25
sᴀʏᴀ sᴋɪᴘ ᴋᴇ ᴘᴀʀᴛ ᴊɪʜᴏᴏɴ ᴅᴀɴ ᴅᴀɴɪᴇʟʟᴇ ᴅᴀʜ ᴄᴏᴜᴘʟᴇ ʏᴇ 😁 ʜᴀʀᴀᴘ ғᴀʜᴀᴍ
Sudah hampir setahun Danielle berada di Korea, dan sudah hampir setahun juga gadis itu tinggal dengan TREASURE.
Danielle juga mula melupakan akan tujuan asal dia tinggal dengan TREASURE. Gadis itu sudah mula berasa selesa dengan TREASURE, dia tidak sanggup untuk mengkhianti TREASURE.
Jam telefon pintar Danielle menunjukkan pukul 11:40 malam. Namun Danielle berada di laman belakang rumah TREASURE, gadis itu mendongakkan kepalanya memandang langit.
Gadis itu memerhati bintang-bintang yang berkelipan di langit. Gadis itu tersenyum kecil.
"Jauh kau termenung"tegur Jaehyuk. "Rindu kat Jihoon ke apa ni?"kata Jaehyuk dalam nada bergurau.
"Kau suka merepek la Jaehyuk"kata Danielle.
"Aku cakap je pun. Kau tu yang termenung jauh, dah sampai mana?"sakat Jaehyuk.
"Alam Ayah Pin. Asal? Nak join ke?"Danielle berkata dan Jaehyuk mengetuk perlahan kepala Danielle.
Jaehyuk duduk di buaian di sebelah Danielle dan jejaka itu turut mendongakkan kepalanya memandang langit.
"Kau memang suka tengok bintang ke?"Jaehyuk bertanya.
"Aku daripada kecil memang suka tengok bintang"jawab Danielle. "Aku selalu tengok bintang bila aku down. Kadang-kadang tu aku tengok bintang sebab aku rindukan mendiang mak ayah aku"sambung Danielle.
"Mesti kau rindu giler kat mendiang parents kau"ujar Jaehyuk. "Mesti best kan ada mak ayah yang selalu ada untuk kau setiap kali kau sedih"ujar Jaehyuk lagi.
"Sometimes"balas Danielle. "Mendiang Mommy and Daddy aku dulu always busy. Sometimes, diorang cuma balik rumah sekejap je. Then, menghilang untuk berhari-hari, or maybe berbulan-bulan"kata Danielle.
"Sekurang-kurangnya kau beruntung sebab ada mak bapak, ada family yang bahagia. Aku ni? Unwanted child"kata Jaehyuk.
Danielle menoleh ke arah Jaehyuk lalu gadis itu tersenyum kecil sahaja. Betul apa yang Jaehyuk katakan itu, Danielle beruntung kerana memiliki sebuah keluarga yang bahagia.
Sesibuk mana pun mendiang ibu bapa Danielle dulu, mereka selalu ada untuk Danielle setiap kali gadis itu memerlukan mereka.
Tapi Danielle tidak sangka yang kehidupan Jaehyuk lebih parah daripada apa yang dia fikirkan. Yoon Jaehyuk, dibuang oleh keluarga dia sendiri sejak dia kecil lagi.
"If kau dapat jumpa mak ayah kandung kau satu hari nanti, apa kau nak buat?"Danielle bertanya.
"I don't know. Maybe tanya diorang kenapa diorang buang aku dulu. Or maybe tanya diorang kenapa diorang tak gugurkan aku masa aku dalam kandungan lagi"Jaehyuk menjawab.
"Aku tak sangka yang kau kena buang dari keluarga kau. Aku ingatkan kehidupan kau lebih baik"kata Danielle.
"Tapi aku bersyukur sebab pemilik rumah anak yatim tempat aku tinggal dulu tu baik. Cuma, kadang-kadang aku rasa bersalah dengan mereka"ujar Jaehyuk.
