15
Seminggu kemudian...
Danielle dan TREASURE kini sedang berada berkhemah di kawasan hutan yang tidak jauh daripada Seoul.
Jaehyuk, Yedam dan Haruto sedang sibuk mendirikan khemah yang telah pun mereka bawa. Junghwan pula mengikuti Junkyu pergi mencari kayu api.
Jihoon yang tidak melakukan apa-apa itu pun pergi membantu Haruto yang masih lagi tidak berjaya mendirikan khemah.
Danielle pula tidak tahu apa yang dia hendak lakukan, gadis itu hanya duduk diam sahaja. Danielle mengambil sebatang ranting kayu lalu gadis itu pun menulis sesuatu di atas tanah.
"Minseo Noona!"panggil Haruto dan Danielle menoleh ke arah Haruto. "Noona, tengok Jihoon Hyung ni!"jerit Haruto.
Haruto terus berlari ke arah Danielle dan remaja kelahiran Jepun itu pun menyorok di belakang gadis tersebut. Terkejut Danielle dengan kelakuan remaja Jepun itu.
"Wae?"soal Danielle hairan.
"Jihoon Hyung buli Ruto"adu Haruto.
"Bila masa aku buli kau? Menipu je kerja kau"kata Jihoon.
"Betul Noona. Tadi Jihoon Hyung buli Ruto"kata Haruto.
"Mana ada. Budak Jepun ni menipu je"kata Jihoon.
"Jarang-jarang aku tengok Haruto manja macam ni"sampuk Jaehyuk.
"Diam la kau Hyung"ujar Haruto sambil menjeling ke arah Jaehyuk.
Akhirnya khemah yang dibawa oleh mereka pun siap didirikan. Tetapi disebabkan mereka hanya membawa 3 buah khemah, mereka bertujuh perlu berkongsi khemah-khemah tersebut.
"Jihoon Hyung dengan Minseo Noona satu khemah"kata Junghwan.
"The fuck?"kata Jihoon terkejut.
"Takde bantahan. Titik"kata Junghwan dan Jihoon menunjukkan riak wajah malasnya.
1st tent - Jihoon & Danielle
2nd tent - Yedam, Haruto & Junghwan
3rd tent - Junkyu & Jaehyuk
Mereka semua pun masuk ke khemah masing-masing, kecuali Danielle. Gadis itu mengambil keputusan untuk pergi berjalan di hutan itu berseorangan.
[Junkyu's and Jaehyuk's tent]
Junkyu berbaring di dalam khemah lalu jejaka itu pun memeriksa peti masuk emel miliknya. Jaehyuk pula sedang mendengar lagu.
Junkyu menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Junkyu membaca mesej tersebut.
"Sial"carut Junkyu perlahan namun masih dapat didengari oleh Jaehyuk.
Fikiran Junkyu betul-betul tengah serabut sekarang ini. Jejaka itu tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang ini. Apa je pilihan yang Junkyu ada sekarang ini?
Mengabaikan arahan pihak atasannya? Junkyu sudah pun mengabaikan segala arahan pihak atasannya itu.
Junkyu tahu yang dia bakal mendapat masalah kerana tindakan gilanya itu namun jejaka itu sudah tidak kisah dengan semua itu.
"Hyung, kau ... okay ke tak ni?"soal Jaehyuk prihatin.
"Aku okay"nafi Junkyu.
Jaehyuk hanya mampu memandang sahaja ke arah jejaka yang berusia 22 tahun itu. Jaehyuk tahu yang Junkyu menipu, Jaehyuk sudah pun mengenali Junkyu untuk tempoh masa yang sangat lama.
[Yedam's, Haruto's & Junghwan's tent]
Haruto dan Junghwan sedang leka bermain permainan PUBG, hanya suara jeritan kedua-dua remaja itu sahaja yang didengari.
Yedam hanya mampu redha sahaja apabila mendengar suara jeritan Haruto dan Junghwan itu.
Disebabkan terlalu bosan, jejaka berusia 19 tahun itu pun bermain dengan telefonnya.
Yedam memeriksa setiap satu mesej yang diterimanya. Kebanyakan mesej itu daripada "girlfriends" dia. Buaya darat? Ye, itulah Bang Yedam.
Yedam tidak pernah serius jika berkaitan dengan hubungan percintaan. Jejaka itu hanya memainkan hati para wanita dengan niat untuk menghilangkan rasa bosannya sahaja.
Tetapi semua itu dilakukan hanya kerana jejaka itu sendiri pernah dipermainkan oleh orang yang dia paling sayang suatu ketika dahulu.
Mungkin sebab itulah Yedam mempermainkan hati para wanita tanpa rasa bersalah. Bagi jejaka itu, tidak semua wanita itu baik dan setia.
