28
SHE WAS WRONG
CHAPTER
28
ΠΠΠΠΠΠΠΠΠ
One times equal to mistakes ,
Second times equal to disaster .
ΠΠΠΠΠΠΠΠ
Kelopak mata dibuka , meliarkan mata ke sekeliling sebelum matanya jatuh pada sisi sebelahnya .
Kosong .
Di katil ini , hanya dia sahaja . Lambat-lambat Ellen elus rambutnya sebelum dikumpulkan ke bahagian leher kirinya .
Masih terbayang lagi bertapa sukarnya bagi memujuk lelaki itu untuk masuk ke dalam rumah . Lelah dalam memapah lelaki itu ke biliknya . Dengan rengekan dan sikap lelaki itu yang tidak mahu bekerjasama lagi .
" Lufasz ... Stay still please — " ujarnya bertungkus lumus membuka sweater lelaki itu bagi memastikan keselesaannya .
Percubaan pertama gagal kerana Lufasz merungut sambil keraskan badannya . Membuatkan Ellen hampir putus asa namun sekali lagi diusahakan . Hasilnya , berhasil .
Seusai membuka sweater lelaki itu , jam tangan pula dicapai namum terhalang apabila Lufasz yang sudah kurang kewarasannya melentokkan kepalanya di bahu wanita ini .
" its ... hurt ... " ngomelan itu yang diulang-ulang oleh Lufasz membuatkan Ellen sedar kesakitan yang ditanggung oleh lelaki ini . Perasaan sebenar kekasih hati .
Lengan sasa Lufasz memeluk pinggang Ellen sebelum menyembamkan wajah ke bahu wanita itu . Persis akan kanak-kanak yang sedang mengadu pada ibunya . Minta dipujuk dan didakap .
Ellen mengeluh , sebelah tangan naik mengelus rambut Lufasz .
" I know its hurt ... but I promise ... it will gone soon " pujukan Ellen dibalas dakapan lebih erat dari lelaki itu sehinggalah Lufasz tertidur barulah Ellen papah lelaki itu naik ke katil .
Comforter ditarik hingga ke paras bahu lelaki itu sebelum Ellen melabuhkan ciuman pendek di dahi sang kekasih .
Tapi sekarang , realiti sudah kembali . Ellen tahu dia perlu terima hakikat ini . Melihatkan sahaja segala barang pribadi lelaki itu yang sudah tiada di mejanya , dah diagak bahawa Lufasz sudah meninggalkan apartment ini .
Tetapi , apa yang membuatkan senyuman Ellen mekar adalah kerana sikap lelaki itu yang masih prihatin . Kerana asalnya , dia hanya biarkan Lufasz seorang tidur di katil dan dia tidur di sofa . Dia pasti , Lufasz yang membawanya ke katil sejurus lelaki itu sedar .
" at least ... you care ... "
" its a mistake . "
Lucas sudah menggeleng sambil jari menguis kening . Dipandang sahaja sahabatnya yang sudah bagai ayam hilang anak . Ke hulur ke hilir sesekali mencarik-carik rambut sendiri .
" apa yang salahnya pun ... itu memang kemahuan kau yang sebenar . Perasaan yang kau pendam tu . Bukti ... kau cintakan dia . There is no mistake mate . You love her ! "
" tak . Aku tak sepatutnya jumpa dia ! Kenapa kau tak halang aku semalam ?! "
Lucas koyak senyum sinis ,
" mate , for the first time ... you're crying badly ... kept saying her name .. how you miss her badly ... you are crying ! Its not the bad things Lufasz ... exposing your true feelings is not a weakness ... "
Lufasz masih menidakkan segalanya . Sesal kerana tidak mampu mengawal perasaan sendiri . Kesal kerana lemah !
" aku cuma akan tambah rasa sakit dia sebabkan hal semalam . I'm fucking stupid ! " tumbukan padu menghentak meja kayu jati itu bersama hela nafas Lufasz yang memberat . Bibirnya bergetaran dengan tubir mata yang hangat .
" apa maksud kau ? Jangan cakap kau dah — " kata-kata Lucas terhenti apabila Lufasz sudah membuka siaran di televisyen .
Kedua pasang mata lelaki itu tertumpu pada skrin televisyen itu . Namun, Lufasz pantas melarikan pandangan kerana tidak sanggup lagi menontonnya meski dia sendiri berbuat keputusan sebegini .
