30
"Juan, kamu ada nampak Danielle tak?"Danny bertanya.
"Saya rasa adik Agent Danny pergi berjumpa dengan Agent Harry tadi"jawab Juan.
"Agent Harry? Something wrong?"soal Danny pelik.
"We didn't know Agent Danny"Ricky berkata.
"Hawks bagi diorang mission"sampuk Junkyu yang tib-tiba sahaja berada di sana.
"What?!"Danny meninggikan suaranya.
"Chill Danny. She isn't little girl anymore"ujar Junkyu.
"Kau sedar tak apa yang berlaku sekarang ni?"Danny memandang Junkyu tajam. "If Hawks arahkan Danielle dan Harry untuk jalankan mission bersama, itu bermaksud yang mission diorang more dangerous than our missions"kata Danny.
Junkyu hanya mendiamkan dirinya, tiada mahu bergaduh dengan ketuanya itu.
Apa yang Danny katakan itu memang betul. Setiap kali Danielle dan Harry dalam satu mission, itu sudah menjelaskan segalanya.
Junkyu tahu kenapa Danny terkejut selepas ketuanya itu mengetahui yang Hawks memberikan mission kepada Danielle dan Harry.
Danielle hampir-hampir mati sewaktu gadis itu berusia 16 tahun. Ketika itu Danielle dan Harry ditugaskan untuk menyelesaikan kes pemerdagangan manusia.
ACE dan THE KINGZ ketika itu tidak terlibat dalam misi tersebut. Namun ACE dan THE KINGZ yakin yang Danielle dan Harry akan baik-baik sahaja, tetapi mereka silap.
Sebaik sahaja misi itu selesai, Danielle terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang parah. Harry pula hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
Danny sendiri yang mengambil keputusan agar Danielle tidak terlibat dalam misi seperti itu lagi.
Reaksi Hawks ketika itu? Hanya ACE sahaja tahu betapa lucunya reaksi Hawks ketika itu.
"Kau takut benda yang sama berulang lagi ke Danny?"Junkyu bertanya.
"She's my sister. Aku tak nak kehilangan dia"balas Danny serius.
"I know that. Kita semua tak nak kehilangan Danielle, kan?"kata Junkyu sambil tersenyum kecil.
Harry's situation
Harry kini sedang menemani Danielle mencari pakaian untuk misi mereka.
"Harry, what about this one?"tanya Danielle yang baru sahaja keluar dari fitting room itu.
Harry yang sedang minum air terus terbatuk akibat terkejut dengan pakaian yang Danielle sarungkan.
"What's wrong?"Danielle bertanya.
"Perlu ke you pilih pakaian yang tak cukup kain ni?"Harry bertanya, matanya langsung tidak memandang ke arah Danielle.
Danielle's first outfit👇🏻
"What's wrong with this dress? I rasa okay je"balas Danielle.
"Go and change, now"kata Harry tegas.
"Okay fine"Danielle masuk semula ke dalam fitting room itu.
a few moments later
Danielle keluar dari fitting room semula. Kali ini dengan pakaian yang tidak begitu mencolok (?) mata.
Danielle's 2nd outfit👇🏻
"This one is much better"Harry berkata.
"This one is literally same like the first one"kata Danielle.
"And so? I tak nak you pakai the first one, tu je. Faham?"ujar Harry.
"Whatever"Danielle malas bergaduh dengan Harry.
"Hurry up. Tadi kata lapar kan?"Harry bangun dari sofa.
"Sabar la"kata Danielle.
Gadis itu masuk ke dalam fitting room semula untuk menukar pakaiannya. Harry menuju ke kaunter pembayaran dan menunggu Danielle di situ.
Danielle keluar dari fitting room. Dia menuju ke kaunter pembayaran sambil membawa kedua-dua pakaian yang dia cuba tadi.
Harry pun membayar harga untuk kedua-dua pakaian itu, padahal Danielle boleh je bayar sendiri.
"Dah jom"kata Harry.
Danielle mengambil dua beg kertas lalu mengikuti langkah Harry. Bukan main laju lagi si Harry ni berjalan, tahulah dia tinggi.
Danielle memang rapat dengan Harry, itu kerana mereka berdua pernah bersekolah di sekolah yang sama dan Harry merupakan senior Danielle ketika itu.
Jejaka yang berusia 23 tahun itu juga tidak kisah jika Danielle sering mengajaknya keluar. Lagipun, isteri kepada Harry, iaitu Jihye juga mengenali Danielle.
Harry dan isterinya, Jihye berkahwin atas aturan keluarga ketika Harry berusia 20 tahun dan Jihye berusia 19 tahun.
Namu Harry tetap melayani Jihye dengan baik. Malah hubungan antara mereka juga semakin baik, tak adalah dingin macam dulu.
"How is your wife?"Danielle bertanya.
