SETELAH CINTA ITU PERGI - BAB 5
LAMA Ikram menunggu. Sengaja dia tidak telefon Marina. Ingin tahu, jam berapa pula, Marina akan pulang. Apa yang diberitahu Insyirah kepadanya tadi, sangat menyakitkan hati. Siapa pula lelaki yang dimaksudkan Insyirah? Siapa lelaki itu? Pasti lelaki itu yang menghantarnya ke sekolah, setelah dia tidak dapat menghantar.
Membakar-bakar api cemburu itu. Jam di dinding dipandang . Jam sudah melonjak ke pukul 8 malam. Saat ini, Marina tetap juga tidak pulang.
Pintu bilik terkuak luas. Marina masuk menapak ke dalam bilik dengan lemah. Ledakan kemarahan yang disimpannya tadi, hanya menunggu masa untuk dilepaskan.
"Awal abang balik hari ni? Selalunya malam baru balik."tegur Marina. Tuala yang tersangkut, dicapainya.
"Kenapa? Terkejut?"
"Mestilah terkejut. Selalunya abang tu, kalau pergi kerja, selalu balik lewat. Malam-malam baru nak balik."
"Kenapa? Tak suka? Rina pergi mana tadi? Lewat begini baru balik."
Marina tersenyum. Mana ada lewat. Ada-ada sahaja suaminya itu. "Rina pergi beli barang sikit."
"Dengan siapa?"serius sahaja wajah Ikram memandang Marina.
"Seoranglah. Kenapa pulak abang tanya macam tu?"
"Bukan dengan lelaki?"
"Apa yang abang merepek ni? Rina pergi dengan Kak Aini. Rina tumpang Kak Aini, lepas tu, Rina balik dengan teksi. Abang ni fikir yang bukan-bukan ajelah."tergelak kecil Marina dengan soalan cemburu suaminya.
"Bohong! Pandai Rina tipu abang sekarang ni ye?"meninggi suara Ikram.
Terkesima Marina. Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba sahaja Ikram mengamuk. Apa pula masalah kali ini?
"Apa abang ni?"
"Rina cakap betul-betul dengan abang. Rina keluar dengan siapa tadi? Cakap betul-betul. Sekejap cakap keluar sendiri. Lepas tu, dengan kak Aini. Mana satu yang betul ni?"
Marina tidak bersuara. Kenapa Ikram begitu marah sekali padanya. Mulanya, dia yang ingin merajuk dan marah kepada Ikram, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ikram pula menonong marahkannya.
"Rina ingat, abang tak tahu, apa yang Rina buat di belakang abang."
"Ya Allah, bang. Cuba abang bertenang. Tanya Rina baik-baik. Ini tak, abang terus nak tuduh Rina melulu, tanpa usul periksa."terguris hati Marina dengan tindakan Ikram. Bagaikan ada yang sudah menyucuk Ikram, hingga begitu marah sekali Ikram kepadanya.
"Rina cakap terus-terang dengan abang. Dengan siapa Rina balik tadi?"
"Teksi."jawab Marina gugup.
"Tengahari tadi?"
"Ka..ka..kawan."
"Siapa? Lelaki kan? Berani Rina tipu abang sekarang ni, kan?"
Laju Marina menggelengkan kepalanya. Semua itu tidak seperti yang disangkakan. Semua itu salah faham. "Abang dengar dulu penjelasan Rina."
"Argh! Penjelasan apa lagi? Abang tak sangka, Rina sanggup buat abang macam ni. Selama ni, tak cukup lagikah kasih sayang yang abang berikan kepada Rina? Tak cukupkah?!"merah muka Ikram. Begitu marah sekali kepada Marina.
"Abang, maafkanlah Rina. Sebelum abang tuduh Rina, abang izinkanlah Rina jelaskan kedudukan sebenar. Semua tu cuma salah faham. Muiz cuma tumpangkan Rina aje. Masa nak balik tengahari tadi, kereta Rina tiba-tiba meragam. Kebetulan Muiz lalu, dan tumpangkan Rina. Itu aje,bang."
"Lagi?"
"Muiz tu, cikgu yang mengajar di sekolah yang sama Rina kerja. Dah dia kenal Rina, sebab itu dia tolong Rina."terang Marina.
"Oh, habis tu, kalau ada jantan mana-mana nak tolong, kau terima lah?"kali ini, bahasa Ikram mula kasar. Jantung Marina makin terhiris dengan bahasa yang digunakan Ikram kepadanya. Hingga cakap beraku...kau..
"Abang..."
"Susah sangat ke, nak elak semua tu? Kalau kereta dah rosak, tunggu aje teksi. Naik teksi balik rumah. Tak payah nak gatal tumpang orang."marah Ikram.
Marina bukan sengaja ingin menumpang Muiz Lukman. Tetapi dia tidak dapat berfikir dengan baik tadi. Apa yang berlaku tadi, terlalu pantas. Insyirah sibuk inginkannya pulang dan diperjalanan tiba-tiba sahaja keretanya meragam.
"Kau tahu, kau keluar dengan lelaki lain tak beritahu aku. Kau nusyuz tahu tak? Derhaka! Buat sesuatu tak guna otak."gertak Ikram kasar.
