54
SHE WAS WRONG
CHAPTER
54
████████
Tak ku menduga kau berlalu pergi , tinggalkan semua mimpi dan janji . Terluka aku menangis ,
████████
Gelas berisi air kosong itu disisip Lufasz , sebelum sebuah fail diserahkan padanya oleh pegawai polis itu .
" Demerez minta aku beri pada kau — " separuh berbisik ungkapan pegawai polis itu sesekali matanya meliar ke sekitar ruang balai itu .
Belum sempat Lufasz mahu menyoal lebih lanjut , pegawai itu sudah beredar pergi meninggalkan dirinya dengan lembaran-lembaran kertas itu .
Dibuka fail itu , sebelum mata birunya jatuh pada tajuk utama yang jelas terpampang .
Kes 0076
Pembunuhan 1990
Lufasz sudah berkerutan dahinya , kerana — kes itu adalah kes pembunuhan bapanya yang menikam mati — ibunya .
███1990███
Carrisa , seorang isteri , seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang masih berusia 8 tahun . Wanita ini bekerja sebagai jururawat , namun sejak suaminya muflis dia kini bekerja part time di pasaraya . Lelah , namun apakan daya sudah tanggunjawab ..nasibnya sebegini .
Mungkin kerana itu , Lufasz dijadikan tempat untuk menghambur segala rasa tidak puas hatinya dengan kehidupannya .
Dipukul , ditendang , disimbah air mendidih ke tubuh kanak-kanak itu .
Tubuh kecil Lufasz hanya dipenuhi luka juga kesan berbirat . Merah , hijau biru ..tubuh halus itu .
Makanan juga tidak disediakan secukupnya buat anak malang itu . Hanya air suam yang mengisi perut Lufasz . Atau kadang-kadang nasi basi —
Andai bernasib baik, Lufasz menjumpai sisa roti ataupun makanan di tong sampah . Dialas perut kecilnya dengan apa yang dijumpai . Kadang kala kanak-kanak itu diusir oleh jiran tetangga lain — yang jelik dengan sikap kotor anaknya . Memunggah tong sampah orang lain .
Tapi Carrisa biarkan , telinga dibuat tuli . Mata dibiarkan buta meski celik .
Dibiar sahaja anaknya dalam keadaan begitu . Kerana rasa sakit hatinya , kerana penderitaannya yang tiada siapa peduli . Tiada tempat mengadu lagikan tempat bergantung .
Sudahlah terpaksa menanggung suami yang menganggur bahkan kaki judi . Wang yang tersisa sejurus muflis dihabiskan hanya untuk suaminya berjudi dan bil minuman kerasnya .
Dia sedar , Lufasz sering kali cuba menagih kasih sayangnya sebagai ibu namun dirinya jelik . Semakin menebal rasa bencinya buat anak kecil itu . Merimaskan malah terdetik dihatinya , untuk meninggalkan sahaja Lufasz di lorong-lorong .
Mungkin , masih punya naluri keiibuan dalam dirinya terhadap Lufasz . Meski benci , dibela juga anaknya itu .
Apabila suaminya memukul Lufasz , pasti ...bila tiba malamnya dia akan membawa ubat buat anak itu . Dalam kebisuan malam, dirawat tubuh anak kecilnya . Dalam linangan air mata apabila Lufasz sesekali meringis pedih atau saat wajah anaknya basah dengan air mata .
Lufasz tidur bertilamkan simen , diruangan stor yang sempit , bersilingkan atap yang rendah juga bersawang . Tiada tingkap , namun itu lebih baik daripada anaknya dipaksa tidur di rumah anjing yang dahulunya dibeli .
Kadang-kadang jika anginnya baik mahupun gajinya lumayan , dibeli roti buat Lufasz juga air mineral . Sebungkus roti untuk mengisi perut kecil itu bagi tempoh tiga hari , kerana kerjanya sebagai jururawat .
Pernah wanita itu berfikir untuk melarikan diri dari suaminya yang sering kali memukulnya , namun — Lufasz .
Dia akan terpaksa meninggalkan anak itu kerana masalah kewangan .
