1985 part 4

Azlan

Malam tu, entah kenapa aku tak boleh nak tidur. Aku tak ada kain sampin yang cantik untuk pergi majlis kahwin orang besar ni.

Bukanlah aku tak pernah pergi majlis orang besar ni, tapi aku tak tahu di mana ibu letak sampin aku. Puas aku mencari, tapi tak jumpa juga.

Aku tergerak hati nak panggil Pengetua, tapi dah lewat malam. Tapi aku tak boleh tidur memikirkannya.

Sudahnya, aku tidur lambat, dan aku lambat ke sekolah! Aku sangkut dengan pengawas, dan dibawa ke bilik Pengetua.

Rekod aku ke sekolah sejak tahun ni memang ke laut.

Pengetua memandang aku dengan mata yang menjengkil.

"Apasal kau ni asyik lambat?"
"Tak boleh tidur. Bangun-bangun pukul 8."
"Kau bukan budak kecik lagi, Azlan. Kau kena tahu apa priority kau."

"Saya ada benda penting nak cakap dengan Pengetua."
"Baiklah. Tapi sebelum tu, salah tetap salah! Rotan 10 kali."

Aku pun menadah punggung dengan rela, sebab aku memang nak juga pergi wedding pengusaha ladang tembikai tu. Pengetua pulak sebat aku betul-betul pulak. Aku ingat dia melawak.

"Okay, cukup 10. Apa dia nak tanya aku?"
"Pengetua ada tak sampin untuk pergi wedding tu? Please, yang paling handsome!"

Pengetua geleng kepala.

"Ini punca kau tak boleh tidur rupanya? Aku ingat apa dia tadi."

Pengetua berjalan depan aku. Kemudian dia ambil satu set permainan catur.

"Kau tau, kenapa queen boleh gerak jauh, tapi king cuma satu tapak?"

Aku geleng kepala. Aku bermain catur, tapi tak tahu apa falsafah disebalik permainan ni.

"Duduk, nanti aku cakap," kata Pengetua sambil susun buah catur. Dia mengambil buah putih, jadi dia jalan dulu.

Dia menggunakan langkah Stonewall, dan lakukan castling, dan ternyata dengan beberapa langkah, dia berjaya checkmatekan aku. Dia Pengetua, mestilah mampu menewaskan aku dengan mudah.

"Checkmate. Sebab tu, jangan kejar sangat queen, sampai king diabaikan. Rook dah takde, bishop kau hilang fungsi. Knight kau pun tak bergerak."

Aku cuma nak minta sampin baju Melayu, tapi aku disekolahkan permainan catur pula.

"Balik kelas dulu, nanti aku usahakan pakaian kau untuk wedding hari Ahad ni."

Sedang aku berjalan di koridor sekolah, aku ternampak gadis itu. Rupanya agak aneh bila dia pakai cermin mata, tak macam masa aku jumpa dia hari tu.

Aku mengekorinya menuju ke perpustakaan. Aku nampak dia sedang mencapai buku tembikar dalam tamadun Villanova.

Aku duduk di depannya. Dia terkejut.

"Jangan buat bising," kata gadis tu. 

"Natasha."
"Ya?"
"So?"
"Apa dia?"
"You tak ingat ke apa yang you dah janji?"
"Oohh..." Natasha ketawa kecil, kemudian dia menutup mulutnya.

Dia kemudian pegang tangan aku, dan capai pen. Dia tulis nombor telefon di atas tangan aku.

Jadi petang itu, aku terus menelefon nombor telefon itu bagi memastikan itu benar-benar nombor Natasha.

"Hello?"
"Hi, this is the number of Wong's family. Please leave your message after this beep. Beeep!"

Aku letak telefon. Aku kena game dengan dia! Dia bagi aku nombor Cindy!

--

Faridah melawat rumah kawan lamanya, Hashim. Walaupun dah lama Mamat meninggal, tapi hubungan mereka masih lagi rapat.

Kelihatan Merlina sedang bersila dan menconteng kertas dengan pencil warna Luna.

