31
SHE WAS WRONG
CHAPTER
31
ΠΠΠΠΠΠΠΠ
" There is nothing I could say , Lufasz . " lembut suara Puan Kimberlin apabila disoal mengenai keberadaan Ellen . Jujur , dia tidak menjangka kehadiran lelaki itu di rumah mereka . Mungkin , sedikit sebanyak isu yang terpalit ke atas nama CEO muda itu menghantar negative vibe padanya .
" just tell him , I know that you do know her location . " tegasan Kimberlin Hans membuatkan semua mata fokus padanya . Kaget mungkin .
" you tak perlu masuk campur hal Ell lagi . And you Lufasz , I'm not going to tell you anything . Harap kamu faham , mama ... hanya nak lindungi Ell . Dia dah cukup terluka
disebabkan kamu — "
Seusai itu terus sahaja Puan Kimberlin beredar dari ruang tamu . Ditinggalkan dua lelaki tanpa sebarang penjelasan lagi .
" Kenapa kau tinggalkan dia ? " soal Kimberlin Hans secara tiba-tiba ,
Lufasz menundukkan wajah , tidak mampu berkata-kata hanya bisa membisu kerana dia sendiri tiada penjelasan . DIa sendiri keliru dan digasak pelbagai kekesalan .
" aku tahu sebelum ni memang aku nak pisahkan korang tapi ... kenapa ... kenapa kau tinggalkan dia sebabkan perempuan lain ? Kau beritahu aku , kau cintakan Ellen .. kau tak akan lepaskan dia walau dalam situasi apa pun — tapi sekarang apa ? Atau ... sebelum ni .. hanya bicara kosong sahaja ? " Lufasz dihimpit persoalan demi persoalan . Pertanyaan yang selayaknya seorang bapa apabila anaknya dianiaya sebegitu .
Apabila diangkat wajah , jelas renungan tajam Kimberlin Hans menemuinya .
" kau betul-betul putus asa dengan anak aku ? Kau memang nak buang dia dari hidup kau ? "
Lufasz mengeluh perlahan ,
" maaf , saya tak berniat untuk layan Ell macam ni "
Lemah nadanya ,
" aku tahu kau sayangkan dia . Aku nampak cinta kau pada Ellen . Apa yang aku tak faham ... kenapa ... kenapa kau buang dia ? Why ? "
" its not about her . Its me . I failed to protect her . "
" failed ? I don't see any failure my son "
Lufasz menggeleng , sebelum dibuka rahsia yang menyesakkan dadanya selama ini .
" ini bukan anak pertama kami pa . Ellen ... pernah hamil sebelum ni ... dan dia gugur — "
Tajam anak mata Lucca menikam wajah Ellen yang membisu . Langsung tidak menyentuh makanan yang terhidang dihadapannya . Masih mengelamun .
Keluhan Lucca mendatar sebelum lelaki itu menarik pinggan steak Ellen ke arahnya . Dipotong kecil-kecil steak itu sebelum kembali ditolak pada Ellen .
Sengaja ditolak pinggan itu sehingga terlanggar tangan Ellen , menyentak terus wanita itu dari lamunannya .
Mata Ellen terus jatuh pada pinggan makanannya lalu naik semula melirik Lucca yang sudah menyambung suapannya .
Segera Ellen buang pandang ke arah lain bersama keluhan panjang sehinggalah suara Lucca tegas menampar gegendang telinganya ,
" makan makanan kau . Jangan pentingkan diri sendiri . Ingat sikit kandungan kau tu — "
Wajah Lucca ditenung lama , cuba menebak apa yang bermain di pemikiran lelaki itu , tidak habis-habis mengingatkan dia akan kandungannya . Benar-benar prihatin kah lelaki ini ? Atau ... sekadar melaksanakan tugas sahaja ?
" berapa banyak papa I bayar you hum ? Sampai sekarang you still insist jadi bodyguard I —— "
Lucca menghabiskan kunyahannya sebelum kedua-dua garfu dan pisau diletakkan di sisi pinggan .
" aku tak pernah cakap aku bekerja dengan papa kau "
" then ? You boleh quit kan bila I pecat you hari tu . Kenapa you masih na —— "
" aku tunggu kau " selamba bicara itu diluah Lucca , kedua pasang mata saling bertaut .
Air muka Ellen berubah , benar-benar kelat . Lirikan tajam menikam wajah Lucca ,
" so , dalam kata lain... you ambil kesempatan ? You samalah macam orang lain ... happy dengan apa yang berlaku pada I ? " selar Ellen pantas membuatkan Lucca ketap rahangnya ,
" suka hati kau nak fikir apa . Yang penting , aku ada dengan kau . "
" patah hati sahajalah . I ... tak akan terima you — "
Senyuman Lucca sinis ,
" kau bukan tak boleh terima aku , cuma kau tak nak beri hati kau pada orang lain selain dia — itu ...alasan sebenar kau . "
" bina hidup baru . Berhenti hidup dalam bayang-bayang silam . Face your faith . Its hurt .. I know , but you will survive . "
Kot labuhnya dilipat lalu diletakkan di atas lengan , daun pintu kereta dibuka .