Dengan itu dia bertahan .
Selagi nyawa masih dikandung badan ... masih tersisa kudrat ...
Akan ditetapkan kakinya dirumah itu . Akan dicekalkan jiwa demi anak kecilnya .
Ada satu peristiwa indah menghiasi malamnya , yang menjadi penguat semangat wanitanya apabila ,
Lufasz bantu merawat lukanya akibat dipukul suami . Malam itu , kanak-kanak yang baru berusia 8 tahun berusaha memapah tubuhnya yang lemah ke sofa . Merawat luka diwajahnya serta menuam lebam-lebam dibibirnya .
Di waktu dan ketika itu , air mata seorang ibu mengalir . Teresak-esak tangisnya sambil mata terpaku pada anaknya yang teliti merawatnya.
Apabila esakan sang ibu kedengaran , pantas sang anak khuatir andai dia terlalu kasar dalam merawat wajah ibunya . Terketar-ketar tangan kecil itu menyapu antiseptik ke bibir ibunya yang pecah . Birai matanya juga kelihatan berkaca , sesekali esakan halus meniti di bibir .
" i-ibu jan-jangan na-nangis hum — Lu-lufasz b-buat per-lahan — j-janji ...t-tak sa-sakit ... ka-kalau s-sakit , i-ibu g-gigit le-lengan L-Lufasz ye ? " ujar kanak-kanak itu sambil menyua lengan halusnya buat sang ibu .
Sang ibu pantas menangis teresak-esak lalu memeluk erat tubuh anaknya . Air mata berjuraian jatuh membasahi pipi ,
Dipeluk dakap anaknya , dicium kepala Lufasz . Tidak dilepas tubuh anaknya , didakap erat . Esakan sang ibu menghiasi kebisuan malam yang dingin .
Bagi Lufasz pula , bibirnya terukir senyuman tawar , takut-takut mahu bertanyakan soalan buat sang ibu
" i-ibu — sa-sayang —Lu-lufasz ke ? "
Anggukan ibunya laju dan tergesa-gesa membuatkan Lufasz tersenyum lebar . Tangan kecilnya melingkar dileher sang ibu . Membalas pelukan ibunya yang sudah lama ditunggu , sudah lama dimimpikan —
" Lu-lufasz— s-sayang — i-ibu — sang-gat "
Malam itu menjadi saksi , kasih sayang ibu dan anak kembali bertaut meski sudah lama putus —
Sejak malam itu , hubungan mereka anak beranak semakin pulih . Kebahagian mulai menemui mereka apatah lagi suami dan bapa kepada anaknya meninggalkan rumah mereka tanpa berita . Lesap begitu sahaja .
Namun ,
Kebahagian itu tidak lama .
Takdir ibarat mencemburui mereka , kematian tidak sabar mahu memisahkan mereka berdua .
Tibalah suatu malam, awan gelap menjadi teduhan . Deruan ribut mengigit tubuh sang ibu yang baru pulang dari pasaraya ,
TAngan menjinjit bungkusan plastik roti-roti serta barang basah lain untuk makan malam mereka . MAlam itu , sang ibu mahu menyediakan juadah istimewa buat sang anak .
Namun —
Seorang kanak-kanak lelaki yang agak berusia daripada anaknya menghampiri dari belakang ,
Sedar-sedar sahaja pisau ditikam menusuk pinggangnya dari arah belakang ,
Membuatkan wanita itu tersungkur ke hadapan , merintih perit , darah berlumuran dipakaian putih jururawatnya . Bungkusan plastik terlepas dari tangan .
Titisan hujang menimpa tubuh dan wajahnya . Terkerdip-kerdip matanya melihat kanak-kanak lelaki itu menyelongkar dompetnya , tidak cukup dengan itu —
Bungkusan roti yang dibeli buat Lufasz turut sama diambil penjenayah cilik itu .
Dirinya yang lemah dalam kebasahan ditinggalkan bersendirian , menunggu kematian namun wanita itu masih bertahan —
Bungkusan roti yang terdampar jauh itu diambil sambil tangan memaut pada dinding konkrit di lorong itu .
