SETELAH CINTA ITU PERGI - BAB 6

TANGAN Ikram disalam dahulu, sebelum dia melangkah keluar dari perut kereta. Sepanjang perjalanan ke sekolah, Ikram langsung tidak menegurnya. Tegurannya pula, langsung tidak berbalas. Ikram sudah menjadi bisu.

"Rina pergi dulu, ye abang."

"Hmm...balik nanti, abang jemput. Jangan pandai-pandai balik dengan mana-mana lelaki."pesan Ikram.

Marina menganggukkan kepalanya. "Baiklah, bang."

Baru Marina ingin melangkah keluar, Ikram memaut lengan isterinya itu. Lama wajah suram isterinya itu di renung.

"Sayang, maafkan abang."

Marina diam. Diketap bibirnya. Matanya sudah mula berkaca. Benarkah apa yang baru di dengarinya. Ikram meminta maaf darinya.

"Abang minta maaf, sebab berkasar dengan Rina semalam. Abang bukannya apa. Abang...abang tak bolehlah kalau ada lelaki lain dekat dengan Rina. Abang takut ada orang cuba rampas Rina dari abang."terang Ikram. Dia sedari juga kesilapannya semalam.

"Terima kasih, abang. Terima kasih kerana sudi maafkan Rina. Abang tolonglah percayakan Rina. Rina tak pernah ada orang lain. Hati Rina cuma untuk abang seorang."

"Betul?"

Marina menganggukkan kepalanya. Semuanya itu benar. Sampai bila-bila pun, cintanya itu hanya untuk suaminya Ikram. Suaminya Ikram telah mengunci hatinya dengan selamat sekali. Langsung tiada ruang yang dapat menembusi hatinya. Walaupun Ikram cuba membuka kuncinya itu, tak mungkin ianya akan terbuka. Ianya akan terus kekal terkunci selama-lamanya.

"Rina sayangkan abang. Cuma Rina minta pada abang, tolonglah percayakan Rina."

"Abang pun. Sayang abang pada Rina, melebihi segala-galanya. Sampai abang tak boleh berfikiran dengan waras."

Marina memicit hidung mancung Ikram lembut. "Rina sayang abang."

"Balik nanti, abang jemput sayang."

Marina menganggukkan kepalanya. "Rina tunggu abang."senyuman yang cukup manis, di berikan kepada suaminya.

Selepas Marina masuk ke kawasan sekolah, Ikram terus berlalu. Marina berasa lega dan gembira, bila Ikram sudah sudi memaafkannya. Dia bersyukur sekali, kerana Tuhan mendengar doanya. Ikram kembali sejuk. Namun jauh di fikirannya terfikir, siapa pula yang membawa mulut kepada Ikram. Adakah Insyirah yang membawa mulut dan menokok tambah cerita itu? Marina masih tiada jawapan.

"Rina!"

Suara Muiz Lukman memanggil-manggilnya. Laju sahaja Marina melangkahkan kakinya. Panggilan itu, seolah tidak didengarinya. Membiarkan sahaja Muiz Lukman memanggil-manggil.

"Rina!"sekali lagi Muiz Lukman memanggilnya sambil mengejar langkahnya.

Marina tidak mahu ambil sebarang risiko lagi. Pesanan Ikram padanya, perlu diikutinya. Dia tidak mahu, dikatakan isteri nusyuz atau derhaka oleh suaminya lagi. Dia ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada sang suami.

"Rina, kenapa laju sangat ni. Awak maraton ke?"kali ini Muiz Lukman menghalang langkah laju Marina. Dia betul-betul berada di hadapan Marina. Tercungap-cungap di mula pagi ini.

"Eh,cikgu."

"Awak tak dengar ke, saya panggil awak dari tadi?"soal Muiz Lukman.

Marina menggelengkan kepalanya.

"Saya ada hal nak cakap dengan Rina."

