53



SHE WAS WRONG

CHAPTER

53

████████

Angin bawalah aku pergi , pergi dari kesakitan ini , tak mampu ku menahan peritnya perpisahan

████████













Dress  ditubuh diperkemaskan oleh Ellen sementara tangan mengenggam purse rapat ke dada .


Meski senyuman diwajah hanya satu lakonan , namun terpaksa direlakan apabila berhadapan dengan khalayak umum .


Majlis berprestij ini , dirinya dijemput juga ke sini sebagai salah seorang jemputan VIP .
Mungkin  , mereka berfikiran bahawa hubungannya dengan Lufasz bekas suaminya baik — mungkin itulah yang bermain difikiran mereka .




Matanya melirik ke arah pintu utama dewan itu , terpaku pada pasangan yang memasuki ruangan itu dengan senyuman lebar sambil berpautan tangan dengan pasangan masing-masing .

Kosong terasa dadanya .
Teringatkan memori silam . Sewaktu dirinya masih berhak memaut lengan lelaki itu , berhak bergandingan dengan lelaki itu sebagai pasangan .


Indah .
Teramat indah .
Perihnya , kerana hanya seketika .
Segalanya bertukar mimpi dan janji .


Seruan namanya membuatkan Ellen terdongak , senyuman kecil dilemparkan buat Dhia dan Finn Qaees .

Kedua wanita itu saling berpelukan , sebelum masing-masing berbual ditemani Finn Qaees yang sesekali meliarkan matanya ke sekitar ruangan hall itu .


" Aiden mana ? Rindulah nak tengok dia hum — " ngomelan Dhia membuatkan Ellen tersenyum .


" Tahu tak pa , dekat rumah asyik sebut memanjang nama Aiden . Bila nak tengoklah ...apalah — " tambah Finn Qaess sengaja menceriakan suasana . 


" ada . My family datang rumah , so mama tolong jagakan — alah , kalau rindu datang je rumah . Bukannya I nak halau pun " seloroh Ellen membuatkan Finn Qaees berdecit halus sebelum menyiku lengan isterinya ,

" dengar tu — lepas ni jangan duk mengadu kat aku nak jumpa Aiden . Ellen sendiri pelawa ke rumah dia . " seloroh Finn Qaees mendapat jelingan maut dari Dhia ,

" saya tidur terus rumah Ellen kan awak yang nangis nanti — " cebik Dhia sedikit menjauh dari suaminya yang terkebil-kebil .

Tampak lelaki itu sudah kelam kabut dengan bicara isterinya apabila tergesa-gesa merangkul bahu isterinya ,  dipeluk manja sambil kepala dilentokkan dibahu wanita itu ,

Ellen tersenyum melihat karenah pasangan itu . Namun , senyuman itu tidak bertahan —


Apabila dilihat , Kesya dan bekas suaminya sedang menapak ke arah mereka . Jelas nampak , Kesya yang bersungguh-sungguh mengheret lelaki itu ke arahnya .


Ellen larikan matanya dari bertentang dengan mereka .
Hela beratnya membuatkan pasangan Dhia dan Finn Qaees tersedar . MAsing-masing menoleh melihat Lufasz dan — pasangannya



" hye , Ellen — Finn " sapaan ceria dari Kesya tidak dibalas mesra . Hanya lirikan maut dari Dhia menikam wajah itu .

" thanks for the dress . Its beautiful . Kan Lufasz ? "

Anak mata Ellen tanpa sedar naik melirik wajah lelaki itu . Tautan mata mereka hanya bertahan sessat dua sebelum masing-masing melarikannya .


" what's the point you tanya I sekarang ? Kalau I kata tak cantik you akan tukar ke ? " sinis dan lantang selaran Lufasz menyentak semua yang mendengar .

Kesya menarik wajah sebal sebelum lirikan tajam diberikan pada Ellen ,

" well , kalau you cakap tak cantik means — salah designer lah kan ? Tak begitu Ellen ? Rasanya you tak sesuai kut jadi designer sebab Lufasz sendiri tak suka design you — " provok Kesya sengaja meruncingkan lagi ketegangan antara mereka ,


Lufasz senyum sinis ,
" — for you info miss Kesya , Ellen Kimberlin tak design dress untuk sebarangan orang . So , I assume dress you ni bukan direka oleh Ell . Better you shut your mouth kalau tak nak malu sendiri "


Ellen kaku , takut-takut matanya naik menatap wajah Lufasz . Tersinar sesuatu dalam birai matanya seakan satu harapan namun —

" excuse me " Lufasz segera pamit dari mereka . Meninggalkan Kesya yang jelas terpinga-pinga dek kerana tamparan butir bicara Lufasz tadi .

Belakang tubuh Lufasz direnung kosong oleh Ellen bersama satu rasa yang terisi didadanya ,

Manakala , Dhia bertentang mata dengan suaminya . Menghantar bicara tanpa suara .


























████████









Lufasz   melirik tajam pada skrin besar yang terpampang dihadapan pentas itu . Skrin yang sepatutnya memaparkan gambar tokoh mahupun model bagi perasmian event ini .



Tapi , video yang dimainkan di skrin itu jelas berbeza kerana seluruh isi dewan membisu —




[  video kini memaparkan keadaan didalam kereta dengan pemandunya adalah Lucas ]



Seterusnya , terlihat seseorang memasuki kereta itu dibahagian penumpang belakang . Wajah mulanya agak samar , namun akhirnya terpampang wajah Lucca .

