kejap je, please. Boleh tak tomorrow we all datang rumah you?"
"We? What do you mean, we?"
"Me and Cindy. Dia tak percaya yang you pandai masak."
"Not my concern."
"Alan, you promised me kan, kalau I bagi you my phone number, you akan masakkan untuk I?"
"Yeah, you, not her."
"You ada problem dengan Cindy ke?"
"No, it's just...I janji dengan you je."
"But she's my best friend."
"Bila you suruh I masak sebab I janji, you takde pulak tanya my best friend Ali suruh masak, just because he's my best friend?"
"Alan, why are you so complicated? Please. Cindy ingat I ada deal apa-apa dengan you and I told her that we will have a surprise party for her."
"Party? In my house? No, no way!"
"Alan, kita tiga orang je lah. Please. Kenapa you berkira sangat dengan perempuan? No wonder la you ni single."
"Single by choice."
"Fine, whatever. But you can help me, right?"
"Okaylah. Sebab I dah janji dengan you pun. But only you dengan dia. Not more than that, okay?"
"Alright. Thanks, Alan."

Lepas aku letak gagang telefon, aku tercengang. Dah gila apa si Natasha nak datang rumah aku ni?

--

Esoknya balik dari sekolah, aku terus mengemas rumah, dengan vacuum segala mak nenek habuk kat rumah aku ni.

Lepas kemas ruang tamu, aku melakukan operasi membasuh dapur. Dapur aku ni memang menakutkan. Jadi dari buang sampah, cuci grease di dapur, sapu sampah, cuci kuali, mop lantai, aku akan pastikan rumah ni bersih, jangan Aziz buat slack, sudah.

Selepas kepenatan kemas rumah, aku terus duduk di sofa, sambil menonton televisyen. Ucapan pembentangan Rancangan Gelanggayu ke-8 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim.

"Tahap kesesakan lalu lintas di Wijayapura semakin teruk, dan masalah ini diburukkan lagi dengan masalah jenayah, serta pencemaran udara yang teruk. Bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang untuk pentadbiran, saya mencadangkan kepada Dewan Yang Mulia ini, supaya sebuah ibu negara baru dibina, dengan ciri-ciri moden, infrastruktur yang bertaraf antarabangsa, serta menggunakan teknologi terkini untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat."

Dalam kepala aku, Datuk Mohd Nor mesti tengah nak fight tender di Teluk Chendana, untuk lawan dengan Kota Warisan.

Bunyi pintu diketuk. Kelihatan dari tingkap tepi, Natasha bersama pemandunya dan kawan baiknya, Cindy yang membawa barangan dapur yang banyak.

"Hey, Alan! I brought you groceries, so apa lagi, masaklah!"

Latar belakang ucapan Perdana Menteri berkumandang sambil aku buka plastik dan tengok apa benda yang si Natasha ni beli.

Dia beli minced meat, sos marinara, bawang, bawang putih, spaghetti, dan barang-barang ni memang nak suruh aku masak Spaghetti Bolognaisse.

Selain tu dia beli juga chicken wings, cajun spices, dan sebotol air Coke saiz giant yang berharga 1.50 ringgit.

"Nat, kejap lagi ibu I balik, duduk la dulu."
"Nak I tolong you?"
"Dapur sempit ni, okay ke?"
"Semalam you juga yang suruh I tolong you."
"If you insist..."

Sambil potong bawang, Natasha mula tanya aku pasal peristiwa aku bertumbuk dengan Harry. Aku tak nak cakap banyak, sebab aku rasa tak perlu nak dicakapkan sangat.

"Nat, bukan macam tu potong bawang. The way you hold the knife tu macam nak bunuh orang. Come, let me show you."

Aku rasa menyemak bila ada dua orang datang masuk dapur dan tak reti buat kerja macam ni.

"Alan, Cindy ada soalan untuk you. Cindy!"
"Yes, Nat!"
"Come here!"

Cindy datang ke dapur.

"You nak tanya apa pasal Alan? Supaya menjawab persoalan yang selama ni semak di pemikiran."
"Alan, betul ke you dah fuck ramai girls kat sekolah tu?"

