1985 part 10
Datuk Abdullah menaiki pickup Chevrolet Silverado 1979 bersama Pengetua, sementara Datuk Mohd Nor bersama Luqman menaiki Toyota SR5 1980.
Mereka tiba di rumah aku, memandangkan jalan untuk ke Bukit Irong kena lalu Puncak Jaya, jadi sekali jalanlah.
Memandangkan Pengetua, Datuk Mohd Nor dan Datuk Abdullah datang rumah aku, aku kena kemas rumah, dan buat teh sebelum bergerak.
"Assalamualaikum," pintu diketuk. Kedengaran seperti suara Luqman.
"Waalaikumsalam. Masuklah rumah ni, maaflah. Kena kemas rumah dulu sebelum bertolak."
Datuk Mohd Nor datang ke dapur, dan ucapkan tahniah sebab berjaya dalam misi aku untuk yakinkan Luqman untuk pergi berkelah dan keluar dari rumah.
"Saya nak ucapkan terima kasih pada kamu, Azlan. Sebenarnya, saya dan isteri dah mati akal, macam mana nak buat Luqman ni, ada sifat memimpin. Jadi berani, jadi orang yang kuat. Tapi sejak Pengetua suruh kamu berkawan dengan Luqman ni, dah nampak perubahan sikit. Kalau dulu, main permainan, bersepah rumah. Sampai dah umur dah besar macam ni. Sekarang ni masih main mainan lagilah, cuma dah pandai kemas sendiri."
Main mainan? Aku tak pernah tahu pun mainan tu apa. Pada aku, mainan ni hanya untuk budak kecik.
Tiba-tiba Datuk Mohd Nor salam cangkuk.
"Eh, apa ni, Datuk?"
"Upah kau, tolong kami."
"Jangan macam ni, Datuk. Saya ikhlas kawan dengan Luqman."
Sembang ikhlas. Padahal kena paksa dengan Pengetua.
Aku pulangkan balik kepada Datuk Mohd Nor, tapi Datuk Mohd Nor menolak.
"Simpanlah. Buatlah belanja sekolah, belanja barang rumah. Kalau rasa susah dan perlukan bantuan, Insya-Allah, saya sendiri tolong kamu."
Aku mengangguk faham. Tapi aku tak perlu mintak bantuan pun.
"Kalau macam tu, terima kasih Datuk."
Aku simpan duit dalam wallet, kemudian aku bawa teh ke depan.
"Jemput minum, Datuk. Jemput minum, Pengetua."
Datuk Abdullah melihat gambar hari raya keluarga aku. Dia kemudiannya menitis air mata.
"Ni gambar arwah ayah saya," kata aku.
"Ya, aku kenal. Kenal sangat dengan ayah kau. Kami berkawan baik. Dia ajar aku macam mana nak memancing, hidupkan api pakai batu."
"Ayah saya memang ada perangai kampung dia, walaupun dah sampai ke Amerika."
"Amerika pun ada kampung juga."
"Betul tu."
Datuk Abdullah merenung muka aku, kemudian dia tersenyum.
"Macam muka ayah kau. Saling tak tumpah."
"Bezanya dia rambut lurus, rambut saya ikal mayang."
Aku tunjukkan Luqman bilik aku. Soalan pertama dia, tak ada TV ke dalam bilik? Aku jawab, aku tak minat. Ada la keyboard dan synthesizer, dan pemain vinyl dan hi-fi stereo peninggalan arwah ayah aku..
Dia tengok koleksi kaset aku dari pelbagai genre dari Spandau Ballet ke Pink Floyd, dari David Bowie ke Francesca Peters.
"Okay budak-budak, kita nak gerak ni!" jerit Datuk Mohd Nor dari ruang tamu.
"Kejap, saya basuh cawan ni dulu, lepas tu kita gerak."
Ketika Datuk Mohd Nor baru nak keluar dan sarung kasut, Aziz pulang ke rumah, baru pulang dari kerja. Datuk Mohd Nor tergamam melihat Aziz yang sudah dewasa.
"Sebelum semua cerita terbongkar, baik kau blah cepat," bisik Pengetua kepada Datuk Mohd Nor.
Masa naik pickup tu, aku duduk di belakang pickup, jaga barang. Aku naik pickup Datuk Abdullah.
"Takpe ke kat belakang tu, Lan?" tanya Pengetua.
