55
[ tq pada athilaaziz13 sbb point out psl Lucas and Dhia , serius sy bru teringat . Sy akn lbih berhati2 lps ni . ]
SHE WAS WRONG
CHAPTER
55
████████
" Abang saya bukan macam tu ! " selaran Dhia menyentak semua yang kini berkumpul di balai . Finn Qaees cuba untuk menenangkan isterinya namun wanita itu menepis setiap sentuhan suaminya .
" tak mungkin Lucas buat awak macam tu Lufasz ! You two are best friend ! Tak mungkin ! "
Esakan wanita itu menghiasi ruangan balai . Lufasz hanya tertunduk lemah . Sama ada berasa bersalah mahupun masih kaget dengan kebenaran disebalik kematian ibunya . Masing-masing dalam dilema sendiri .
" sayang — " pujukan Finn Qaees ditepis kasar oleh Dhia .
" Lucas abang saya Finn ! Abang ipar awak ! Sampai hati awak ?! Dia satu-satunya ahli keluarga yang saya ada , awak tahu tu ! Kenapa buat saya macam ni ! " bentak wanita itu ,
Finn Qaees merangkul tubuh isterinya , didakap erat sambil cuba menenangkan jiwa isterinya .
Manakala , Ellen yang berdiri kaku disisi mereka hanya memfokus pada kekasih hati . Kebisuan Lufasz ... mencengkam jiwanya . Dia tahu , lelaki itu juga menderita . Namun , segala perasaan juga rasa dipendam lelaki itu dari pengetahuan orang lain .
Kebenaran ini sememangnya mengejutkan , sama ada buat Lufasz mahupun ahli keluarga Lucas sendiri .
Mata Ellen lirikkan semula ke arah pasangan Finn dan Dhia . Perih terasa dijiwanya melihat keadaan wanita itu .
Dalam situasi ini , Ellen serba salah kerana hatinya ingin menyebelahi Lufasz — namun pada masa yang sama ... Dhia juga memerlukannya .
Kerana , wanita itu secara tidak langsung sentiasa berada bersamanya dikala dirinya sedih mahupun hiba .
Namun—
di sudut lain ,
Penderitaan yang terbias diwajah Lufasz membuatkan dirinya kaku ,
Bimbang akan keadaan lelaki itu ,
" Lufasz tolonglah — " sekali lagi rayuan Dhia menjelma , wanita itu ingin menghampiri Lufasz namun dihalang suaminya ,
" kalau — kalaupun abang saya — s-salah , tak boleh ke awak maafkan dia ? " permintaan Dhia pantas membuatkan Lufasz terdongak . Terpampang bola mata lelaki itu yang memerah .
Finn Qaees cuba untuk menghalang isterinya daripada meneruskan bicaranya itu namun tubuhnya ditolak kuat oleh Dhia . Lufasz dihampiri ,
" — memang perbuatan Lucas tak boleh dimaafkan sebab cuba bunuh awak . Tapi selama ni — korang ... korang baik je . Lucas baik dengan awak . Dia support awak ... dia selalu fikirkan apa yang terbaik untuk awak even dia sendiri terluka . E-even — dia terpaksa lupakan cinta pertama dia — demi awak "
Pengakuan itu membuatkan semua yang berada di situ pegun . Lirikan mata Dhia dibawa ke arah Ellen , menjawab segala persoalan mereka . Membuatkan Lufasz terkesima .
" ye , Ellen cinta pertama Lucas . Dia sayangkan awak Ell — " ujar Dhia , merenung tepat ke wajah Ellen yang membisu .
" tapi — bila awak pilih Lufasz dari dia ... dia ..terima . Sebab Lufasz kawan baik dia even dalam bisnes mereka berdua rival . Tapi — lepas korang kahwin , awak menderita ... kerana Lufasz sendiri . "
Dilihat dari ekor mata Ellen ,Lufasz melarikan pandangannya ke arah lain . Terpukul dengan segala butir bicara yang kembali mengungkit masa silamnya .
'Cukuplah ... dia dah cukup menderita — ' rintihan hati Ellen meraung hiba ,
" Dhia please — please stop " rayu Ellen cuba menghentikan segalanya . Cuba menghentikan kesakitan dan penderitaan Lufasz .