Aku jadi blur dengan soalan Cindy.

"Siapa cakap ni?"
"Ramai yang mengaku dia mangsa. I nak tau ni. Kalau you jenis macam tu, I tak kasi you kawan dengan Nat, ok?"
"Siapa dorang ni?"
"Girls that crushed on you la."
"Really? Perangai macam beruk macam I ni pun ramai perempuan nak ke? Bergurau je kot tu."
"They all goes nuts on you, okay. Including Nat!"
"Hesh, mana ada la Cindy! You jangan nak fitnah I, okay? You tu yang minat Alan!"
"Tiap-tiap hari tanya pasal Alan. Alan, Alan, Alan, Alan!"
"Excuse me! Itu you okay. I mana ada macam tu!"

Mampos korang la. Aku malas nak layan. Baik aku start masak. Kalau melayan dorang ni, memang tak masaklah aku.

Natasha dan Cindy bertekak dalam dapur sampai aku dah celur spaghetti, aku dah goreng meatball, aku dah masak sos marinara semua.

Tolong aku my ass. Aku jugak buat kerja sorang.

Tinggal aku nak goreng ayam je.

Mereka dua terus diam bila aku dah siap masak.

"Eh, dah siap?"

Kejap lagi, abang aku, Aziz, balik rumah. Dia terkejut kat rumah ada dua orang perempuan.

"Siapa ni, Lan?"
"Kawan sekolah."
"Weh, masak apa tu?"
"Spaghetti. Nat, Cindy, perkenalkan, ni abang I, Aziz."

Mereka bersalaman.

"Awek kau ke, Lan?"
"Ya, bang. Nat ni suka betul kat adik you ni," kata Cindy.
"Mana ada, mana ada. Dia tipu."

Aziz pandang aku, aku cuma naikkan bahu tanda tak tahu.

Sebaik sahaja makanan semua siap dimasak, ibu aku pulang dari kerja.

"Lan, masak apa ni? Siapa ni?"
"Oh ya, Nat, Cindy, ni ibu I."
"Apa khabar, auntie," kata Nat salam.
"Lan bawa girlfriend sampai dua orang ni, tiba-tiba je?"
"Nat sorang je makcik. Saya temankan je."
"Cindy!" Natasha singgung lengan Cindy. Ibu aku cuma tergelak.
"Makan dulu ya, auntie nak mandi dulu."

--

"Family you cool, and you're an amazing cook! Wow! Kalau I la masak, alamatnya terbakar la kitchen rumah," kata Natasha sambil berdiri di depan rumah aku.

"Biasa je lah. Anyway, thanks for barang dapur. Nak I bayar ke?"
"No, no. Memang niat nak belanja you pun. May I ask one question before I go?"
"Sure."
"Your mom tak nak cari suami baru ke?"
"She told me that no one could ever replaced him."
"No wonder you're so tough. Now I understand. It must be hard, kan? Kalau I, takde my daddy, memang mampos I."
"Alah bisa tegal biasa."
"Alan, may I ask you another question?"
"Tanyalah banyak-banyak pun."
"You memang tak nak ada girlfriend ke? Or are you like....Elton John or George Michael, Freddie Mercury type?"
"Do I look like that?"
"Mana la I tau, sebab tu I tanya..." kata Natasha dengan nada yang agak gedik.
"I'm straight."
"Don't you think you should have one?"
"I don't know, why?"
"Supaya you tak lonely lagi. Selalu I tengok you sorang-sorang je."
"I don't feel lonely at all."
"Okay lah kalau you rasa macam tu," tapi cara dia cakap tu macam tak okay.
"Tengoklah nanti. Kalau rasa I nak ada girlfriend, I buat cabutan bertuah. Surat secret admirer yang banyak-banyak tu I cabut. Siapa bertuah, dia jadi girlfriend I."
"Jangan la macam tu. Apa la you ni."
"Okaylah, thanks for coming, Nat. Have a pleasant evening. Good night."
"Alan..."

Natasha terus tarik lengan aku, dan cium pipi aku.

"Good night."

Aku tergamam saat Natasha terus berjalan menuju ke kereta yang sedang menunggu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top