1985 part 3

Azlan

Habis sekolah tu, aku mengikut Pengetua menaiki keretanya. Keretanya kemudian masuk ke perut kota, ke lorong-lorong kecil yang ada deretan gerai seperti pasar malam.

Kereta itu kemudian diletak di depan kedai nombor ekor, yang disebelahnya ada sebuah restoran orang Kwantong.

"Cikgu, kita nak pergi mana ni?"

Pengetua tak jawab, hanya duduk di kerusi di kedai makan tersebut.

Ada seorang lelaki tua Kwantong, berusia dalam 60 tahun, datang bersalam dengan Pengetua.

"Haiya, Jeneral! You sama Jacob lama tala datang sini. Apa machiam?"
"Baik saja Ah Teck. Jacob di Temasek sekarang, sudah kaya," jawab Pengetua.
"You pun sudah kaya ma. Mau minum? Yum cha?"

Pengetua mengangguk.

"Ah Teck, perkenalkan, ini murid saya, Azlan."

"Amacam, business?" tanya Pengetua.
"Dengar cerita kan, next year, election woo! Sikalang aa, kita mau raise fund, untuk pilihanlaya!"
"You bet Ungu atau Hijau?"
"Haiya, susah maa kalau Wijayapura Hijau, tak sama dengan Federal. Tapi, orang sini suka Hijau. Jadi, kita fund dua-dua. Play safe! Federal kita ada, gabenor pun kita ada letak duit juga."

Ungu ialah warna kepada Parti Persekutuan Nasional, parti yang memerintah kerajaan Gelanggayu sejak 1969. Hijau pula adalah Parti Jujur, serpihan dari kerajaan lama yang tumbang pada Pilihanraya 1969.

Perbualan Pengetua dan Ah Teck berkisar tentang perniagaan judi, penyeludupan dadah, sindiket pelacuran.

Aku hanya berdiam diri sambil pasang telinga, dan makan roti bakar kaya yang dibelanja oleh Pengetua. Pengetua kata ini tempat kegemarannya untuk sarapan pagi dengan Uncle Jacob masa muda dulu.

Sambil aku makan roti bakar, aku menonton filem Drunken Master, iaitu kisah Wong Fei Hung (lakonan Jackie Chan) yang belajar dengan Drunken So yang menjadi tok gurunya.

Aku rasa aku pun dah jadi macam Wong Fei Hung dalam cerita ni. Bezanya, Pengetua suka minum wiski, Drunken So suka minum tuak beras.

Selepas setengah jam berbual, Pengetua minta diri.

--

Aku bertanya tentang kenapa Ah Teck menyokong Parti Persekutuan dan Parti Jujur. Kenapa sokong sini sikit, sokong sana sikit. Kenapa ada orang yang macam ini.

"All is fair in love and war," jawab Pengetua, tenang.

Aku terdiam. Apa maksud Pengetua tentang ayat tu?

"Bila kau mula menaruh perasaan cinta pada seseorang, kau akan faham apa aku cakap ni. Begitu juga bila kau dah masuk alam politik. Kau akan perlukan security. Kalau kau bergantung harap kepada satu sahaja, belum tentu yang satu tu akan selamat. Mari, aku bawa kau ke satu lagi tempat."

Pengetua berhenti di sebuah hotel terkemuka di Wijayapura. Minggu ini ada majlis perkahwinan anak perempuan seorang pengusaha ladang tembikai, dengan anak lelaki kepada seorang Ahli Dewan Negeri.

Gelanggayu adalah sebuah negara persekutuan di bawah satu pemerintahan diraja. Ada 10 buah negeri yang bernaung di Gelanggayu.

Ibu negaranya, Wijayapura, merupakan kota yang penuh bersejarah. Ia merupakan ibu negara kerajaan purba Wijayapura sejak tahun 1000 yang diasaskan oleh Raja Gautama, sebelum dijajah penjajah British pada tahun 1858. Wijayapura adalah pelabuhan tersibuk di sebelah pantai timur.

Sepuluh negeri yang lain ialah seperti Melaut, negeri paling hujung di barat laut. Negeri ini jauh terpisah dengan gunung-ganang, oleh itu projek infrastrukturnya hanya tertumpu di bahagian kawasan pantai sahaja.

Melaut ini kampung aku, dan menjadi pelabuhan di sebelah Lautan Bharat dan Laut Benggala.