Perjalanan dari Wijayapura ke Bukit Irong memakan masa 2 jam, di negeri Geri. Di sini, terdapat haiwan liar seperti kancil, pelanduk, dan rusa tinggal di kawasan hutan ini.
"Saya tolong angkat beg Pengetua," kata aku pada Pengetua, depan Datuk Abdullah. Pengetua kenyit mata pada aku, faham apa yang aku cuba lakukan.
"Datuk ok?" aku tanya Datuk Abdullah.
"Biasalah, dah tua ni."
"Nak saya angkat beg Datuk?"
"Eh, larat ke kau? Tu beg kau, beg Pengetua, dengan khemah lagi. Kau nak angkat beg aku? Patah pinggang kau karang nak panjat bukit ni."
"Okay je, Datuk."
"Kau angkat beg yang ni."
"Baik, Datuk."
Mendaki Bukit Irong sebenarnya takdelah tinggi sangat, tapi dua jam juga memandangkan banyak barang nak diangkat.
Sampai saja di tapak perkhemahan, aku terus pasang khemah seperti mana yang aku belajar masa aku dalam ko-kurikulum pengakap.
Selepas pasang khemah, aku capai parang, dan mencari kayu api.
"Aku ikut kau," kata Pengetua.
Sambil mencari kayu api, aku juga mencari sumber air dari anak sungai dari bukit yang berhampiran.
"Pengetua bawa air, saya bawa kayu."
Datuk Abdullah dan Datuk Mohd Nor sedang memunggah barang, dan membawa rifle untuk menembak haiwan buruan.
"Luqman, letak la komik tu. Tolong la daddy."
"Luqman penat la daddy."
"Habis tu, kau ingat orang lain tak penat?"
"Kan Luqman cakap tak nak pergi."
"Habis tu kalau kau tak pergi, sampai bila kau nak terperap dalam bilik tu? Asyik main game je. Tengoklah alam luar sikit."
Aku dengar Luqman kena marah dengan Datuk Mohd Nor, tapi aku diamkan je. Aku fokus untuk nyalakan api. Tapi ternyata tujuan aku untuk jadikan Luqman ni kambing hitam kena bahan memang berjaya.
Sambil tu, Pengetua dan Datuk Abdullah sedang menyediakan makanan malam. Goreng sosej, sapu mentega pada roti, goreng burger.
--
Pada waktu malam, Datuk Abdullah, Datuk Mohd Nor dan Pengetua berbual di unggun api tentang geopolitik semasa.
"Aku tak nampak Soviet boleh menang dengan Mujahideen, Mat Nor. Aku tak yakin dorang boleh menang," kata Pengetua.
"Tapi Soviet ada senjata yang canggih, Pengetua. 100,000 orang tentera, ada jet Sukhoi, ada Antonov carrier, ada MiG-23, 24. Macam mana Mujahideen nak menang?"
Datuk Abdullah hanya mendengar sahaja.
"Kau tengok peta dunia ni, Mat Nor. Afghanistan ni bukan tempat yang mudah untuk nak bawa jentera-jentera tu semua. Geografi adalah perkara paling penting. Ada senjata canggih pun, kalau ada muka bumi macam ni, susah."
"Baru-baru ni bukan Ronald Reagan bagi $25 billion kat Mujahideen ke, Pengetua?" kata Datuk Abdullah pula.
Aku duduk bersila mendengar perbualan mereka.
Pengetua menoleh tepi, dan pandang aku.
"Kau rasa, macam mana, Azlan?"
"Apa yang Ronald Reagan buat hari ni, bakal menyusahkan Amerika pada masa depan. Mungkin bantuan ni membantu Mujahideen melawan Soviet, dalam Perang Dingin. Tapi satu hari nanti, ini semua akan menyusahkan Amerika balik, senjata makan tuan."
"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Datuk Abdullah.
"Do not trust mercenaries and auxiliary army to win the war. Machiavelli cakap ni. Untuk kita menang perang, kita perlu askar yang setia, bukan askar upahan. Askar upahan hanya setia kepada wang. Segala senjata dan duit yang Amerika bagi kepada Mujahideen, akan memakan diri mereka satu hari nanti. Amerika ingat mereka ni berjuang sebab mereka ni benci Soviet dan suka Amerika. Mereka sebenarnya benci Soviet sebab Soviet ni komunis, dan benci Amerika, sebab Amerika ni kafir."
Mereka bertiga duduk menghadap aku.
"Tapi ini kan perang proksi?" kata Datuk Mohd Nor pula.