" there is no turning back "
Selangkah Ellen menapak ke dalam butiknya , semua mata memfokus padanya . Semua termasuk pekerja dan customer .
" puan ... betul ker ? " salah seorang pekerjanya menghampiri dengan wajah hiba . Tanpa sempat dijawab olehnya , tiba-tiba pekerja-pekerjanya itu memeluk tubuhnya sesekali mengucapkan rasa hiba seakan dirinya ditimpa musibah .
Sedaya upaya Ellen melepaskan diri dari pelukan beramai-ramai itu .
" apa korang semua cakap ni ? I don't understand .. what happened ? "
" kami simpati puan ... sampai hati tuan buat puan macam tu ... tak berhati perut ! "
" betul tu ! Dia tak fikir ke anak dalam kandungan puan ! Betul-betul tak masuk akal ! "
" tak sangka ... tuan sangat kejam ! Selama ni kami semua ... jadikan dia role model tapi apa yang jadi — tak layak orang macam tu jadi ikutan ! "
Ellen sudah bingung , bertambah hairan apabila nama Lufasz dikaitkan sekali .
" cuba beritahu I apa yang korang cakapkan ni ? "
" kami dah tahu pasal perceraian ... puan ... melalui siaran TV . Puan tak tahu ker ... pasal hal ni ? "
Berubah terus wajah Ellen , pucat . Lutut goyah tiba-tiba namun sempat dipaut oleh salah seorang pekerjanya . Nafasnya sudah naik turun , mendadak !
Seusai fokus dan imbangan tubuh kembali ke sedia kala , terus sahaja Ellen ke ruangan pejabat . Telefon dibuka lantas carian internet dilawati .
Hot News !
CEO L&C , LUFASZ HARRISON END HIS RELATIONSHIP WITH HIS WIFE , THE TOP DESIGNER OF VICTORY INDUSTRY FASHION , ELLEN KIMBERLIN .
KINI , seluruh kota digemparkan dengan perkhabaran soal perceraian antara Top Couple yang sering menjadi bualan hangat , Pasangan Lufasz Harrison dan Ellen Kimberlin .
Perkhabaran ini dimaklumkan sendiri oleh CEO L&C , Lufasz Harrison pada wartawan HotnewZ .
Beliau mengatakan bahawa perceraian ini bukan atas dasar campur tangan dari pihak keluarga Kimberlin yang sering dikaitkan dengan masalah yang baru dialami oleh syarikat beliau sebelum ini . Beliau menambah , perpisahan ini adalah secara baik dan diterima oleh pasangannya , Ellen Kimberlin .
Apabila disoal berhubung kehamilan pasangannya , Lufasz tidak mahu memberi ulasan lebih lanjut dan hanya mengharapkan kandungan pasangannya berada dalam keadaan baik .
Juga , pihak HotnewZ ada bertanyakan soal hak penjagaan anak itu namun ditegaskan oleh CEO muda itu bahawa dia tidak akan merebut hak itu dari bekas isterinya dan akan menyerahkan segala hak penjagaan pada Ellen Kimberlin .
Pada akhir katanya , beliau mengharapkan kefahaman daripada semua pihak dan berharap supaya diberi ruang buat kedua pasangan itu dalam melewati proses perpisahan ini .
Rebah Ellen , tertunduk menekur lantai . Hangat air matanya mengalir di pipi . Hancur jiwanya tika ini usah disoal lagi .
Telefon yang berdering minta diangkat dibuat tak endah . Kesedihannya melarat sehingga tertanggung lagi . Kesal ... marah ... bercampur aduk !
" Ell , awak sabar ... saya tahu awak kuat ... saya ada dengan awak ... semua ada dengan awak ... " tangannya digenggam erat oleh Dhia .
Sejurus hal di butik , terus sahaja Ellen pulang ke rumah ditemani sahabatnya .
Esakan tidak kedengaran , hanya air mata yang tak sudah-sudah menemani wanita itu . Sembap kedua mata hazel itu .
" Ell ... jangan macam ni .. cakaplah something ... saya risau tau tengok awak diam je... please ... "
Air mata diseka , bibir yang bergetaran dikemam sekejap ,
" you nak I cakap apa lagi Dhia — I - I dah putus asa ... I betul-betul ... why would ... how could him — ! "
Lengan Ellen diusap pelahan , cuba dipujuk jiwa wanita yang sudah hancur itu .
