34
SHE WAS WRONG
CHAPTER
34
ΠΠΠΠΠΠ
" Let's go Ellen —— " mendatar arahan Kimberlin Hans seusai segala urusan untuk discharge sudah selesai . Isterinya pula sudah bersiap sedia di dalam kereta , meninggalkan suaminya untuk menjemput anak mereka .
Pemandu mereka sudah mengangkat beg pakaian Ellen sepanjang anak majikannya ditahan di hospital .
Melihatkan anaknya hanya membisu , membuatkan Kimberlin Hans mengeluh lemah . Diarahkan pemandunya ke kereta terlebih dahulu , mungkin kerana risau akan isterinya yang menunggu mereka .
" Ellen kenapa ? Tunggu —— "
Ellen menggeleng , senyuman kecil dilemparkan buat papanya . Kaki diusung ke arah Kimberlin Hans yang sudah menanti di koridor .
Selangkah demi langkah , bersama rasa hati yang memberat .
Mungkin ... mungkin ... dia mengharapkan kedatangannya ...
Lemah keluhannya sambil kepala tertunduk menekur lantai . Cuba membuang jauh-jauh rasa hati yang berpuitis rindu . Yang terlalu berharap akan harapan palsu . Rindu ... mengapa harus wujud rasa ini ... mudah dituturkan di bibir namun berat tertanggung di dada ...
Tiba-tiba langkah Kimberlin Hans terhenti seketika , memaksa Ellen turut sama melakukan hal itu . Terdongak wajahnya melihat punca dihadapan mata yang menjadi penghalang .
Tidak terucap rasa di hati saat mata terpaku pada wajah Lufasz yang kebetulan turut melirik ke arahnya dengan pandangan ... yang lembut .
" pa ... " seru Lufasz seraya menudukkan wajahnya sedikit , tiada bicara yang terluah namun cukup pandangan matanya memberi makna kepada Kimberlin Hans .
Kimberlin Hans melirik pada anaknya sebelum kembali pada Lufasz . Anggukan diberikan sebagai pengganti bicara . Lelaki berusia itu terus melangkah pergi meninggalkan pasangan itu berdua .
Kebisuan menghiasi jurang diantara mereka . Hanya dua pasang mata saling bertaut . Mungkin sukar untuk dituturkan bicara selamat tinggal .
Lufasz menatap sedalamnya wajah wanita itu . Berat hatinya melepaskan kekasih hati . Hatinya sudah sarat dengan hiba dan tangisan . Kerana perpisahan ini bukan mudah baginya meski ini merupakan keputusan dirinya sendiri .
Lemah , Lufasz mengeluh pendek . Dikeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya . Teragak-agak untuk meneruskan perancangan asalnya .
Ellen hanya menunggu , meski jantung sudah berdegup kencang . Debaran terasa kerana takut dirinya bakal rebah sekiranya mendengar bicara terakhir lelaki itu . Walau apa pun , hatinya pernah dimiliki oleh lelaki ini . Lebih lima tahun bersama ... lima tahun ... salahkan jika hatinya berat ... tidak terdaya melepaskan lelaki ini ...
Saat tangannya digenggam oleh Lufasz sebelum ditarik ke paras bahu , jantung seakan berhenti berdegup .
Apabila genggaman tangannya dikuak oleh Lufasz lantas seutas rantai diletakkan ke dalam tapak tangannya .
" my last ... present for you . This necklace — I tempah sebagai ... tanda ... for our baby "
Bergetaran anak mata Ellen lantas dilarikan matanya ke arah lain . Rantai itu digenggam kemas dalam tangannya .
Lufasz tertunduk sesaat , hela berat dilepas sebelum senyuman diukirkan buat bekas isterinya .
" I harap you jaga kesihatan you and our baby ... After these ... everythings gonna change .. and ... it will hurt you even more when we see each other in court . Please ... please be happy ... I'm sorry that ... I kept hurting you ... That ... I kept repeating the same mistakes . I'm sorry "
Ellen berdecit halus , jelas kedengaran esakannya pecah . Birai matanya sudah menghangat ,
" macam mana I nak happy kalau semua orang I sayang .. hilang dari hidup I ? Tell me Lufasz ... what's the meaning of happines if I lost my ... lover ... my .. future child ? You fikir I ni tak ada hati perasaan ke ? Senang -senang je kebahagian akan jatuh dari langit ? Then , maybe its the answer why did my life turn out like hell . All these shit jatuh dari langit and make my life misserable .. a big disaster . "
Kebisuan bertukar kedinginan . Kedinginan yang mencengkam segenap jiwa . Yang merintih kecewa , yang menangisi nasibnya , melakar jaluran kehibaan , menyulam benang-benang kesakitan . Menghasilkan delusi kebinasaan dua jiwa yang saling melengkapi namun menyakiti sesama sendiri .