Sepetang adalah pelabuhan di timur. Di pinggir Sungai Raya, sungai yang terpanjang di Gelanggayu. Sungai ini menjadi pengangkutan utama untuk pengeksport beras dari negeri jelapang padi, Ketil.

Geri terletak bersebelahan Wijayapura, merupakan pengeluar utama besi dan timah untuk industri di Wijayapura.

Ada banyak lagi negeri lain, tapi kita cerita yang mana penting dulu. Dalam negara Gelanggayu, ia adalah sistem raja berperlembagaan, dengan keluarga diraja al-Daulah sebagai rajanya.

Negeri-negeri lain ditadbir oleh Gabenor, yang dilantik rakyat dalam pilihanraya negeri, bersama ahli dewan negeri.

Sementara di peringkat Persekutuan, ialah Perdana Menteri memimpin eksekutif dan menasihati Sultan dalam segala hal pentadbiran.

Tapi hakikatnya keluarga al-Daulah buat hal sendiri. Urustadbir kerajaan ni pun dengar cakap keluarga al-Daulah, bukan dengar cakap rakyat sangat.

Cuma rakyat patuh dan kasih kepada raja yang menjadi payung kuning negara. Tengku Norman sebagai Tengku Mahkota, memiliki syer dalam Petrogayu, syarikat petroleum negara.

Tengku Ariffin memiliki Wijaya TV, serta syarikat telekomunikasi negara, Telekom Gelanggayu. Tengku Razak pula memiliki syarikat besi iaitu Wijaya Steels.

Pengetua bawa aku bertemu dengan pengantin perempuan yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Izham, anak Datuk Syafie Izzat.

Tidak seperti Azham, adiknya yang lebih hands on dengan pekerja buruh di pelabuhan, Izham lebih banyak terlibat dengan dunia korporat dan business.

"Maria, lama tak nampak kau! Dah besar dah pun," kata Pengetua apabila melihat Maria datang menyambut kedatangannya.

"Papa, Jeneral Yahya datang!"

Datuk Syafie bin I'zzat, bersalam dengan Pengetua. Dia juga dikatakan bakal bertanding sebagai Gabenor dalam pilihanraya akan datang.

Dia adalah calon Parti Persekutuan. Semua projek dari kerajaan pusat, melalui dia sebab di Wijayapura, ini adalah kerajaan pembangkang, walaupun ibu negara Gelanggayu.

Dia suka main sentimen populis, dengan mengkritik dasar Gabenor Wijayapura, Tan Sri Ibrahim Abu Samah. Tapi pusing-pusing ada business juga.

"Ahad ni, jemput datang, Pengetua!" kata Datuk Syafie, bersalaman dengan penuh senyuman.

"Insya-Allah. Datuk, perkenalkan, ini Azlan. Budak pintar tapi nakal. Dia kenal Azham."

Macam ada satu jaringan yang saling berhubung antara satu sama lain. Dan semuanya macam Pengetua rapat. Aku tahu yang Pengetua ini dulu seorang jeneral tentera, tapi melihat dia punya kabel dari dalam negara ke luar negara, sampai kenal Presiden Reagan, dia ini seperti ada aura yang tersendiri.

Tetapi aku semakin tak faham kenapa aku diheret oleh Pengetua dengan orang korporat dan politik. Mungkin benda ni terlalu berat untuk seorang berusia 16 tahun macam aku ni untuk berfikir.

Tiba-tiba ada si gadis sebelah rumah Pengetua ni datang membawa bunga, wangi baunya lalu di depan aku.

Lagu One More Night dari Phil Collins keluar di dewan ballroom hotel tu, dan aku membayangkan aku sedang menari dengan gadis tu.

"Cantik dewan ni, Azlan. Kau kahwin nanti, ambik la dewan ni."
"Ish, Pengetua. Lambat lagi kahwin. Rasanya tahun 2000 pun belum kahwin lagi agaknya!"
"Bukan ke Tengku Ariffin dah kenenkan kau dengan anak dia?" tanya Pengetua.
"Hish! Mina tu hingusan lagi lah!"
"Sekarang memang la. Bila kau dah tua nanti, soal umur ni bukannya penting sangat."

--

"You buat apa kat sini, Alan?"
"Ikut Pengetua. You pulak jadi flower girl ke, Najwa?"