"Idah, kau sihat?" tanya Hashim.
"Kalau aku tak sihat, aku tak datang la open house kau ni."
"Aziz mana?"
"Kerja sementara tunggu result."
"Azlan?"
"Dia ikut Pengetua pergi wedding. Pagi-pagi lagi dok mencari sampin. Aku cakap je la, yang nak kahwin orang lain, bukannya kau. Pergi je la tak payah sampin bagai."
"Kalau dah Jeneral Yahya tu, mungkin wedding pembesar la tu. Tu yang kena pakai sampin."
"Mana la aku ingat aku letak sampin kat mana. Raya pun setahun sekali."
"Ada la tu anak Tengku yang dia berkenan," kata Ayuni menyampuk.

"Aunty Idah, Aunty Idah! Cantik tak lukisan Mer?" tanya Merlina tunjukkan lukisannya kepada Faridah.
"Kenapa badan dia kuning?"
"Sebab dia Cheetara. Ala, yang cerita Thundercats tu!" kata Merlina.
"Hah?"
"Alaaa, cerita kartun. Yang kucing, singa, harimau lawan dengan mumia tu," kata Hashim.
"Anak aku dua-dua dah besar, Shim. Sorang suka tengok bola, sorang lagi baca buku, main muzik. Mana la tengok kartun lagi."
"Aunty, mana anak aunty yang handsome tu?" tanya Merlina.
"Hah? Aunty ada dua anak lelaki. Yang mana satu?"
"Ala yang handsome tu. Kirim salam kat dia tau!"

Faridah menjeling ke arah Hashim.

"Azlan la tu. Aziz mana handsome," kata Hashim.
"Cilake ko kutuk anak aku, Shim!"
"Alaaa muka Azlan kan muka boleh market. Aziz kira standard aku je lah."

Merlina berlari ke luar rumah, dan menjerit dengan menyanyi lagu Thundercats, "Cheetara lari laju, t*tek berbulu!"

--

Azlan

Pagi Ahad tu, Pengetua ajak aku ke sebuah kedai menjual baju Melayu, sampin, atau aksesori untuk kelas atasan.

Nama pemilik kedai ini ialah Haji Ahmad Tarmimi. Selama lebih 150 tahun, keluarganya merekabentuk baju Melayu keluarga diraja al-Daulah.

Kalau kau nak jadi Perdana Menteri dan angkat sumpah, kau harus ke sini dulu untuk ukur baju.

Bagaimanapun, aku ada baju Melayu teluk belanga berwarna putih, cuma aku tak ada sampin.

Perkahwinan Maria Abdullah, anak kepada tauke tembikai ini dengan anak kepada Ahli Dewan Negeri, Izham bin Syafie I'zzat, berlangsung di Hotel Pan Pacific Wijayapura.

Bapa Maria dan bapa Natasha adalah Abdullah yang berlainan, supaya kau pembaca tak keliru. Biasalah nama orang zaman dulu kan ramai yang sama.

Begitu juga Jamal drummer band Digital Tribe dengan Pakcik Jamal kat kampung aku.

Dalam aku masuk ke majlis bersama Pengetua, tiba-tiba aku nampak Luqman melambai-lambai tangan pada aku.

"Kau kata kau ada hal?" tanya Luqman pada aku.
"Sepatutnya, tapi Pengetua ajak aku pergi wedding ni."
"Duduk dengan family aku la, kalau kau rasa kau segan nak duduk dengan orang tua."

Aku datang sini bukannya nak duduk sebelah kau, Luqman. Buang masa aku je nak pakai lawa-lawa semata-mata nak duduk dengan kau.

Mata aku melilau mencari Natasha, tetapi ada sahaja orang tua yang datang menegur aku bila aku berjalan dengan Pengetua.

"Azlan, we meet again! Luq, lain kali pakai la macam Azlan ni. Nampak handsome macam pahlawan Melayu!" Datuk Mohd Nor datang memeluk aku.
"Azlan ni pakai apa pun dia dah memang handsome, daddy," kata Luqman.

Mata aku masih melilau mencari di mana Natasha. Mungkin dia sedang sibuk bersolek sebab dia merupakan gadis bunga yang mengiringi pengantin.