Berkerut wajah Marina. Apa pula yang Muiz Lukman ingin cakapkan dengannya. Mungkin sebab itu, Muiz Lukman berani bertandang ke rumahnya semalam. Memang sungguh mencari masalah Muiz Lukman ini.

"Kenapa awak datang rumah saya semalam?"Marina terlebih dahulu menyoal soalan kepada Muiz Lukman.

"Oh, saya nak minta nombor telefon awak. Terlupa pula nak minta siang kelmarin."

Hah! Gila ke cikgu Muiz Lukman. Datang bertandang malam-malam ke rumahnya, hanya ingin meminta nombor telefon.

"Kenapa cikgu nak nombor telefon saya pulak?"soal Marina, sambil kakinya melangkah ke arah kelasnya.

"Nak bagi kat tokei kedai. Kalau kereta dah siap, nanti mereka boleh telefon terus."

"Oh! Tak apalah. Nanti lepas habis kerja, saya boleh pergi terus. Tak apalah cikgu, saya nak masuk kelas."Marina cuba mengelak. Lagipun banyak kerja yang perlu dilakukannya. Dia perlu menyediakan sarapan pagi untuk pelajar pra Gemilang.

"Rina!"

"Maaf cikgu. Saya sibuk. Apa-apa pun, saya minta maaflah, sebab kelmarin susahkan cikgu. Lepas ni, saya harap semua ni, tak akan terulang lagi."Marina terus masuk ke kelas pra Gemilang. Kata-katanya itu merupakan peringatan buat dirinya.

Di tinggalkan Muiz Lukman termangu-mangu di luar kelas. Sudah tiada apa-apa lagi yang perlu di bualkan. Dia perlu mengelak dari terus berjumpa dengan Muiz Lukman. Marina tidak mahu, ada masalah dengan suaminya nanti. Walaupun dia tahu, dirinya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan kepada Ikram, dan tidak akan biarkan ia berulang sekali lagi.

Selalunya Marina datang ke sekolah lebih awal, untuk menyiapkan sarapan pagi. Seawal 7 pagi, dia sudah pun sampai. Tapi hari ini, dia lewat 15 minit. Persediaan untuk 30 orang pelajar baginya tidaklah begitu sukar. Pengalamannya yang hampir 4 tahun itu, sudah banyak mengajarnya dalam urusan sebegini.

Sarapan pagi hari ini, Marina hanya sediakan roti telur. Untuk menyediakan roti telur baginya mudah sahaja.

"Menu apa hari ni, Rina?"cikgu NurAini yang baru tiba, menyapanya.

"Roti telur aje kak. Tak sempatlah nak masak special sikit. Second round nanti baru special menu makan kita."Marina bagaikan seorang pakar masak di dapur. Pantas sahaja kerja dapurnya.

"Roti telur ni pun, dah lebih Rina. Kalau tempat lain, pagi-pagi jamu biskut aje. Rina aje rajin, masak lebih-lebih. Takut akak, nanti ibu bapa pelajar komplen pulak."

Berkerut seribu wajah Marina. "Kenapa pulak kak?"

"Mana tak komplen. Hari-hari makan sedap, nanti montel-montel pelajar pra Gemilang ni. Sekali dengan akak dah montel."gurau cikgu NurAini. Ingatkan apa pula. Marina menyambut gurauan cikgu NurAini dengan senyuman.

"Akak montel tak apa. Akak montel, lagi comel."Marina membalas usikan cikgu NurAini.

"Iyalah comel. Abang kat rumah pun dah komplen. Akak makin montel. Baguslah dapat pembantu macam Rina. Sampaikan makan minum akak pun, Rina siapkan sekali. Special sungguh pembantu akak ni. Tak perlu nak pergi kantin."

"Sama-samalah kita memontelkan badan kita kak."