" if you wanna leave me then leave ! Stop acting that these hurt you more than it hurts me ! Stop giving me hope ! Those hopes hurt my like hell that I couldn't take them anymore —— so please , I beg you ... if this is what you really want ... then leave and never turn to me again ... its your decission to leave me .. to end our relationship ... then you shouldn't
hesitated "
Rantai itu dikembalikan pada Lufasz , kasar . Membuatkan lelaki itu terpaku , hilang kata-kata .
Kerana ... bicara Ellen benar-benar menikam jantungnya . Segalanya tepat . Sememangnya benar , bahawa dia ... ragu-ragu ... pada peringkat ini masih teragak-agak ..
Kerana jauh di sudut hati lelakinya ...
Dia tidak mahu melepaskan tangan wanita ini , pada masa yang sama perbuatannya membuatkan pautan tangan mereka terlerai . Kerana keputusannya sendiri !
Dilabuhkan duduk di seat bussiness itu sejurus pulang dari tandas . Dilirik sekilas ke tingkap , hanya kabus kelihatan .
Keluhan Ellen meniti di bibir sebelum matanya melirik pula pada seat ibubapanya yang bertentangan dengannya .
Selendang biri-biri dibalut ke tubuh yang kedinginan , sementara tangannya sibuk membelek menu makanan yang disediakan dalam pakej penerbangan ini .
Bibir mencebik sesekali , cuba memilih menu yang mengikut cita rasanya . Keluhan meniti sekali lagi sebelum tiba-tiba ada tangan asing yang menunjukkan ke arah satu menu .
Terus terdongak kepala Ellen , berkerut sesaat dahinya melihat seorang lelaki yang berambut putih kekelabuan melemparkan senyuman manis .
" I suggest you ambil set ni " ujar lelaki itu lagi sebelum secara drastik mengambil seat disebelahnya yang sememangnya kosong kerana Ellen mahukan privasi lebih .
" and kalau minuman , I suggest yang ini —— you nak yang hot or cool one ? I can do both —— " tambah lelaki itu lagi lantas mengenyit mata ke arahnya .
Caesar tersenyum lebar apabila melihat semula gambar-gambar yang diambil di atas pesawat tadi . Sepanjang percutiannya , itulah hobi sampingan bagi mengisi masa yang terluang memandangkan hari biasa dia akan sibuk dengan schedule , modelling and shooting .
Dizoomkan satu gambar yang sempat diambil tadi , gambar seorang wanita yang merenung kosong ke arah luar tingkap . Entah mengapa hatinya terdetik untuk mengambil gambar wanita itu . Tidak tahu dimana keunikannya hingga memaksa dia berbuat sebegitu namun , mungkin kerana wajah wanita itu yang polos serta tatapan mata yang tenang menjadi pendorong bagi Caesar curi-curi merakam setiap perlakuan wanita itu .
Sengihannya kedengaran halus saat teringat wajah cuak wanita itu saat dihampirinya dengan alasan mahu beri suggestion makanan yang menarik di dalam pesawat itu .
Seakan mahu tertawa sahaja apabila wanita itu terkebil-kebil apatah lagi bila mana dia dengan bersahaja mengambil tempat di seat bersebelahannya .
Benar-benar indah memori itu . Bukan niatnya mahu menggangu privasi wanita itu , cuma mahu membuatkan wanita itu tersenyum . Teringin melihat keindahan senyuman itu .
" cik spagetti "
Gelaran yang diberikan buat wanita itu kerana atas dasar campur tangan dan gesakannya memaksa wanita itu memesan spagetti sebagai menu pilihannya .
Tbc
Vote
Comment
•••
ok , perkenalkan watak baru , boleh jadi pakej hit and spicy juga boleh tukar jadi cool and chill 😅😅
so, standby guys ...
Because he can do both 💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top