" ada apa nak jumpa aku ?" Soal Lucca yang sudah membuka capnya , memposisikan diri ditengah-tengah antara ruang kerusi  pemandu dan penumpang hadapan .

" aku dah bunuh dia . Sama ada dia hidup atau tak — aku tak sure . Tapi ... aku harap mayat dia langsung tak timbul . Biar terus karam dalam laut "

Kelihatan Lucca terkesima seketika , sebelum senyuman sinis meniti dibibir lelaki itu .



" kau betul-betul yakin dia dalam laut sekarang ? "

" kalau tak percaya ,kau tunggu siaran berita tak lama lagi — bukan sahaja dia ada dalam laut . Kereta dia juga sekali ikut tuan " sengihan Lucas disambut tawa sinis Lucca .

" aku dah settlekan part aku , kau pulak buat kerja kau . Pastikan Ellen tak syak apa-apa , dan jangan biar dia ada masa nak fikir pasal urusan syarikat Lufasz yang tergendala . Aku tak nak tiba-tiba dia datang syarikat Lufasz dan tanya macam-macam . Bapa dia dah menyusahkan aku , tak perlu anak dia pulak menyibuk hal aku "





[  video kedua adalah rakaman suara sahaja ]


Kedengaran bunyi geseran , seperti bunyi seseorang menghenyak punggung ke sofa . Sebelum bunyi dentingan gelas bergema halus .


" cheers . Meraikan keberanian kau yang baru muncul selepas lama terkubur Lucas — "


" kau tahu kenapa aku datang sini . Aku tak nak banyak cakap . "

Kedengaran tawa lelaki sinis .


" apa ? Tak kan kau boleh bunuh je lepas tu sisa dia kau nak aku settlekan untuk kau ? Kau fikir kau siapa huh Lucas ? "


" tolonglah , aku tahu kau je yang boleh uruskan hal ni . Kau ada kuasa . Kau boleh uruskan polis -polis tu . Rakaman accident itu lambat laun akan dapat ditangan pihak berkuasa . "




" apa yang kau boleh beri pada aku ? Rasanya , aku dah — tak perlukan kau lagi atau anjing tu — "


Kedengaran bunyi asing seakan pergelutan ,



" kalau kau tak nak tolong aku then — aku akan pastikan perempuan kau tu mati ! "



Tawa sinis kedengaran , sekali lagi bunyi pergelutan .




" kau ugut aku Lucas ? Kau sedar tak aku ni siapa ? "


" aku cuma minta tolong kau kali ni je — kau kena tolong aku ! "


" korang ni memang serupa — sama-sama pembelot . Adik kau tu anjing aku , tapi kau — anjing gila . Aku — tak bodoh mahu simpan anjing-anjing macam korang dua beradik — "



Pergelutan , kedengaran bunyi tulang berkeriut . Sebelum rintihan dan erangan kedengaran —



" a-adik aku kerja dengan kau sial ! "


" memang , tapi dia — langgar arahan aku . Sesuka hati bawak lari kepunyaan aku . Ikutkan hati aku — aku nak tembak kepala dia . Tapi , selagi dia masih ada guna untuk aku ... selagi tu aku boleh gunakan dia sampai hilang nyawa "




" sial kau ! "





[ rakaman cctv dilebuh raya sewaktu insiden yang menimpa Lufasz ]



Kelihatan sebuah kereta menghampiri rapat belakang kereta Lufasz .
Lampu tingginya terpasang menyuluh .



Sessat kemudian ,
Kelihatan kereta milik Lufasz sedikit hilang kawalan ,
sekelip mata kelihatan ada kenderaan lain yang kebetulan berada di laluan Lufasz kerana sedang memotong kenderaan lain .



Kenderaan Lufasz membelok ke kiri ,
Merempuh kuat tembok kiri jambatan itu .
Kereta Lufasz terjunam ke dalam laut manakala kereta dibelakangnya yang menjadi punca utama kemalangan itu menderu beredar dari tempat kejadian .



[Seketika nombor plat kenderaan itu dizoomkan ]

[ seterusnya , satu pernyataan rasmi yang memaparkan nombor plat kenderaan Lucas jelas serupa ]



[ skrin gelap ]




Lufasz menoleh ke belakang , suasana sunyi sepi sebelum bertukar desas desus .


Mata birunya melirik ke arah pintu utama , pasukan polis sudah merempuh masuk . Meluru ke arah Lucas yang jelas masih kaget dengan apa yang berlaku .





Salah seorang pegawai polis menghampiri Lufasz ,


" sila ikut kami ke balai Encik Harrison , report kamu perlu dikemaskini semula — "


Lufasz mengangguk faham , dibawa langkahnya mengikut langkah pegawai polis itu .


Apabila dirinya melepasi Ellen juga sahabatnya Finn Qaees dan isterinya , satu anggukan diberikan buat Finn .


Saat matanya bertaut dengan Ellen , lirikan matanya bertukar sayu apabila menyedari butir-butir air mata diwajah mulus itu .

Kaki terus melangkah ,
dalam renungan dan perhatian penuh oleh khalayak umum .
Selangkah sahaja kakinya keluar dari dewan itu ,
Dia disapa dengan persoalan demi persoalan daripada media , juga lensa kamere mereka yang menikam wajahnya .
Pihak polis menghalang para media , sehingga dia berjaya memasuki perut kenderaan polis .















████████

Tbc
Vote
Comment



Okey , for spoiler x)
CHP slps ni akn merungkaikan segalanya .
Sediakan tisu ,
tapi kalau kental tak apa
XD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top