" what's the point he came last night ? How could him treat me like this ... how could him ... "
" Ell, saya tahu awak sedih ...tapi jangan macam ni ... ingat baby ... don't stress yourself please — "
Tangan dalam sedar menyentuh bahagian perutnya , tangisnya semakin tragis . Sendu perih yang melalui kerongkong tidak seperit luka di hati .
Sekali lagi deringan telefonnya berbunyi . Hari ni , sudah banyak panggilan masuk dan semestinya disebabkan isu sama . Isu perpisahannya yang menjadi topik hangat kota ini ! Rata-rata panggilan adalah dari butik mahupun syarikat media yang mahu menemubual lebih lanjut !
" Ell, call dari kakak kau — " ujaran Dhia membuatkan esakan Ellen terhenti . Bibir diketap geram . Sudah pasti wanita itu bersuka ria ... pasti !
Pantas telefon direngkuhnya , menjawab panggilan itu dengan rasa amarah yang meluap tinggi .
" apa kau nak huh ! "
" woah , Ell ! Apa jerit-jerit ni .. hum ... tsk , tak sesuailah kalau Cik Muda Kimberlin tak berbudi bahasa macam ni ... tak ada yang nak nanti , siapa nak tolong jaga anak kau nanti kan — "
" sebelum aku jadi lagi biadab , baik kau cermin sikap kau yang macam ular tu ! "
" ular ? Tsk ...hey Ell .. cuba bukak mata luas-luas sikit siapa yang ular sebenarnya .. kau ingat aku seorang je ker yang tergilakan lelaki kau tuh huh ! Eh ! Pergi buka news , and tengok sendiri siapa ular dalam hubungan korang bodoh ! " tawa wanita itu bergema sejurus sindiran dilemparkan .
Tanpa buang masa , remote dicapai . Televisyen dibuka .
" kembali semula kepada isu hangat yang baru tergempar pagi tadi , "
" isu perpisahan antara Lufasz Harrison dan Ellen Kimberlin yang hangat diperkatakan kini terpalit pula dengan isu orang ketiga — "
Kini, skrin memaparkan wajah Lufasz dan dirinya yang sudah dipisahkan dengan separation effect sebelum ditambah dengan gambar seorang wanita yang dikaburkan .
" menurut sumber , perpisahan antara pasangan ini adalah berpunca daripada campur tangan pihak ketiga yang masih belum diketahui . "
" dikatakan bahawa Lufasz Harrison mempunyai hubungan luar dengan wanita lain . Hal ini dikatakan berlaku sewaktu CEO muda ini mengadakan lawatan ke LA sebulan yang lalu atas dasar kerja ... namun ... alasan ini dianggap meragukan apabila saksi menyatakan ada terlihat kelibatnya dengan wanita lain di atas penerbangan — "
" ada sumber mengatakan pihak ketiga itu salah seorang krew penerbangan yang menerbangkan Lufasz Harrison sendiri . Juga — "
" pertemuan antara skandel hangat ini dikatakan berlarutan hingga ke hari ini , "
Kini , paparan gambar berlatar belakangkan kafe pula disiarkan . Gambar Lufasz dan seorang wanita yang agak kabur sedang berbual dan minum coffee .
Terus ingatan Ellen kembali pada hari dia ingin menjemput Lufasz dari airport . Sewaktu dia melihat sendiri suaminya bersama wanita lain di kafe itu .
" gambar ini membuktikan bahawa hubungan mereka lebih akrab dan menimbulkan ragu-ragu pada netizen ... ini membutktikan bahawa CEO muda ini cuba menutup scandel ini dengan mengatakan bahawa isu perpisahannya dengan Ellen Kimberlin adalah secara baik dan berhemah— namun begitu , rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan sedih pada pasangannya yang sedang hamil tika ini . Semua mendoakan agar Ellen Kimberlin tabah dan sentiasa bersemangat menerukan kariernya . "
" sekian langsung dari pentas News2u — sebarang maklumat atau hebahan boleh dihantar terus ke e-mail yang tertera di skrin — "
" ell — " seruan Dhia dipekakkan , lantas Ellen bangun dari sofa dan mengusung kaki ke arah biliknya .
" you balik lah Dhia — I need .. to be alone " ujarnya lalu menolak daun pintu bilik .
Daun pintu ditutup rapat , sebelum tubuhnya melorot jatuh ke lantai . Tangisan dan esakan kembali menjengah . KAli ini ... lebih kuat . DIhamburkan segala rasa sambil memeluk erat lututnya .
Tbc
Vote
Comment
ΠΠΠΠΠΠΠΠ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top