Yedam menerima satu panggilan daripada nombor yang dia tidak kenali. Jejaka itu pelik, siapa pula yang menghubungi dirinya pada waktu sebegini.
Unknown Number
accept | decline
Disebabkan rasa curiga, Yedam pun menjawab panggilan tersebut.
Unknown Number
0:03
Hello?
Hello Kyle
How are you
doing dude?
What you want?
You know what
we want.
So, when will
you bring TREASURE
to us?
Mr. Hawks tak suka
menunggu Kyle
Shut the fuck up
Bring TREASURE to us
or your beloved cousin
will be the one who
gonna die first.
Choose wisely Kyle
Unknown Number
0:54
"Fuck"carut Yedam perlahan.
Semuanya mula menjadi kucar-kacir sekarang ini. Mr. Hawks tahu apa kelemahan utama diri Yedam dan Mr. Hawks menggunakan kelemahan itu untuk mengugut jejaka itu.
Yedam tahu yang dirinya tidak mampu bersembunyi daripada Mr. Hawks. Mr. Hawks dan orang-orang bawahannya pasti akan dapat menjumpai jejaka itu tidak kira di manapun jejaka itu bersembunyi.
"Sial betul!"gumam Yedam sambil menggenggam tangannya.
Mr. Hawks menggunakan Danielle sebagai ugutan kerana Mr. Hawks tahu yang Yedam sangat menyayangi gadis itu.
Danielle's situation
Danielle duduk bersandar di sebatang pokok dan memejamkan matanya. Gadis itu cuba untuk menenangkan fikirannya.
Danielle membuka matanya kembali lalu mendongakkan kepalanya untuk memandang langit.
"Elle"panggil seseorang.
Danielle tidak perlu menoleh untuk memandang siapakah gerangan itu. Danielle tahu siapakah gerangan itu hanya dengan mendengar suaranya sahaja.
"What you want Yedam?"soal Danielle.
Yedam duduk di sebelah Danielle dan jejaka itu juga turut mendongakkan kepalanya untuk memandang langit.
"I'm ... I'm sorry"ujar Yedam. "I'm sorry for what happened a week ago"ujar Yedam lagi.
"Damie"panggil Danielle dan Yedam menoleh ke arah gadis itu. "Kau rasa ... betul ke apa yang kita buat ni?"soal Danielle.
"Honestly, I'm also not sure"balas Yedam.
"Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi. Aku takut Damie, aku takut"luah Danielle.
Yedam merapatkan dirinya dengan gadis itu dan jejaka itu pun memeluk erat bahu gadis tersebut.
Danielle menyandarkan kepalanya di dada Yedam. Gadis itu mahu meluahkan segala isi hatinya kepada Yedam, dia betul-betul memerlukan seseorang sekarang ini.
"Kau boleh menangis kalau kau nak. Kau boleh luah segala masalah kau kat aku kalau kau nak"ujar Yedam.
"Am I fool?"soal Danielle. "Aku jatuh cinta pada orang yang tak pernah hargai aku. Aku bodohkan?"ujar Danielle.
Yedam tidak mengatakan apa-apa pun, dia hanya mahu mendengar segala luahan hati sepupunya itu.
"Aku penat Damie ... aku penat. Tak boleh ke aku ikut Mommy and Daddy aku?"luah Danielle. "Aku ... aku tak kuat Yedam. A-aku tak kuat n-nak hadap semua ni lagi"luah Danielle dan akhirnya gadis itu menangis.
Yedam mengeratkan lagi pelukannya itu. Jejaka itu tahu yang gadis itu benar-benar maksudkan apa yang dia luahkan tadi.
Yedam tahu yang Danielle bukannya seorang gadis yang senang untuk menitiskan air mata. Namun, jika Danielle mula menangis, Yedam tahu yang gadis itu benar-benar sudah tidak kuat lagi.
Kali terakhir Yedam melihat Danielle menitiskan air mata adalah sewaktu majlis pengebumian mendiang ibu bapa gadis itu pada 8 tahun yang lalu.
Sejak itu, Danielle banyak memendam. Gadis itu tidak pernah menitiskan air mata sejak daripada peristiwa itu.
Tetapi gadis itu benar-benar sudah tidak kuat. Gadis itu memerlukan sokongan seseorang buat masa sekarang ini dan Yedamlah satu-satunya orang yang diperlukan oleh Danielle.
Yedam dan Danielle kekal berada dalam posisi tersebut sehinggalah gadis itu berasa lega.
Namun anak mata Yedam sempat menangkap susuk tubuh seseorang. Dan kini, Yedam tahu bahawa dia sudah tidak boleh mengelak lagi daripada orang itu.
"Semuanya sudah berakhir, bukan?"desis hati Yedam dan jejaka itu hanya mampu tersenyum kecil sahaja.
See you guys in the next chapter!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top