Hidangan nasi minyak bersama dalca kambing, ayam masak merah dan acar buah tidak sekali menambah selera aku. Aku jadi penasaran, adakah aku dapat jumpa dia lagi.

Tiba-tiba aku dapat sekeping kertas dari seorang budak perempuan membawa bunga.

Aku buka kertas tu.

"Jumpa I kat belakang carpark. Jangan lambat. -Nat."

Aku terus bangun dan meninggalkan dewan. Luqman pandang aku pelik.

"Perut aku meragam kalau makan makanan berempah," aku jawab pendek.

Padahal aku nak jumpa Natasha kat belakang. Aku berlari sampai hampir terburai ikatan sampin Teruna Mencari Jodoh aku ni.

Kelihatan Natasha, dengan baju kebaya Nyonya berwarna pink coral, memandang aku dengan senyuman.

Lagu Saving All My Love For You dari Whitney Houston bersayup-sayup dari lobi hotel.

"You lied," kata aku kepada Natasha straight forward tanpa bertapis.
"Aik, belum apa-apa dah marah dengan I?"
"I called, and bunyi answering machine Wong family. Tu nombor Cindy, kan?"
"Ala I dah plan dengan Cindy dah nak prank you, nak dia menyamar jadi I. Tak jadi pulak," kata Natasha.
"No phone number, no cook."
"Okay."
"Alright."

Aku terus patah balik ke arah dewan.

"Wait, wait, wait!"
"What?"
"You ni serious sangat la, Alan. Takkan tak boleh bergurau?"

Natasha pintal rambutnya sambil memandang aku dengan jelingan yang mengharapkan aku bermain mata.

I guess I have to let loose a bit.

"Fine."
"Boring la majlis kahwin ni. Let's go somewhere else," kata Natasha sambil mengukir senyum.

Aku berjalan mengekorinya, dan kami berdua melepak di bawah pokok.

Berpeluh teruk aku dibuatnya disebabkan pakai baju Melayu siap bersampin dan bersongkok ni.

"Bukak la sampin tu. Tak panas ke?" tanya Natasha.
"Yeah, but what to do. Keluar dengan Pengetua, kan?"

Natasha ketawa. Jadi aku rasa sepatutnya aku ikut sahaja nasihat ibu - tak payah pakai sampin. Rimas betul.

"What are we doing here?" tanya aku.
"You ada tempat lain ke nak hangout?"

Dari hotel tu tak jauh dengan McDonald's tempat yang selalu kami lepak tu.

"McDonald's? Ada aircond," kata aku. Natasha pun bersetuju.

--

Kami putuskan yang instead of makan nasi beriyani dan lauk pauk sedap di hotel, kami berdua share fries dan chicken nuggets. Natasha nak strawberry milkshake dan aku nak minum Coke.

Ya, I know these kind of food are bad, but tak kisah kan kalau nak duduk dengan gadis jelita macam Natasha dalam aircond, dalam cuaca yang panas macam ni?

Jadi inilah kali pertama aku duduk di meja yang tempat mereka bertiga selalu duduk. Janggal pulak tak duduk kerusi yang selalu aku duduk tu.

"So Alan, I nak tanya you satu soalan ni. Boleh tak?" tanya Natasha sambil cicah fries pada sos cili.
"Sure, shoot."
"Betul ke you ni kasanova? Ramai betul my friends yang bercakap pasal you ni. Cindy cakap you ni badboy, jahat. Dia suruh I beware dengan you."
"You ada nampak I dengan perempuan lain ke?"
"So far, tak pernah nampak lagi."
"Jadi, kenapa nak tanya lagi?"
"Sebab you ni, jenis quiet. Ada dua jenis orang pendiam ni. Pendiam yang first, jenis quirky. Jenis pemalu. Yang tu macam Zizan lah. But you, you ni jenis second one."
"Second one? Apa dia?"
"You tau tak Ted Bundy?"
"What? You samakan I dengan Ted Bundy?"
"I mean you bukan lah serial killer macam dia, but you ni jenis charming but in a quiet way. Tapi takut juga because you look like a psychopath."