"She's fine. Cuma sejak akhir-akhir ni dia asyik tak sihat je"kata Harry.
"You patut jaga Jihye unnie"kata Danielle.
"Ye I tahu. You jangan la membebel macam makcik-makcik"kata Harry.
ACE HQ
Sam dan Justin berada di sel tahanan, katanya nak meronda kat situ. Nak meronda la sangat dua manusia tu.
Danny tahu yang Sam dan Justin ke sel tahanan sebab dua manusia tu nak bersembang dengan Juan dan Ricky.
"Hi pakcik Juan"Justin menyapa Juan.
"Tua sangat ke aku ni?"Juan bertanya kepada Ricky.
"Entah la. Kau maybe dah tua"balas Ricky.
"Ada nampak Elle tak?"Sam bertanya.
"Dengan Agent Harry"Ricky menjawab pertanyaan Sam.
"Diorang pergi date ke?"soal Justin dengan bangangnya.
"Harry dah kawin la bebal. Kau ni agak-agak la"kata Sam.
"Aku tanya je kan? Kau ni"Justin menjeling ke arah Sam.
"Nak gaduh, pi gelanggang sana"Juan berkata.
"Tapikan, aku tengok si Kyle tu dah tak bercakap dengan Elle la"Justin berkata.
"Hah? Serius la?"Sam bertanya dan Justin anggukan kepalanya.
Sam sendiri tidak perasan yang Yedam dan Danielle sudah tidak bercakap seperti dulu.
Mereka bergaduh ke? Tapi kalau Yedam bergaduh dengan Danielle sekalipun, takkanlah sampai mereka tak bercakap langsung.
Atau ada sesuatu yang ACE tidak tahu? Mustahil Yedam dan Danielle bergaduh macam tu je.
"Asal diorang gaduh?"Sam bertanya.
"How should I know"jawab Justin. "Tapi Kyle dengan Danielle start bergaduh sejak kita balik dari Korea Selatan"ujar Justin.
"After we caught TREASURE?"Sam bertanya, inginkan kepastian.
Justin anggukan kepalanya sebagai jawapan kepada pertanyaan Sam itu.
Jadi, Kyle dan Danielle bergaduh selepas mereka tangkap TREASURE. Tapi kenapa? Apa yang terjadi selama mereka berada di Korea Selatan, desis hati Sam.
Danielle's situation
Makanan yang berada di depan Danielle langsung tidak terusik. Gadis itu hanya melihat sahaja makanannya itu.
Harry yang perasan akan sikap gadis itu hanya memerhati sahaja. Entah kenapa Harry berasa risau dengan perubahan sikap gadis itu.
"Something wrong?"Harry bertanya.
"Nothing"jawab Danielle.
"I bukan baru kenal you setahun dua Elle. Tell me, what's wrong?"ujar Harry. "You gaduh dengan Kyle kan?"teka Harry dan Danielle anggukan kepalanya.
"You rasa I ni teruk ke?"Danielle tiba-tiba sahaja bertanya.
"I tak rasa yang you ni teruk Elle"balas Harry.
"But he think that I'm worst"kata Danielle. "He called me a betrayer, he called me a liar"kata Danielle lagi.
"Kyle called you like that? Why?"soal Harry pelik.
Kenapa Yedam tiba-tiba sahaja memanggil Danielle pengkhianat dan penipu?
Bukannya Harry tidak perasan yang Yedam mula mengabaikan Danielle sejak ACE kembali dari Korea Selatan. Cara Yedam layan Danielle juga mula berubah.
Bukan hanya Yedam, malah Junkyu juga seolah-olah turut mengabaikan Danielle. Yedam dan Junkyu melayan Danielle seolah-olah gadis itu telah melakukan kesalahan yang amat besar.
Bukan itu sahaja, Harry juga perasan yang Danielle kembali rapat dengan Jaden. Mustahil Danielle sudah berbaik dengan Jaden.
"Elle, I nak tanya something"ujar Harry.
"Tanya je la"kata Danielle.
"You dah getback dengan Jaden ke?"Harry bertanya.
"Getback dengan Jaden? Hell no"desis hati Danielle. "Kenapa you tanya?"pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
"I fikir you takkan getback dengan ex you tu"Harry berkata.
"I don't know. Maybe?"kata Danielle.
Harry hanya anggukan kepalanya sahaja. Harry yakin yang Danielle takkan kembali dengan Jaden semula.
"Makan la. Nanti perut you masuk angin"kata Harry lembut.
"Ye tahu"balas Danielle.
Selesai sahaja makan, Harry menghantar Danielle pulang ke rumah Danny.
Sepanjang perjalanan Danielle hanya termenung sahaja. Harry tidak berkata apa-apa, hanya membiarkan sahaja gadis itu termenung.
"Apa yang you sorokkan ni Danielle?"desis hati Harry.
Done for chapter 30, enjoy!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top