"Wae?"soal Danielle dan Jaehyuk hanya tersenyum nipis.
"Dah jom masuk dalam rumah, aku tak nak kau sakit. Tak pasal-pasal aku kena bebel sebab biarkan kau duduk kat luar ni lama-lama"Jaehyuk berkata.
Danielle hanya anggukan kepalanya sahaja, dia tahu yang Jaehyuk sengaja mengubah topik perbualan mereka.
Danielle mengikuti Jaehyuk masuk ke dalam rumah tidak lama selepas itu. Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 12:26 tengah malam.
Danielle menuju ke biliknya untuk berehat, begitu juga dengan Jaehyuk.
Danny's house
"Morning"sapa Justin.
"Morning hotak kau. Dah tengah hari la"ujar Sam.
"Baru pukul 11:26 pagi, bukannya pukul 12:26 tengah hari"ujar Justin yang tidak mahu mengalah.
"Jangan nak start gaduh eh? Aku hempuk jugak korang dengan kuali aku kang"sampuk Danny.
"Sorry Danny"Justin dan Sam berkata serentak.
"Justin, kau memang berniat nak ponteng sekolah ke harini?"Danny bertanya namun Justin hanya tersengih sahaja.
"Ponteng sekolah je kau tahu. Dasar bengap"kata Sam.
"Eh kau ni. Aku sabar je dengan kau dari tadi. Ada kang aku lempang karang"kata Justin geram.
BUK!
"ADOI!"jerit Sam dan Justin serentak.
"Selamat pagi anak-anak biawak"perli Marvin.
"Asal kau ketuk kepala kitorang? Sakit la bebal"marah Sam.
"Oh, saja je"balas Marvin.
"Pagi-pagi lagi dah ada yang kena ketuk dengan periuk ye? Kesian"kata Arthur.
"Wahai anak-anak beruk sekalian, aku nak cakap something ni"Danny cuba menarik perhatian rakan-rakannya itu.
"Apa yang kau nak cakap?"tanya Marvin.
"Aku terfikir nak balik Korea la"ujar Danny.
"Jom"ajak Sam dan Justin serentak, dah macam kembar je dua manusia ni.
"Bila kau nak balik sana?"soal Arthur.
"Dunno yet. Maybe dua ke tiga hari lagi"jawab Danny. "Korang nak ikut?"ajak Danny.
"Nak nak"Sam berkata.
"Aku pun nak ikut juga"Justin berkata.
Danny anggukan kepalanya, sebagai tanda membenarkan kesemua rakannya itu untuk mengikutinya pulang ke Korea Selatan.
Sam dan Justin apa lagi, kedua-dua mereka terus berlari ke bilik masing-masing untuk mengemas beg pakaian mereka.
Danny menggelengkan sahaja kepalanya melihat sikap Sam dan Justin itu, macam budak-budak sahaja. Pantang dengar nak pergi bercuti, laju sahaja Sam dan Justin itu.
"Kau rindukan Elle kan? Sebab tu kau nak balik Korea"kata Marvin.
"Dia adik aku. Lagipun, dah setahun dia kat sana. Tak salahkan kalau aku nak jenguk dia?"balas Danny.
"Memang la tak salah. Tapi, kau sendiri pun tahukan Elle tinggal dengan siapa kat sana?"giliran Arthur bersuara.
"Ye, aku tahu"Danny berkata. "Take it easy dude. Aku bukannya nak pergi jumpa Elle dekat rumah TREASURE"sambung Danny.
"We know that. But, it's still dangerous Danny"kata Marvin. "Those guys are international criminals"kata Marvin lagi.
"But they're also human"kata Danny. "And aku yakin, TREASURE ditubuhkan bersebab"sambung Danny.
"Danny, kau kenapa macam tiba-tiba nak backup TREASURE?"soal Marvin ingin tahu.
"Nanti korang akan tahu juga sebabnya"balas Danny. "Korang pergilah berehat, jangan asyik kerja je"kata Danny.