Aku senyum sambil memandang matanya.

"Mana you tau I tak pernah bunuh orang?"
"You...jangan lah creep me out!"
"Well, I percaya every person ada psychopath behavior dia yang deep buried inside our mind. Dia macam reptilian mindset yang evolved dalam mind kita million years ago."
"You believe in Darwinism?" tanya Natasha.
"Entah, that's what Pengetua always told me."

Malaikat lalu. Dua-dua tak tahu nak cakap apa lagi.

"So, are we going to eat fries and slurping these deathful sugary drinks and then go home?" tanya Natasha memecahkan kesunyian.
"I was waiting you to give your phone number."
"Fine. This is my real phone number. But don't be late. Before 10. Call me tonight. Ada pen? Sorry, I pakai kebaya ni..."
"Nope. Wait, I go get a pen at the counter."

Aku dapatkan pen, kemudian aku kembali. Dia tulis nombor telefon di kotak fries McDonald's itu.

--

Setibanya kembali kami ke hotel, majlis dah nak habis, dan aku nampak Pengetua berpeluk tubuh memandang aku dengan muka yang cukup bengang.

"Beriya-iya nak pakai sampin, last-last kau takde dalam majlis ni. Buat penat je," kata Pengetua.
"Jumpa kawan tadi," jawab aku.
"Sejak bila kau ada kawan?"

Aku diam, dan Pengetua perasan pipi aku kemerahan.

"Perempuan?"

Aku tak nak cakap.

"Azlan, berhati-hati dengan perempuan. Jangan bila kau dah tersangkut perasaan, kau akan dipergunakan."
"Habis tu, takkan nak jadi gay?"
"Bukanlah aku nak suruh kau jadi gay. Tapi tujuan kita datang sini supaya aku dapat bina networking untuk kau. Tadi, Datuk Hamdi dengan anak dia Shahrizal datang, tanya pasal kau. Kemudian Datuk Mohd Nor pun ada nak tanya pendapat kau. Datin Marsilah, isteri menteri kerja raya, pun datang ke meja ni. Kita kalau nak buat hubungan, kena ada meaningful terms. Bukannya flinging on the air macam ni, Azlan."
"Pengetua ni cakap pada saya macamlah Pengetua ni tak pernah jadi remaja," aku menjawab.
"Masa aku baya kau, aku dah angkat senapang untuk bunuh askar Ryukyu, Azlan."
"Patutlah ayah benci dengan Pengetua. Semua nak kena ikut perspektif Pengetua."

Aku blah dari dewan, dan tunggu dia dalam kereta.

"Azlan, kau marah dengan aku?" tanya Pengetua sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.
"Bukanlah marah. Cuma kadang-kadang Pengetua kenalah faham yang orang lain ada priority dia. Saya tak benci dengan Pengetua, cuma hairan, apa yang Pengetua nak dari saya?"
"Satu hari nanti kau akan faham kenapa aku buat begini pada kau. Kau adalah batu asas kepada segala apa yang apa aku telah rancangkan."
"Apa rancangan Pengetua?"
"Dah lama aku rancang perkara ni. Hanya untuk kau. Ayah kau tak faham sampai dia telah meninggal, tapi aku rasa kau lebih bijak daripada dia. Aku harap kau faham. Fine, aku faham, kau seorang remaja, kau baru nak kenal dunia, tapi aku tak nak kau lalai. Apa sahaja yang kau nak, aku bagi. Kau nak keyboard sebab kau minat main muzik, kau nak sampin mahal ni. Semua aku bagi. Tapi kau kenalah ikut aku juga."
"So, apa yang Pengetua bagi ni, ada 'catch'?"
"Azlan, bila tiba masanya nanti, aku akan terangkan pada kau apa perjuangan aku. Untuk negara ini juga. Aku dah tua, aku dah tak boleh gerak lebih jauh daripada yang ini. Kau adalah masa depannya."
"Yeah, okay, fine, whatever."

Pengetua terus diam sambil mencatat nota dalam tulisan yang aku tak faham tulisan apa. Mungkin secret code dia agaknya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top