Sekali lagi Finn Qaees cuba menegah isterinya namun —
" saya tak habis lagi Finn ! "
Tengkingan wanita itu naik seoktaf , menarik perhatian rata-rata pegawai polis disekitar mereka ,
" saya tahu awak berdua menderita Ell ...Lufasz . Saya tahu ! Tapi awak kena sedar ! Dalam dunia ni bukan awak berdua je yang menderita ! Ada orang lain juga sakit ... yang merintih dalam penderitaan dorang — "
" sebagaimana saya tak dapat nak bandingkan penderitaan awak dengan orang lain — abang saya juga macam tu . Hanya ...hanya kerana hal ni ... tak semestinya awak perlu tutup mata dalam segala keperitan yang ditanggung Lucas selama ni ! He has been loyal for the both of you these few years . Apa kesetian dia tak bermakna pada korang hanya kerana satu kesilapan ini ? "
" Lufasz — saya percaya ... abang saya tak ada niat untuk cuba bunuh awak ... jadi tolonglah ... gugurkan kes ni — "
Rayuan Dhia dibalas kebisuan , semua mata tertumpu pada Lufasz yang jelas kaku . Lirikan mata lelaki itu kosong . Sekosong jiwanya yang kebas dek penderitaan yang ditanggung .
Sesaat berlalu pergi tanpa bicara , sebelum Lufasz menapak pergi meninggalkan mereka semua .
Semakin berlinangan air mata Ellen apalagi lelaki itu langsung tidak mendongak meliriknya walau sesaat . Wajah Lufasz sugul dan tidak bermaya , membuatkan Ellen sedar —
Lelaki itu sedang menderita tika ini .
Dan yang paling menyiat -nyiat hatinya adalah —
Dia tidak mampu berbuat apa-apa ,
Hanya ...
Mampu kaku berdiri disisi lelaki itu .
" — dhia , aku betul-betul tak percaya kau paksa Lufasz sampai macam ni — sedar tak apa yang kau cakap tadi ? "
" kalau awak rasa keputusan saya salah , then — saya tak ada apa nak cakap . Yang penting , saya akan pertahankan Lucas ! "
████████
Ellen dongak melirik Lucas yang baru sahaja dibawa masuk oleh pegawai polis ke ruangan itu . Gari yang tersemat dipergelangan tangan Lucas dibuka sebelum pegawai polis itu beredar pergi .
Lucas membisu , perlahan-lahan dilabuhkan duduk dihadapan Ellen . Sesekali pergelangan tangannya diusap perlahan dek garitan gari tadi atau hanya kerana — rasa gemuruh .
Masing-masing membisu di detik sepuluh saat pertama sebelum keluhan lemah Ellen kedengaran ,
" Dhia ... menangis kerana you Lucas — "
Lucas tertunduk , perasaan bersalahnya menebal .
" ke-kenapa Lucas ? " akhirnya soalan itu berjaya diluahkan oleh Ellen ,
" kenapa I cuba bunuh Lufasz — atau kenapa I hantar Lucca untuk hancurkan hubungan you all — atau kenapa I tak confess cinta I pada you? Yang masa satu Ell ? " lembut suaranya menyoal Ellen , lirih .
" semuanya Lucas . Semua " ujar Ellen bersama linangan air mata yang mulai bertakung —
Lucas senyum kelat , tertunduk melirik kedua tangannya .
" biar I ceritakan pada you satu story . Macam bedtime story . " lirih jawapan Lucas , melemparkan senyuman ikhlas buat Ellen .
" 20 tahun lalu , ada seorang kanak-kanak lelaki ... yang homeless . Tiada keluarga ... tiada sesiapa . Sebab dia ... hanya anak ... haram . Dibuang ditepi tong sampah di lorong gelap —
Macam mana dia hidup ? I pun tak sangka dia boleh teruskan hidup dia ... " senyuman pahit semakin keruh diwajah Lucas sebelum dia menyambung lagi , " — sampailah ... ada orang ambil dia ... jadi pencuri ...dengan budak-budak lain . Budak jalanan ... kami diajar untuk peras ugut pelajar sekolah ... rompak orang ... semuanya diajar oleh samseng lorong tu . Kalau duit kurang — tubuh kami jadi bahan pukulan dan tendangan . Jeritan kami ... tiada yang sudi mendengar . Tiada tangan yang sudi menghulur bantuan . "
" — sampailah satu hari , samseng tu .. nak jual kami sebagai hamba . Yang tak bernasib baik ...mungkin organnya bakal dijual . Sebab tu I lari . Dan — Lucca ikut I . Kami dah macam adik beradik , saling bergantung . Menjaga satu sama lain untuk hidup. Kami tiada sesiapa ... untuk panggil keluarga . Dia ... orang pertama ... yang I anggap keluarga dalam hidup I . "
Semakin tertunduk wajah lelaki itu , sesekali tangannya naik menyeka air mata yang mengalir dipipi .