Baru sebelah kaki memasuki perut kereta , namanya diseru .
Lufasz menoleh , tiada senyuman di bibir saat mata bertaut dengan Elise . Senyuman sinis wanita itu membangkitkan kemarahannya , lalu daun pintunya ditutup kasar . Berpusing menghadap kakak iparnya .
" kali ni apa pulak kau nak cakap ? " selaran Lufasz membuatkan senyuman wanita itu mati .
Elise berdecit halus , melangkah ke arahnya lantas bahunya disentuh .
Ditepis kasar , anak mata lelaki itu tajam menikam wajah Elise , jelas tersisa kebencian .
" you cari Ell ke ? " sengaja dipersoal isu itu .
" kau jangan masuk campurlah . Uruskan anak kau tu daripada ganggu hidup aku . " sejurus itu , Lufasz membuka semula pintu keretanya namun dihalang oleh Elise .
" I tahu Ell kat mana . "
Lufasz terdiam, tidak tahu sama ada perlu mempercayai wanita itu atau tidak . Wajah Elise ditenung cuba mencari kejujuran .
Elise tersenyum , kening menjungkit tinggi sekadar mahu menguji lelaki ini .
" you boleh percayakan I dalam kes ni , sebab — bodyguard Ell bekerja dengan I .. bukan papa "
Kening Lufasz bertaut , jelas terlupa akan kewujudan lelaki yang menjadi pengawal peribadi Ellen sebelum ini ,
" Lucca ada call I petang semalam . Terserah you nak percaya I atau tak ... yang penting ... I sahaja yang boleh temukan you dengan Ell "
"
aku tak boleh ... " sembunyi-sembunyi Lucca menjawab panggilan telefonnya . Sesekali matanya memerhati Ellen yang masih beratur di kaunter pesanan .
" aku ada hal . Aku tak boleh ambil . Kau suruhlah budak-budak lain —— aku dah cakap tak boleh ! Kalau aku ambil , kau nak aku simpan mana huh ? Bilik hotel ? Kau gila apa ?! "
" —— kau ugut aku ? " selarnya separuh menjerit namun apabila melihat Ellen yang sedang menghampiri pantas sahaja dimatikan panggilan itu .
Ellen meletakkan piring kek yang baru dibeli tadi . Dicolet sedikit krim coklat yang menyelaputi bahagian atas kek itu sebelum dibawa ke mulut .
" kau nak stay sini berapa lama ? "
Ellen jungkit bahu , " tengoklah dulu . Kalau you nak balik , I tak halang pun .. please proceed —— "
" aku tak akan tinggalkan kau kat sini " selamba jawapan Lucca sambil jarinya mencuit sedikit krim kek itu . Dijilat krim dijarinya ,
" tapi sekarang aku kena pergi . Kau boleh jaga diri kan ... untuk .. " jam dipergelangan tangan dilirik sebelum menyambung ,
" 2 jam "
Ellen hanya buat tak endah , bersahaja menyambung suapannya . Seusai sahaja , dia beredar keluar dari kafe itu namun terlanggar seorang lelaki yang kebetulan memasuki kafe pada masa yang sama , mengakibatkan telefon milik lelaki itu terhempas ke lantai . Jelas retak skrinnya , namun apabila dipelawa oleh Ellen untuk digantikan telefon itu ,lelaki itu hanya menolak .
Setelah pelawaannya ditolak , maka Ellen hanya memohon maaf sebelum diusung kembali kaki keluar dari kafe itu .
Tidak sedar , dirinya diperhatikan .
Scan card bilik hotelnya dipamerkan disensor sebelum Ellen menolak daun pintu itu .
Selangkah kakinya menapak ke dalam bilik , terasa bahu kirinya digenggam sebelum refleks menoleh ke belakang ,
Dilihat seorang lelaki dengan topeng mulut berdiri tegak, gah dihadapan bilik hotelnya .
Namun apabila anak matanya melirik ke arah tag yang tersemat dipakaian lelaki itu , hela yang ditahan sejak tadi dilepas lega .
Hanya pekerja hotel .
" yes ? "
" ada bungkusan atas nombor bilik ni —— " lantas sebuah kotak bersaiz sederhana disua padanya ,
" uh... urm mana I nak sign ? " soal Ellen apabila lelaki itu masih tidak meminta tandatangannya seperti penghantaran biasa . Hanya kaku dihadapan biliknya ,
Was-was , maka Ellen menilik sekali lagi kotak ditangannya , langsung tiada alamat pengirim hanya kotak yang berbalut kosong .
Belum sempat berbuat apa-apa , tubuhnya ditolak masuk ke dalam bilik sebelum dihenyak kasar ke dinding .
Mata pisau yang jelas ditekan ke lehernya , menyiat kulit luarnya .
Pandangan berbalam-balam sebelum menjadi gelap .
ΠΠΠΠΠΠΠ
Tbc
Vote
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top