SETELAH CINTA ITU PERGI - BAB 9
SAMPAI di muka pintu, sudah kedengaran bising suara Puan Salmiah menangis. Laju Marina melangkah masuk ke dalam, walaupun hatinya begitu berat untuk kembali ke rumahnya itu. Diruang tamu kelihatan Puan Salmiah teresak-esak menangis.
Ramai yang ada pada waktu itu. Bukan setakat Puan Salmiah dan Zaidah, tetapi juga beberapa orang lelaki yang kemas dengan berserban dan bersongkok. Mereka semua, bagaikan sedang berbincang sesuatu.
"Assalamualaikum..."lembut salam itu di beri.
Salam yang di berikannya itu, disambut serentak. Semua mata beralih ke arahnya. Zaidah yang duduk di sebelah Puan Salmiah bangun mendapatkan Marina.
"Kau ke mana Rina? Lambat sangat balik."soal Zaidah kepada adik iparnya.
"Rina dari rumah mak. Kenapa akak call Rina? Kenapa ada ramai di sini?"Marina belum dapat menghidu apa-apa. Hanya sekali sahaja, matanya ke arah Ikram dan juga Insyirah.
"Kenapa kau tinggalkan Ikram dan Syirah dalam satu rumah, Rina? Kenapa kau biarkan mereka berdua?"
Marina diam. Bibirnya terus digigit. Hairan juga, bila dua beranak itu, bertandang ke rumah ini. Ramai pula yang bertandang.
"Kau tahu tak, suami kau dengan Syirah, dah kena tangkap basah. Mereka berdua dituduh bersedudukan. Berdua-duaan dalam rumah."
Laju air liurnya ditelan. Baru sekejap dia melangkah keluar dari rumah itu, macam-macam sudah berlaku. Matanya melirik ke arah Insyirah yang menangis. Marina yakin, ini pasti rancangan Insyirah, untuk memerangkap Ikram.
"Maaf, kami semua dah lama di sini. Puan bincanglah elok-elok. Esok kami nak, Encik Ikram dan pasangan hadir ke pejabat agama."pesan seorang lelaki yang kemas berbaju kemeja dan berkopiah.
Marina hanya menghantar mereka semua keluar dari rumah itu dengan lirikan matanya. Marina terus mengambil langkah berdiam diri sahaja. Rasanya tiada apa yang perlu dibangkitkannya lagi. Hatinya dari tadi, sudah cukup hancur. Bertandang ke rumah ini, hanya menambahkan rasa sakit di hatinya sahaja.
"Apa kamu berdua ni dah buat?"Puan Salmiah sudah menyinga. Kedua-dua pasangan itu dipandang.
"Kami tak buat apa-apalah mak. Takkanlah Ikram nak buat sesuatu dengan Syirah. Lagipun Syirah, kan isteri Idlan."Ikram menjawab. Mempertahankan dirinya yang tidak bersalah.
"Rina! Kamu ke mana? Kenapa kamu tinggalkan suami kamu, berdua-duaan dengan Syirah? Kan salah faham dah berlaku? Apa kita nak buat ni?"ditujukan pula soalan kepada Marina. Terkelu lidah Marina, untuk menjawab semua itu.
"Iyalah, Rina. Kenapa tak cakap pada kami, yang Syirah menumpang di sini?"
"Maafkan Rina kak...mak..."
"Apa yang dah jadi?"kuat suara Puan Salmiah. Sudah tidak mampu bertenang. "Aku ajak kau tinggal dengan aku, kau tak mahu! Aku boleh jaga kau dan anak kau tu. Marah-marah aku pada kau Syirah, kau tetap menantu aku. Isteri anak aku Idlan."suara Puan Salmiah sudah mendatar. Makin perlahan suaranya kedengaran.
Insyirah tunduk. Terus diam membisu. Di dalam hatinya, pelbagai sumpah seranah dan maki hamun dilemparkan kepada perempuan tua di hadapannya itu. Mujur ada Ikram. Kalau tidak, pasti kata-kata Puan Salmiah akan di balasnya.
"Kau tak perlulah nak menyusahkan abang dan kakak kau. Aku ni boleh jaga kau. Rina pun satu. Kenapa tak cakap kat mak...Syirah tinggal di sini. Boleh mak datang tengokkan."pandangannya beralih kepada Marina. Insyirah pula sudah menarik muka. Sayang sangat dengan menantunya.
"Mak tak perlu nak susah-susah minta Rina itu ini. Ikram dengan Rina dah takda apa-apa."Ikram menyampuk.
Ternganga luas mulut Puan Salmiah dan Zaidah dengan apa yang baru di dengari tadi. Ikram dan Marina tiada apa-apa hubungan? Apakah makud kata-kata itu? Adakah mereka berdua sudah tidak bersama lagi?