" I buat apa sahaja untuk hidup Ell . Segalanya I lakukan ... hanya untuk hidup . Dan untuk Lucca , sampailah orang kebajikan datang kutip kami — "
" seronok sebab ada rumah , dapat berteduh . Ada makanan yang cukup untuk alas perut kami . Ada tempat tidur ... yang selesa . Kami— bahagia masa tu . Semuanya rasa sangat sempurna . Dan waktu itulah , ibubapa kandung Dhia yang merupakan pengasas rumag kebajikan itu ... ambil I sebagai anak angkat . Jadi ... abang buat Dhia . "
Senyuman dibibir Lucas lebar , terbias kebahagian dibirai matanya yang berkaca .
" waktu tu — I rasa berbaloi segala derita yang I lalui sebelum tu sebab akhirnya ... I ada keluarga ... I ada ibubapa yang sayangkan I ... I ada adik perempuan yang sentiasa tersenyum bila bermain dengan I . I happy Ell . Terlalu happy . Tapi — "
Wajah itu bertukar keruh , mendung .
" ibubapa angkat I mati dalam kemalangan . Adik perempuan I pulak hilang ... keluarga yang I ada ... hilang sekelip mata . Tapi I bernasib baik , ibubapa angkat I tinggalkan harta dorang atas nama I . I sambung belajar ... bina kerjaya dan syarikat baru dengan duit tu . "
" waktu sambung belajar lah — kita bertemu Ell . I ingat ... tuhan nak gantikan kembali kebahagian I dengan kehadiran you ... tapi ... hati you pilih yang lain . "
Ellen terdiam, matanya naik bertaut dengan mata Lucas . Sayu dan hiba —
" dan — sebab I ... buat macam tu pada Lufasz ... I sendiri tak tahu . Tak tahu apa yang bermain difikiran I waktu tu . Otak I tegaskan I buat demi bisnes tapi hati I — tegaskan ... I lakukan untuk you . I sendiri bingung Ell . Mungkin ... I cuma jeles . Jeles dengan cinta you pada dia . Walau banyak kali dia ... tinggalkan you ... hati you tetap pada dia . Kesetian you kekal pada dia ... kan bagus ... ada seseorang yang macam tu dalam hidup I — "
Takungan air mata Ellen pecah , bibir dikemam menghentikan getarannya .
Tangan Lucas digenggam Ellen , jelas membuatkan lelaki itu kaget .
Senyuman kecil Ellen ukirkan buat lelaki itu ,
" — I'm sorry for your past . Tapi satu benda I nak you ingat sampai bila -bila , you kuat Lucas ... you berjaya survive ... dan sekarang ... you ada adik you yang akan berjuang pertahankan you ... yang akan menangis bersama you . Yang akan setia dengan you . "
" — kerana kesetian itu bukan hanya antara pasangan kekasih ... tetapi kesetian sebenar ... adalah ikatan kekeluargaan . Itu yang paling utuh — "
████████
Lufasz mendongak saat telinganha mendengar derapan kasut menghampirinya . Dia bangun dari sofa ruangan menunggu itu ,
Merenung tepat ke wajah tua bapanya ,
Bapanya juga seakan terkesima apabila melihat wajah Lufasz . Kaku tubuh tua itu , wajah lesu itu berkerutan namun ada senyuman manis dibibir pucat itu . Manik-manik peluh yang masih tersisa didahinya dilap dengan tuala muka . Sudah terbiasa dengan kerja-kerja berat sejak dia melibatkan diri dalam bidang kerja buruh kasar .
Birai mata Lufasz hangat , diusung langkah yang memberat ke arah bapanya .
Lantas —
tubuh bapanya didakap erat .
Tubuhnya bergetaran bersama esakan bisu .
Bapanya masih kaku , perlahan-lahan tangannya naik menepuk halus belakang bahu anaknya .
████████
Tbc
vote comment
[ pada readers yg bca The Survival , maaf kalau chp lps buat korang confuse . Sy terlepas pndg , xD
harap chp ni dpt bantu korang utk faham kisah Lucas dan Dhia . Tq yer pada -Athilaaziz13
Sbb igtkan sy hbungan Dhia ngn Lucas . ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top