"Pada Amerika, perang proksi. Pada Mujahideen, ini jihad menentang kafir."
Datuk Abdullah dan Datuk Mohd Nor memandang Pengetua dengan penuh kagum.
"Budak ni pandai, tapi nakal. Selalu cikgu-cikgu mengadu pada aku tentang kenakalan dia ni. Sejak aku sendiri yang jaga dia, nampak dia gunakan perasaan ingin tahu dia ke arah yang betul."
"Kau ni beruntung jadi anak angkat Pengetua," kata Datuk Mohd Nor.
"Ada makanan lagi? Lapar," kata aku.
Semua ketawa.
"Ada je. Untuk kau, kitorang masakkan. Jom, Bedol," Datuk Mohd Nor bangun dan keluarkan roti dan daging burger dalam beg.
"Anak kau buat apa tu, Mat Nor?"
"Dah tidur. Letih sangat katanya."
"Hmmm..."
"Aik lain macam je hmmm kau tu, Bedol?"
"Mari sini, Azlan."
Aku duduk sebelah Datuk Abdullah.
"Kau rasa, lagi sepuluh tahun dari sekarang, kau jadi apa? Sebab aku tengok ni macam pandai je predict geopolitik dunia. Predict nasib sendiri pulak."
"Insya Allah, tahun 1995, saya mungkin baru lepas keluar universiti, dan bekerja di bawah seorang MP, Ahli Dewan Negeri. Tengoklah, mungkin Gabenor."
"20 tahun dari sekarang?"
"Harap-harap dah jadi MP atau Gabenor. Tu pun kalau menang."
"30 tahun dari sekarang?"
"Jauh sangat nak fikir, Datuk. Umur saya pun tak sampai 20 tahun. Tak boleh nak bayangkan. Mungkin jodoh dengan anak Datuk."
"Amboi! Kau dah pancing Natasha kat sekolah ke? Hahaha!" kata Datuk Abdullah.
Aku nampak mata Pengetua kurang selesa bila aku cakap tentang Natasha.
Datuk Abdullah gosok kepala aku.
"Apapun cita-cita kau, aku doakan kau berjaya."
Dari jauh, Pengetua senyum pada aku.
--
Keesokan paginya, kami bergerak dari kem kami menuju ke hutan. Datuk Abdullah dan Datuk Mohd Nor cuba menembak. Aku dan Pengetua memerhati dari jauh.
"Tutup telinga, Luq. Pekak nanti," aku cuit telinga dia.
PANGGGGGG!
"Kena, Mat Nor?"
"Aku rasa kijang tu lari la."
"Cuba kita ikut jejak kaki kijang tu, ke mana dia berlari."
Kijang tu berlari menaiki bukit.
Datuk Mohd Nor baru nak tembak, Datuk Abdullah memerhati dengan teropong.
Baru Datuk Mohd Nor nak tembak, Datuk Abdullah suruh stop.
"Kijang tu dengan anak-anak dia. Janganlah."
Datuk Mohd Nor ambil teropong Datuk Abdullah.
"Ye lah. Biar je lah. Kesian pulak aku tengok."
Kami berlima berjalan di lereng bukit. Sedang berjalan, tiba-tiba Datuk Abdullah terpelecok dan jatuh ke bawah.
"Bedol!"
Aku terus perhatikan lereng bukit tu, dan cuba turun untuk selamatkan Datuk Abdullah.
"Datuk Mat Nor, pegang tali ni. Pegang tali ni sekali, Luq. Kalau kau tak kuat, aku jatuh, kalau aku mati, aku cari kau kat alam barzakh."
Pengetua geleng kepala dengar ayat aku.
Aku turun ke bawah dan capai tangan Datuk Abdullah.
"Pegang kuat-kuat, Datuk."
Aku terpaksa dukung Datuk Abdullah dan berpaut pada tali. Lepas dapat naik ke atas, aku duduk sekejap, ambik nafas.
Datuk Abdullah mengerang kesakitan.
"Kaki aku patah ni, Mat Nor. Panggil ranger hutan!"
--
Datuk Abdullah dikejarkan ke hospital swasta, sementara tu, kami semua kemas barang camping kami dan membatalkan niat nak memburu. Mungkin kawasan ni keras. Mungkin kijang tu ada sumpahannya.
--
Natasha dan ibunya tiba ke hospital sejam selepas kami tiba.
"Is everything alright, Mat Nor?" tanya isteri Datuk Abdullah, Mrs Birgitt.