Cikgu NurAini duduk di kerusi, belakang Marina. Sekali-sekala, cikgu NurAini memanjangkan kepalanya di luar kelas. Tadi semasa masuk ke kelas, dia terserempak dengan cikgu Muiz Lukman. Bila disapa, dia terus berlalu. Kenapa pula, cikgu Muiz Lukman ke mari?

"Tadi cikgu kacak tu datang kelas kita buat apa?"soal cikgu NurAini.

Terkebil-kebil Marina dengan soalan cikgu NurAini. Cikgu kacak? Muiz Lukmankah yang di maksudkan cikgu NurAini "Siapa?"

"Alah, siapa lagi? Takkan tak tahu?"

"Cikgu Muiz?"soal Marina, seraya roti telur yang sudah siap di masaknya, dipotong dua.

"Pandai pun. Dia buat apa kat sini? Jumpa Rina ke?"soal cikgu NurAini ingin tahu.

"Eh, buat apa pulak nak jumpa Rina. Saja je kot, lalu di sini."tipu Marina.

"Iya ke? Bukan dia datang jumpa Rina?"

Liurnya yang terlekat dikerongkong terasa perit sahaja. Memang Muiz Lukman, berjumpa dengannya tadi. Cuma dia sahaja yang mengelak untuk terus berjumpa dengannya. Dia tidak mahu akur dengan janjinya. Dia tidak mahu rumah tangganya hancur kerana salah faham. Dia tidak mahu, suaminya menganggap dia isteri yang tidak tahu menghargai. Dia akan jaga rumah tangganya yang dibina itu dengan baik.

"Tadi akak nampak..."

"Nampak apa?"sudah lain muka Marina.

"Akak nampak cikgu kacak tu kejar Rina. Baik cakap betul-betul. Tak baik tipu tau."

Marina melepaskan keluhannya. Memang sukar untuknya berahsia dengan cikgu NurAini. Baru mahu berahsia, dia lebih pantas mengetahuinya. Takkan mahu mengelak pula, jika memang matanya lihat sendiri.

Senyuman terpaksa dikuntumkan. "Saja. Bual-bual kosong."

"Takkan bual-bual kosong, sampai kejar-kejar?"sinis sahaja soalan cikgu NurAini.

Marina menggigit bibirnya. Kali ini, matanya bertentangan mata cikgu NurAini. Kening cikgu NurAini sudah dijungkit tinggi.

"Sebenarnya kak, kalau boleh Rina tak mahu cakap lagi tentang cikgu Muiz."mendatar sahaja kata-kata Marina. Iya! Dia tidak mahu nama itu terus menjadi bualan. Kerana nama itu, salah faham antaranya Ikram terjadi.

"Kenapa? Dia kacau Rina ke?"

"Bukan. Sebenarnya kak. Kelmarin semasa kereta Rina rosak, cikgu Muiz yang bantu Rina. Cikgu Muiz tumpangkan Rina balik rumah dan dia juga yang hantarkan Rina datang sekolah jugak."terang Marina. Biarlah dia berterus-terang sahaja. Lagipun, dia bukannya melakukan kesalahan besar. Biar di ceritakan sahaja daripada cerita itu sampai dari mulut orang lain. Nanti jadi fitnah pula.

"Iya ke?"

Angguk Rina lagi. "Dan ada orang yang beritahu pada Ikram. Akak pun tahukan, Ikram tu kuat cemburu. Merajuk pulak Ikram dengan Rina."sambung Marina. Tidak diceritakan masalah rumah tangganya itu melebih-lebih. Tidak baik, dia menjaja cerita buruk tentang suaminya.

"Siapa pulak yang buat cerita?"

Bahunya dijungkitkan. Bibirnya dijuihkan. Dia juga tidak tahu, siapa pula yang beritahu kepada Ikram. Tetapi itu salahnya juga. Tidak sepatutnya dia menumpang Muiz Lukman. Semua itu sudah mengundang fitnah.

"Akak rasa, aku tahu. Ini mesti kerja biras Rina tu."

