5




SHE WAS WRONG

CHAPTER

5







▫▫▫















Straw minuman dipusing-pusing. Anak mata Ellen tak lepas menatap skrin phone. Menanti sebarang chat dari sang suami. Namun kosong.



Bibir dipaut lembut lalu jemari diketuk-ketuk di permukaan meja. Keluhan tidak lepas dari bibir munggil.


Chat dibuka , jari pantas menyentuh pad kekunci .




To: Lufasz
You bz sangat ker sampai tak dapat answer call I ...
You akan balik kan.. you dah janji... Lufasz yang I kenal tak akan mungkir janji , right ?








Butang send ditekan, tidak sampai beberapa saat , chat itu dibaca. Seen.




Hela berat dilepas. Ellen taip lagi sebelum telefon dimasukkan ke dalam tas tangan . Choker disentuh dengan jemari. Menyentuh permukaan batu perhiasan di sekeliling choker itu. Bibir mengoyak senyum kecil apabila mengingati moment di event itu.


Kepalanya menggeleng perlahan, lantas kaki diusung keluar dari kafe itu bersama jiwa yang meruntun rindu pada sang kekasih.






















Anak mata Lucca melirik kosong pada skrin telefon itu. Chat dari wanita sama dibaca berkali-kali . Tanpa sedar dihadam dalam benak fikirannya.



From: Ellen

You bz sangat ker sampai tak dapat answer call I ...
You akan balik kan.. you dah janji... Lufasz yang I kenal tak akan mungkir janji , right ?

Satu earphone ditarik keluar dari telinga, jemarinya di awangan , ingin menyentuh pad kekunci namun jemari dikepal buku lima.


Tidak. Ini bukan menjadi masalahnya. Namun... bukankah ini berpunca darinya juga. Kalau sahaja dia ...
Tidak.

Lelaki bernama Lufasz ini memang menjauhi dari perempuan ini. Terang-terang wanita ini ditinggalkan saat kehamilan diketahui! Bukan salah dia.
Bukam salah dia jika hubungan mereka memang bermasalah. Iya.





Ting !


From : Ellen
Don't push me out again...please.










Kepingan pizza dikunyah lemah , mata menikam lama skrin telefon. Kening bertaut bersama rahang diketap tegang. Iya, Lucca alah pada rayuan !


Sekelip mata telefon itu dibaling bersahaja ke arah katilnya . Dia kembali menikmati makanan ringan itu . Dengan hati yang berbelah bagi.





















Dua minggu berlalu begitu sahaja. Tanpa panggilan mahupun balasan chat dari Lufasz. Kosong.

Perit dihati usah dijelaskan. Tidak terungkap dek kata-kata. Jiwa wanitanya bersulamkam kerinduan yang mengelar segenap tubuh. Kesakitan menular ke seluruh pembuluh darah.



" benci sangat ke you dengan... anak ..kita ? Kalau tak ... then ... why you're doing this to me —— "


Biasan wajahnya ditatap lemah meski dioles indah dengan make up . Pantulan wajah tidak seperti pantulan jiwanya tika ini. Tiap hari dititipkan kata-kata semangat buat diri agar terus kuat. Agar tidak putus asa menunggu kekasih hati pulang membawa khabar berita. Gincu berwarna nude dioleh ke bibir sebelum mengusung kaki ke arah pintu keluar ruangan menunggu itu.


Malam ini adalah malam perasmian Fashion Show jenamanya. Ikutkan dia mahu Lufasz turut sama bersamanya namun , mungkin lain kali sahaja.




" semua dah get ready ke ? Model semua dah siap ? "


"Semua dah get ready Mrs , I'm sure... this grand event will become a hot topic by tomorrow ! " seloroh salah seorang pembantunya, disambut tawa kecil dari model-model yang bakal memperagakan rekaannya.



Ellen koyak senyuman lantas menyatukan kedua tapak tangan ,



" Okay semua... leave all your worries and —— "

" rock the stage ! "Laung mereka bersama-sama menjulang tangan ke langit.






























Lufasz  mengelap sutnya yang basah dek hujan renyai tadi dengan sapu tangan pemberian wanita itu .