"Apa kau cakapkan ni Ikram? Apa maksud kau?"hati Zaidah sudah mula berdebar-debar. Apakah yang difahaminya itu, benar-benar terjadi.
"Ikram dah ceraikan Rina. Kami dah berpisah."jelas kali ini.
"Astargfirullah-Al-Azim!"
Puan Salmiah mengurup dadanya. Dia terduduk. Tersandar badannya di sofa. Kenapa semua itu boleh berlaku pula? Sedangkan anaknya dan menantunya itu cukup bahagia sebelum ini. Mereka berdua tiada sebarang masalah, dan kenapa sampai boleh bercerai?
"Kau jangan nak main dengan benda-benda macam ni Ikram. Kau ingat cerai berai ni, perkara main-main?"terjah Zaidah soalan kepada Ikram. Tidak puas hati. Apa yang sudah terjadi kepada rumah tangga mereka berdua.
"Ikram tak main-mainlah kak. Ikram dah jatuhkan talak pada Rina, siang tadi."terang Ikram, tanpa sedikit pun rasa menyesal.
Zaidah menghampiri Marina yang dari tadi berdiri tegak di belakang sofa. Dipandang tepat ke mata Marina. Inginkan jawapan pasti daripada Marina sendiri. "Betul ke Marina?"
Marina hanya menjawab dengan anggukan kepalanya. Suaranya sudah terlekat dikerongkong. Tidak sanggup mengiyakannya. Biar dikunci sahaja bicaranya.
"Kau gila ke Ikram? Kau ingat cerai-cerai ni, boleh lepas cakap macam tu aje."
Ikram diam. Digigit bibirnya. Memang dia sudah terlepas cakap dan memang ia lahir dari hatinya pada masa itu.
"Apa masalah kamu berdua suami isteri? Apa masalah kamu berdua, sampai ambil keputusan untuk bercerai?"kini Puan Salmiah pula melepaskan ledak geramnya pada anak dan menantunya.
"Mak dan akak jangan salahkan abang Ikram. Abang Ikram tak salah. Semua ni salah Kak Rina. Kak Rina yang buat abang Ikram hilang sabar dan buat abang Ikram marah."Insyirah yang tadi diam, mula merencanakan bicaranya. "Kak Rina curang dengan abang Ikram...bukan itu aje, akak buat macam-macam pada Syirah. Itu yang buatkan abang Ikram marah sangat."tipu Insyirah. Airmata dibiarkan jatuh dipipinya. Lakonannya itu terus diteruskan dengan airmata palsunya.
"Tipu! Kau memang keji Syirah. Kenapa kau tuduh aku. Padahal semua ni, angkara kau. Kalau dari awal lagi, aku tahu, kau ada niat jahat. Aku takkan benarkan kau tumpang di sini."sakit sekali hati Marina dengan tuduhan Insyirah. Sengaja Insyirah ingin menyalahkan dirinya.
"Mak..., apa yang Syirah cakapkan ni betul. Syirah tak tipu. Entah-entah aduan tadi, kak Rina yang buat. Sebab nak balas dendam pada abang Ikram."Insyirah berlutut dihujung kaki Puan Salmiah. Terus meraih simpati Puan Salmiah.
"Kau jangan nak tuduh aku. Kau ingat, hati aku ni busuk macam kau? Kau ingat aku ni, tak ada maruah diri, nak cari cinta kat luar sana. Aku tahu tugas aku. Aku tahu tanggungjawab aku. Sejak kau tinggal di sini, kau ambil kesempatan. Kau jangan nak tabur fitnah pada aku Syirah."
"Diam!"Ikram tidak mahu dengar perbalahan itu lagi. Talak sudah pun dilafazkan. Dia dan Insyirah pula sudah dituduh berkhalwat. Kepalanya memang serabut dengan setiap kejadian yang berlaku sepanjang hari ini.
"Biar Syirah terang semuanya pada kak Zaidah dan mak. Biar semua jelas."nafasnya ditarik sedalam-dalamnya. "Apa yang Syirah ceritakan tadi, semuanya betul. Syirah juga nampak, lelaki tu, hantar akak balik sampai ke rumah."
Laju Marina menggelengkan kepalanya. Menepis dakwaan dan fitnah yang direka Insyirah. Dia memang benar-benar tidak bersalah. Perpisahan yang terjadi antaranya dan Ikram, memang salahnya. Salahnya kerana membiarkan Insyirah di sini dan mempercayai Insyirah, sehingga Insyirah rancak mengaturkan rancangannya.
"Aku tak percaya, Rina buat semua tu. Kau jangan nak fitnah menantu aku."Puan Salmiah begitu sukar untuk mempercayai tuduhan Insyirah.
"Tapi semua tu kebenarannya mak. Ikram tidak akan bertindak sampai begini, kalau benar Rina tak bersalah."