Marina menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu menuduh sesiapa. Dia tiada bukti untuk menudah Insyirah juga. "Rina pun tak tahu kak. Kalau betul memang Syirah yang beritahu Ikram, Rina tak tahu apa motifnya. Takkan dia hendak kami berdua bergaduh pula."Marina menyangkal, walaupun sekali-sekala pandangan itu bermain di mindanya. Dia juga ada berfikiran sebegitu. Tetapi mungkin itu hanya hasutan hatinya.

"Mana kita nak tahu, dia ada niat jahat. Memang rambut kita ni sama hitam, tapi hati lain-lain. Rina berjaga-jagalah. Banyak perkara yang boleh terjadi tanpa pengetahuan kita. Banyak perkara yang boleh terjadi tanpa di duga dek akal kita ni. Beringat!"pesan cikgu NurAini yang lebih banyak tahu asam garam kehidupan ini. Jarak usia 8 tahun itulah, yang membuatkan cikgu NurAini lebih memikir lebih jauh.

"Inya-Allah, tak ada apa-apa kak."ditenangkan hatinya, yang sebenarnya masih keliru dan was-was. Sebenarnya kehadiran Insyirah, begitu tidak disenanginya. Bertambah tidak senang hati lagi, bila satu persatu perkara yang tidak disenanginya dilakukan Insyirah. Cuma dia berdiam sahaja.

"Akak doakan yang terbaik untuk Rina."

MUIZ LUKMAN tersandar di kerusinya. Buku-buku yang tersusun di mejanya disemak sedikit demi sedikit. Baru setengah disemak, ingatannya kembali kepada kejadian semalam.

Matanya tidak salah memandang. Memang matanya melihat, Marina di pukul suaminya. Tangan Marina dikilas kasar. Dia bukan hendak ambil tahu urusan rumah tangga Marina dan suaminya, tetapi dia risaukan keadaan teman barunya itu. Jika bukan dirinya melihat, pasti sesiapa tidak akan tahu, apa yang suami Marina lakukan padanya. Dan jika dia tidak membuka mulut, pasti sesiapa tidak akan tahu, perlukah dia diamkan sahaja?

Dagunya dimain dengan urutan jarinya. Digigit bibirnya yang nipis itu. Jauh di hatinya berasa simpati dan kasihan. Marina pula seakan melarikan diri darinya. Adakah dia jadi begitu kerana dirinya? Soalan terus bermain-main di benak fikirannya.

"Cikgu Muiz, ada orang nak jumpa dengan cikgu."sapa Pak Mat, pengawal yang menjaga kawasan sekolah.

"Kenapa tak minta dia datang jumpa saya aje?"

"Dia nak jumpa cikgu di luar."terang Pak Mat dan terus berlalu. Dia perlu mengawal hadapan sekolah. Tugasnya menjaga keselamatan di sekolah.

Matanya yang sedikit sepet itu, dicelekkan seluas-luasnya. Pen merah ditangannya di letakkan ke meja. Tanpa berfikir panjang, Muiz Lukman mengatur langkahnya. Siapa pula yang ingin berjumpa dengannya pada waktu-waktu begini.

Bilik pengawal di hadapan pintu masuk dihampiri. "Siapa yang nak jumpa saya Pak Mat? Mana dia?"soal Muiz Lukman. Tidak pula terlihat sesiapa di bilik pengawal itu.

"Ada. Itu pun."muncung mulut Pak Mat menjuihkan ke arah lelaki yang sedang berbual menggunakan telefon bimbitnya.

Tidak jelas wajah yang membelakanginya itu. Tanpa berfikir panjang, Muiz Lukman menghampiri lelaki itu dan menegurnya.

"Maaf encik. Encik ke yang nak jumpa saya?"

Termangu-mangu Muiz Lukman, bila lelaki dihadapannya itu mengalihkan pandangan ke arahnya. Mulutnya terkunci. Lidahnya kelu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top