"Your husband was fall down from a cliff. We are not sure but he told us he had pain at his left ankle."
"I already warn him, he is no longer a young man!"
Natasha menjeling pada aku, tapi bila aku balas jelingan tu, dia buat-buat tak pandang. Kejap lagi, dia pandang aku balik.
Aku nampak Luqman sedang khusyuk baca komik Spiderman.
Kejap lagi dia ke meja, dan nampak sedang menulis sesuatu.
Kemudian dia bagi kertas tu pada aku.
Dia tulis:
"Kenapa you sombong dengan I? :("
Aku pandang Natasha.
"Pinjam pen."
Natasha hulurkan pen pada aku, dan aku tulis.
"Datang rumah lepas ni. Nanti I beritahu."
"Terima kasih," aku kembalikan pen dan kertas dia bagi tadi.
--
Aku tiba di rumah dalam keadaan yang letih. Dalam kereta aku asyik terlelap tidur. Aku sampai rumah je, aku terus baring di sofa rumah, dan terus je tidur tak ingat dunia.
Sampai aku sedar, aku dengar ibu aku berbual dengan perempuan.
"Ibu?"
"Bangun pun kau. Nat dah tunggu kau dekat dua jam dah."
"Oh ya, sorry. Letih sangat tadi."
"It's okay. You pun baru balik camping dengan daddy I."
"Makcik pergi dapur dulu ya? Korang borak la."
Natasha terus pandang ke arah aku.
"Kenapa you sombong dengan I? Jawab. Sejak hari tu, you langsung tak nak call I, tak nak jumpa I kat library, tak nak tegur I."
"Oh ye ke? Sorry. Yang masa kat library tu, I was urgent for my homework. Sorry sangat, sebab lately banyak benda kena catch up."
"Macam mana you kenal my daddy?"
"I told you that I know your daddy. You je tak percaya."
"You borak-borak dengan my daddy, tapi you takde masa nak borak dengan I?"
Natasha mendengus seperti mula mahu merajuk.
"Ye lah, kalau ikut adat Melayu Gelanggayu, kalau nak berkenalan dengan anak gadis, kenalah rapat dengan bapanya dulu."
Natasha tersipu malu.
"Dasar ayat kasanova. Entah berapa ramai perempuan you dah ayat macam ni?"
"Cuba tanya ibu I, berapa ramai perempuan saya pernah bawa datang rumah ni selain you dan Cindy. Cindy tu pun sebab dia ikut you."
"Alan, then why you mengelak dari I?"
"I bukan nak mengelak dari you, but since that kiss, I'm gonna admit, I can't stop thinking about you."
"Tapi kenapa lari from me?"
"Because I don't know you. Yet."
"What do you mean, you don't know me?"
"I don't even know what's your favorite color, favorite song, favorite food, most important, I need to know what do you hate, so I'm going to avoid it."
"Jadi, you perlukan tempoh untuk kenal I?"
"Can I be honest with you?"
Natasha mengangguk kepala.
"I think you're trying to playing around with me."
"Well, you dengar dari siapa?"
"I just know. You dengan Cindy ada set a plot."
"No, more on plot to cover from Cindy. Dia suka kat you, but she's my best friend."
"Jadi, you suka I?"
Natasha tunduk, tersenyum. Wajahnya merah padam. Nak mengaku tapi dia rasa malu.
"How about, we're going to date until New Year's Eve. Kalau you rasa kita sesuai, we're going into relationship, starting from 1986, okay? Kalau tak okay, we go with our ways, no hard feelings," kata aku.
"Setuju, tapi jangan beritahu Cindy tau, dia tu mulut kecoh macam Mak Bedah!"
"Kesian Mak Bedah. Padahal ada je Mak Bedah yang pendiam dan introvert."
"You ni funny la, Alan!"
Aku beranikan diri, pegang tangannya, dan kemudian nyanyi lagu True dari Spandau Ballet.
So true, funny how it seems
Always in time, but never in line for dreams
Head over heels when toe to toe
This is the sound of my soul...
"I like this song," kata Natasha.
"Kalau you ingat, lagu ni ada masa kita share taxi dulu."
"Alan...kita kawan je kan?"
"Kawan pegang tangan ke?"
Dua-dua tersipu malu.
"Entah, hehehe!"
Entah kenapa hati rasa berbunga. Aku rasa mungkin perasaan geli geleman ini adalah kali pertama sejak Cleo dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top