Dengan kudrat yang tersisa —
sang ibu menapak setapak demi setapak pulang ke rumahnya . Anaknya ... mungkin sedang menunggu dirinya —
Air mata sang ibu bercampur dengan titisan hujan yang membadai bumi . Tubuh terbongkok-bongkok kesakitan — setiap langkahnya berat . Namun , jiwa dan naluri seorang ibu tidak pernah pudar .. tidak akan mengalah .
Apabila kakinya menjejak dihadapan ruang rumahnya , matanua terpaku pada sang suami yang berdiri kaku . Bulat mata sang suami apabila mendapati isterinya berlumuran darah .
TAnpa membuang masa , suaminya memapah isteri masuk ke rumah mereka . Berhati-hati dipapah sang isterinya , menunjukkan kembali sikap sebenar lelaki itu sewaktu mereka masih dalam keadaan baik, sebelum muflis .
" kita pergi hospital — I call " cemas suaminya , mencapai telefon lantas segera membuat panggilan —
" John— " seruan isterinya membuatkan sang suami mendapatkan tubuh wanita itu ,
" tak — tak ak-akan sem-sempat — you — I ting-tinggalkan a-anak ki-kita pa-pada you Johnny . " sisi wajah suaminya disentuh dengan tangan yang berlumuran darah .
" jaga — Lu-lufasz . Satu-satunya — an-anak ki-kita ! I percaya-kan y-ou ! JAn-ji de-dengan I Johnny ! "
LELaki itu menitiskan air matanya , digenggam erat tangan kekasihnya sambil mengangguk laju . Didakap erat tubuh isterinya yang mulai lemah sebelum terkukai dalam dakapannya .
Panggilan hospital yang dibuat baru dijawab oleh pihak mereka, sayup-sayup kedengaran suara pemanggil namun telefon itu sudah terkulai kaku di lantai . DIhiasi raungan demi raungan sang suami melawan dentuman guruh di langit .
Setengah jam kemudian ,
Lufasz berlarian kecil pulang ke rumahnya . Senyumannya lebar , tidak sabar menikmati juadah makan malam hari itu .
Namun ,kakinya kaku apabila melihat ambulans dan kenderaan polis berkumpul dihadapan rumahnya , bunyi siren yang bersahutan .
Jiran tetangganya yang berbisik-bisik di sekeliling rumahnya .
Mata birunya melirik ke dalam rumah , melihat sendiri beberapa pegawai perubatan mengusung bungkusan plastik putih . Refleks , kaki kecil Lufasz menghampiri .
BErgetaran bola matanya melihat bungkusan itu , matanya jatuh pada lengan yang tidak terlindung dibalik plastik putih itu . Apabila matanya menikam cincin emas dijari itu kakinya lemah , terduduk kanak-kanak itu menyembah tanah lembap .
Para pegawai perubatan itu hanya berlalu pergi , mengusung mayat ibunya memasuki perut ambulans .
Seketika , bapanya pula dibawa keluar oleh pegawai polis . TAngan bergari , diheret keluar oleh polis melepasi Lufasz .
Mata biru kecilnya bertentang dengan mata kosong bapanya .
Tinggallah Lufasz bersendirian , hujan yang tadinya reda kembali lebat . Bersama dentuman guruh dan kilat sambar menyambar .
KAnak-kanak itu memeluk lututnya sambil menangis teresak-esak di sudut ruang tamu . Lopak darah jelas mengering di hujung ruang tamu itu . Menjadi saksi bahawa ini semua bukan mimpi .
Pada masa yang sama , di lorong-lorong gelap dua orang kanak-kanak berteduh di dalam tong -tong yang kosong .
" mana kau dapat roti ni abang ? " soal sang adik yang gelojoh menelan roti itu .
Sang abang membisu ,
" diamlah kau— asalkan kita ada makanan sudah ! "
Sang adik tersengih , " hee — nanti bawa balik roti banyak-banyak lagi taw "
" yelah Lucca "
█████████
Tbc
vote
Comment
Hope u like it —
Sy nangis sungguh2 time tulis part ni .
emotional.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top