" urm.. thanks , really " lembut suara Lufasz disambut tawa kecil dari wanita itu.


" no, its ok. Small matter je . Lagipun you cakap tadi you ada meeting kan . Tapi, sut you ok ke..ke you nak I bawa you pergi ke mall ..ganti sut you tu "



Lufasz melipat sapu tangan itu , menggeleng pantas seraya melirik jam dipergelangan tangan.



" no, tak sempat nanti. Anyway, thanks for this " sapu tangan itu dijuihnya , sebelum menyambung lagi


" just let me know , when you nak I gantikan . Anytime"


Senyuman dibibir wanita itu mekar bak seri pagi. Mata jatuh pada sapu tangan miliknya yang berada dalah genggaman tangan Lufasz.




" I would like a coffee instead "



Lufasz hanya memdiamkan diri seketika, berfikir. Bibir terukir segaris senyuman sebelum pamit kerana dia perlu ke mesyuarat pagi itu .










Setiap pertemuan itu ada yang permulaan kebahagian..ada juga yang permulaan kebinasaa.


























Jambangan bunga diletakkan di atas meja , lantas dilabuhkan duduk di kerusi. Melepaskan hela penatnya. Senyuman melebar , lega kerana event ini berlangsung dengan jayanya . PAra media juga berjasa malam ini .



Anak tekak terasa kering , dikerling ke sekeliling mencari sebarang punca air bagi menghilangkan dahaga. Kosong. Ruangan ini hanya dipenuhi dengan hadiah dan jambangan bunga serta kotak-kotak kosong.




" ehem " bersama iringan suara itu , sebotol mineral disua dihadapan wajahnya.




Tanpa paksaan, kepala terdongak . Melirik pada seorang jejaka yang berkemeja hitam dengan seluar khaki. Sebelah earphone tergantung dari telinganya.



botol mineral disambut dengan senyuman ragu-ragu. " urm... you dari Gensa ke ? " soalnya memandangkan event ini menyewa hall ini dari syarikat Gensa. Tetapi, dia menyewa tempat ini selama 5 jam. MAsih tersisa setengah jam.




Apabila mata jejaka itu meliar ke sekitar ruangan itu barulah Ellen tersedar akan kondisi ruang itu .


" urm.. I dengan staf I belum kemas lagi ... boleh I lanjutkan lagi sejam ke... pasal payment tu jangan risau... terus bank in "


Jejaka itu hanya membisu, membuatkan Ellen kekok pula.




" kau suruh je staf kau buat" bersahaja jejaka itu berkata-kata sebelum membelakanginya,



" pentingkan kandungan kau tu " lembut nasihat itu menampar gegendang telinga Ellen .




Sebelum sempat ditahan lelaki itu , dia sudah melangkah keluar dari ruangan itu. Meninggalkan Ellen dengan pelbagai persoalan.

































Sekali lagi . Lucca menerima mesej dari wanita itu . Meski baru sahaja dia bersua muka dengan wanaita itu , entah mengapa hatinya meluap-luap marah dan iri hati dengan lelaki bernama Lufasz. Iri hati dengan tuah lelaki itu , berpeluang mencintai dan dicintai oleh wanita itu.




" manusia memang tak tahu bersyukur . Lagi-lagi orang kaya spesis kau "



Mesej dari Ellen ditatap lama.

From: Ellen
Dah 2 minggu you... no calls.. no chat... just a seen from you. You betul-betul tak boleh terima I ker ? Sampai macam ni sekali you nak elak dari I .. dari anak kita ? Lufasz... I try nak faham you... but..still, I can't... so please..come home and explain to me... I promise ... I will try to understand you. Please . Come home.






" mana lelaki yang kau cari ni perempuan ? "



" kalau ... dia tak nak balik pada kau ... then... maybe... its time for you to stop waiting for him . "









" perhaps, open your heart for someone else "







Tbc
Vote comment


▫▫▫
Hye guys, so... sy tgk rmai gak yg berminat dgn citer ni... dari sight... but its ok... I'll try harder to gain ur vote.. anyway,
Siapa support Lufasz ..and siapa mula berharap pada Lucca ?
:)


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top