Danny mengatur langkah ke biliknya. Marvin dan Arthur tahu yang Danny menyorokkan sesuatu, tetapi apa yang dia sorokkan?
THE QUEENZ's place
Evelyn memandang Ivy dengan pandangan tajam namun pandangannya diabaikan oleh gadis kelahiran New Zealand itu.
Kyra dan Airel tidak berada di sana, kedua-dua orang gadis itu kini berada di Korea Selatan. Hanya Evelyn, Ivy dan Claire sahaja yang berada di tempat itu.
"Something wrong Ivy?"Evelyn bertanya, selalunya Ivy ni banyak cakap.
"Nothing. So, how is your boyfriend? Dia tak syak apa-apa ke?"Ivy bertanya, soalan dibalas soalan.
"Nope. Jaden's kinda dumb, I guess"jawab Evelyn sambil ketawa sinis.
Ivy tahu tujuan sebenar Evelyn bercinta dengan Jaden. Evelyn tidak pernah mencintai Jaden, gadis itu cuma mahu memanfaatkan Jaden sahaja!
Ivy juga tahu yang Evelyn cuma ingin menjatuhkan Danielle, namun gadis itu tidak mengetahui apa sebab sebenar Evelyn ingin menjatuhkan Danielle.
Apakah mungkin Evelyn menyimpan dendam terhadap Danielle? Dan kalau betul itulah sebabnya, nampaknya Evelyn benar-benar gila.
Malah Ivy juga tahu yang Evelyn yang mengupah Sandra untuk memukul Ivy. Danielle mungkin hampir mati kerana tindakan gila Ivy.
Namun nampaknya Evelyn telah membuat kesilapan yang besar dengan mengupah orang untuk memukul Danielle. Ivy tahu yang Sandra telah mati dibunuh oleh Yedam.
Bang Yedam membunuh Sandra? Ivy benar-benar terkejut apabila dia mengetahui akan tindakan gila jejaka itu.
Walaupun ugutan Yedam masih lagi berlegar-legar di mindanya, namun Ivy tidak menyangka yang jejaka itu sanggup membunuh hanya kerana Danielle dipukul oleh Sandra.
Nampaknya THE QUEENZ, terutamanya Evelyn perlu berhati-hati dengan Yedam. Jejaka itu boleh bertindak di luar akal pemikiran mereka.
Bila-bila masa sahaja nyawa mereka akan melayang jika mereka mencederakan Danielle. Memikirnya sahaja sudah membuatkan Ivy merinding (?) ketakutan.
"Tapi aku terfikir nak hapuskan Danielle. Forever"ujar Evelyn lalu menoleh ke arah Ivy. "Apa pendapat kau? Should I do that?"Evelyn bertanya sambil tersenyum seperti seorang psiko.
"Kau nak buat, kau buat. Aku malas masuk campur"balas Ivy. Entah daripada mana gadis itu mendapat keberanian untuk menentang rancangan gila Evelyn.
"Dah berani kan kau sekarang ni? Sebelum ni, kau ikut je semua rancangan aku"kata Evelyn sinis. "Wae? Takut? Atau ... kau plan nak khianat THE QUEENZ, huh?"Evelyn berkata sambil tersenyum sinis.
"Maybe? Why?"giliran Ivy tersenyum sinis. "Kau takut aku rosakkan rancangan kau?"sambung Ivy lagi.
"Kau jangan sampai aku bunuh kau Ivy!"tengking Evelyn namun Ivy ketawa sahaja.
"Go ahead. Kill me"balas Ivy. "Tapi kau kena ingat Evelyn, kau and THE QUEENZ perlukan aku. Hanya aku yang tahu pasal background Danielle dengan baik"kata Ivy sinis.
Melihat Evelyn tidak berkata apa-apa, Ivy tersenyum kemenangan. Tanpa berkata apa-apa, Ivy terus menuju ke biliknya, meninggalkan Evelyn berseorang di ruang tamu.
Done for this chapter 😁 enjoy
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top