Gadis jiran rumah Pengetua pandang aku dengan muka yang sedikit jelik dengan aku. Tapi dia comel.

"You sebenarnya dah tahu kan nama I?"
"Ye ke? Ada ke yang I teka tu, nama tu betul?"
"Ada, but you spell it wrong. Deliberately!"
"Which one?"
"My name is Natasha. You spell it with y. Mine is h," barulah dia senyum.
"Oh really? I sebenarnya dah tahu lama dah your name. Saja je I'm messing around."
"You ni memang jahat tau!"

Dua mata saling berenungan, perasaan seperti rasa terapung di atas awan.

Dua-dua saling malu, dan berdiam diri.

"Can I ask you a question?" tanya Natasha.
"Sure."
"You selalu makan apa kat atas tangki air tu? Kenapa you tak suka makan kat kafetaria?"
"Because I can cook better than them. Why I want to spend money on food yang tak sedap, while I can cook better?"
"You know how to cook? You paling suka masak apa?"
"My dad was a chef, so I learn from him. Italian, and Southern American cuisine."
"You mean, Latin America?"
"No, no. Like Tennessee, Alabama, Mississippi..."
"Ooohh...jadi kalau you pandai masak American cuisine, why selalu you lepak kat McDonald's?"
"I eat fries. Burger jarang I makan. Korang la. Plus, I lepak situ sebab I suka tengok view dari situ. The busiest crossroad in Wijayapura."
"Lain kali you lepak la dengan kitorang. Dengan Cindy."
"Nope, I won't hang out with her. Mulut dia becok."
"Yeah, I pun rasa macam tu. Hari tu, dia cari pasal dengan student RPM. Tak pasal-pasal! And worst of all, student RPM tu cakap, dia tu girlfriend you."
"Hah? Girlfriend? I don't have one. RPM pulak tu. Euw, ramai pundamauneh."
"What is that?"
"Motherf*cker in Tamil."

Natasha gelak kecil.

"You takde girlfriend?"
"No."
"I tak caya. Muka you muka playboy. I dah masak sangat dengan trick macam ni. So far, I tak percaya dengan you."
"Well, okay. It's not my problem pun kalau you tak percaya."

Aku terus blah dan berjalan ke arah meja Pengetua.

"Wait, wait, wait!" jerit Natasha.
"Yup?"
"Betul you takde girlfriend?"
"Why does it matters?"
"Because, Cindy has crush on you. Dia tu, hari-hari, Azlan buat tu, Azlan buat ni, Azlan itu, Azlan ni. Dia macam obses sangat dengan you."
"That makes me annoyed."
"Maybe kalau next time, you masakkan untuk we all? Okay tak? You terror masak apa?"
"Spaghetti bolognais."
"Alright. We buy stuff, you cook. Deal?"
"Kenapa I nak kena masakkan you pulak?"
"Because kita boleh berkenal-kenalan."
"No, I'm not interested."

Natasha menggaru-garu kepalanya.

"Why are you so difficult? I cuma nak kenalkan you dengan Cindy je."
"Natasha, dia dah kat dalam kelas I, dah tiga tahun. Dah cukup kenal."
"But I still teringin nak makan your spaghetti bolognais. And your balls, I mean, meatballs."

Nak tersembur jugak aku bila dia kata macam tu.

"Freudian slip?" kata aku dengan nakal.
"Shut up!" Natasha tersipu malu.
"I jarang masakkan untuk orang."

Natasha pandang mata aku dengan penuh berharap.

"Please...."

"Fine," kata aku sambil hulurkan tangan untuk bersalam.

Aku bersetuju sebab Natasha sahaja. Bukan sebab Cindy. Kalau bukan kerana Natasha, aku langsung tak berminat nak masakkan untuk dorang ni.

"Under one condition," kata aku.
"Okay, apa dia?"
"I want your phone number."

Natasha terdiam.

"Well, daddy I tak kasi lelaki call."
"Beritahu your daddy, anak Mamat nak call his daughter."

Aku terus patah balik ke meja Pengetua.

"Wait, wait, wait! Wait!"
"Yes?"
"Jumpa kat library this Monday. I'm still not ready for this."
"Fine. Monday, I give you groceries list."
"Alright."
"Anything else?"
"We'll see on Monday."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top