Puan Salmiah memandang Marina. Laju kepalanya digelengkan. Kecewa sekali hati seorang ibu, pada saat ini. Hatinya hancur dan kecewa. Sukar untuknya mempercayai semua itu.
"Pandai kau buat cerita, kan Syirah. Aku tak percaya cakap kau. Aku tahu siapa kau. Aku kenal siapa Marina. Dia takkan buat semua tu pada Ikram. Ini pasti kerja kau kan?"Zaidah memang langsung tidak akan percaya. Dari awal sebelum Insyirah berkahwin dengan Idlan, dia sudah ketahui, Insyirah banyak menipunya dan keluarganya. Banyak perkara yang Insyirah berbohong dengannya. Ikram tidak tinggal sekali, mana dia tahu, sikap buruk Insyirah itu.
"Tapi Syirah tak tipu kak."
"Argh! Aku dah tahu hal ni. Rina ada beritahu aku. Dia call aku, ceritakan masalah ni. Tapi aku tak tahu pulak, yang kau tinggal di sini."Zaidah lebih awal tahu, masalah semua itu. Kebetulan dia ada menelefon Marina, dan kedengaran suara sedih Marina tika itu. Diminta Marina ceritakan semua itu kepadanya. Sangkanya itu hanya masalah kecil dan sudah diselesaikan. Marina tidak pula telefon beritahunya, yang masalah itu berlarutan hingga ke saat ini. Tak disangkanya pula, masalah itu menjadi masalah besar seperti hari ini.
Insyirah menggelengkan kepalanya. Tetap mahu tidak mengalah. Tetap mahu meneruskan lakonannya itu.
"Kau Ikram. Dari dulu sampai sekarang, sikap cemburu kau tu, memang keterlaluan. Sikap cemburu buta kau tu, membuatkan mata kau buta. Cubalah kau percaya dengan isteri kau sendiri. Dah tiga tahun kahwin, takkan tak kenal isteri kau sendiri!"geram Zaidah dengan adiknya itu. Perkara begitu pun tidak boleh difikirnya dengan baik.
"Masalahnya, apa yang Syirah cakapkan tu, betul kak."Ikram tetap mahu tidak mengalah.
"Kau..."
"Biarlah jika itu yang abang fikirkan tentang Rina kak. Kalau abang sayangkan Rina, dia akan percaya pada Rina. Dia takkan ragu-ragu pada kejujuran Rina."Marina terus melangkah kakinya ke atas.
Hatinya begitu sakit sekali. Ikram masih tetap dengan keras kepalanya. Langsung tidak terasa ingin memujuknya. Malah hatinya yang sedia sakit ditambah lagi rasa sakitnya. Tidak menyangka, Ikram membiarkan sahaja hatinya itu, tanpa dipujuk. Ditambah lagi tuduhan kepadanya, seolah dia begitu jahat dan kejam.
Semua pakaiannya dimasukkan ke dalam beg. Barangan miliknya juga diambil, agar tiada satu pun tertinggal. Dua beg besar ditariknya keluar dari bilik itu.
"Rina, kau nak ke mana?"
"Biarkan dia pergi mak. Lagipun itu kemahuannya. Jangan kita nak halang. Lepas ni, bolehlah dia bersuka ria di luar sana. Takda sesiapa yang nak menghalangnya lagi."ego sekali bicara Ikram.
Jauh melencong tuduhan Ikram kepada Marina. Hanya buruk sahaja yang nampak di matanya. Kebaikan Marina selama tiga tahun ini, langsung tidak nampak. Ianya sudah kabur di matanya. Pengorbanan dan kesetiaan Marina selama ini, sudah tidak bermakna apa-apa kepadanya.
"Astagfirullah-Al-Azim! Apa yang dah menghasut kau ni Ikram? Sepatutnya jernihkan kembali. Duduk berbincang elok-elok. Bukan terus buat keputusan begini."Puan Salmiah mahu Ikram dan Marina duduk berbincang. Mencari kata sepakat.
"Takda apa yang perlu dibincangkan lagi mak."
Marina memejamkan matanya beberapa saat. Menahan rasa pilu yang singgah di hatinya. Cukup terasa dengan tindakan Ikram kepadanya. Seolah-olah dirinya melakukan salah besar hingga tidak mahu memaafkannya. Ego Ikram begitu tinggi melangit.
"Betul cakap abang tu mak. Tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi... Maafkan Rina."tangan Puan Salmiah terus disalam dan dikucupnya. Begitu juga tangan Zaidah disambut dan dikucupnya. "Rina pergi dulu kak...mak..."langkah perlu diteruskan. Tidak guna merayu...
"Ikram! Selepas ni, kau jangan menyesal dengan tindakan kau ni."
Marina dengar suara Zaidah memarahi Ikram. Tidak ditolehkan ke belakang lagi. Langkahnya diteruskan. Biarlah dia pergi membawa diri...dan tidak akan berpaling lagi. Hatinya kini cukup terluka.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top