"Abang, maafkan Rina bang. Rina minta maaf. Rina janji, Rina takkan buat lagi. Tolonglah maafkan Rina, bang. Tolonglah jangan kasar begini dengan Rina."merayu Marina dihujung kaki Ikram. Sudah kedengaran tangisannya. Dia tidak mahu jadi isteri nusyuz. Dia tidak mahu jadi isteri derhaka. Marina terus-terusan meminta ampun dari suaminya.
MUIZ LUKMAN berhentikan keretanya di hadapan rumah milik Marina. Terlupa pula ingin meminta nombor telefon Marina. Tetapi takkan dia mahu pergi menapak masuk ke kawasan rumah orang melulu. Dan nanti apa pula, andaian suami Marina kepadanya. Timbul salah faham pula.
Esok sahajalah, ditanya. Nombor telefon Marina ingin ditinggalkan kepada pemilik bengkel kereta kawannya itu. Jika kereta Marina sudah siap, boleh mereka telefon Marina terus. Tak perlulah, dia datang berjumpa Marina selalu.
Enjin keretanya dihidupkannya kembali. Sebelum hendak berlalu, dia memandang ke arah rumah banglo mewah itu. Ditenyeh-tenyeh matanya. Rasanya dia tidak tersalah lihat tadi. Kain yang terselak tadi menampakkan apa yang berlaku di dalam. Jika tidak salah, itu Marina. Tetapi kenapa Marina diperlakukan begitu?
Muiz Lukman keluar dari keretanya. Merapatkan dirinya ke pagar rumah. Terjengul-jengul Muiz Lukman dihadapan pintu pagar.
"Takkanlah aku tersalah pandang tadi?"Muiz Lukman berbicara sendiri.
Kehulur kehilir Muiz Lukman di hadapan pagar rumah itu. Sekali-sekali dia berpaut di pagar auntomatik itu. Sekali lagi di pandang ke arah bilik atas. Mana tahu, sekali lagi tirai itu terselak di tiup angin.
"Ma.."mulutnya kembali terkunci. Takkan dia mahu memekik memanggil Marina pada malam begini. Lain pula masalah yang timbul. Lama juga Muiz Lukman berdiri di pagar rumah itu. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi. Baru mahu melangkah masuk ke perut kereta, pagar itu terbuka.
Keluar seorang lelaki dari dalam menghampirinya. Gugup Muiz Lukman. Mahu tidak mahu, Muiz Lukman menyapa tuan rumah. "Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam..."jawab Ikram serius. "Awak ni siapa? Dari tadi, saya nampak awak kat bawah ni. Awak nak jumpa sesiapa ke?"soal Ikram.
"A'ha. Saya nak cari kawan saya. Kalau tak salah, betullah alamat yang di berikan ni. Nombor 4, Taman Delima."
"Iya betul tu. Awak nak jumpa siapa?"soal Ikram. Dari atas hingga ke bawah Muiz Lukman dipandangnya. Pandangan yang tidak puas hati. Yang berada difikiran Ikram, mungkin lelaki inilah yang di maksudkan Insyirah.
"Intan. Boleh saya jumpa Intan?"soal Muiz Lukman. Entah kenapa nama itu yang muncul di bibirnya. Melihat ketegasan Ikram, dia tidak jadi untuk berjumpa Marina. Lihat wajahnya saat ini pun, Muiz Lukman sudah gerun. Bengis sahaja wajah itu.
"Tak ada nama Intan di sini. Kalau Marina atau Insyirah ada lah."jawab Ikram. Masih mengesyaki lelaki dihadapannya itu.
"Eh siapa pulak tu. Saya nak jumpa Intan Natasha."
"Masalahnya, rumah ni, tak ada nama Intan. Marina awak nak jumpa?"sinis Ikram.
Muiz Lukman ketawa. "Saya nak jumpa Intan. Intan Natasha. Bukan Marina. Kalau tidak, gasaknya dihentam suami Marina.
Bukannya niat untuknya menipu. Dia ingin beritahu perkara yang sebenar, tetapi melihat keadaan yang bagaikan kurang baik itu. Dia menarik balik niat baiknya itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menipu.
"Sekejap saya telefon."
Muiz Lukman. Mendail nombor seseorang. "Assalamualaikum...Intan, you dah siap ke belum? Saya dah sampai ni. Rumah awak nombor 4, kan. Awak takda pun.."mata Muiz Lukman menangkap jendela yang sekali lagi di tiup angin itu. "Nombor 2, lorong 4. Okey..okey, I salah rumah. You tunggu sekejap. Nanti I sampai."Muiz Lukman menggaru-garukan kepalanya.
"Kenapa?"soal Ikram.
"Salah rumahlah, bang. Minta maaflah. Lorong 4, bukan rumah nombor 4. maaf ya, kacau malam-malam ni."Muiz Lukman segera berlalu.
Jauh sedikit dari kawasan rumah itu, Ikram meledakkan tawanya sendiri. "Hah! Gila! Nombor 2, lorong 4 tu rumah aku. Hei..."Muiz Lukman terus ketawa. Lorong 4 sudah pun di masukinya. Kereta perdananya terus masuk ke dalam kawasan rumahnya.
Masih bersisa tawanya itu. Ketawa itu terhenti begitu sahaja. Sikapnya yang tadi ceria, mula berubah muram. Ingatannya kembali dengan apa yang dilihatnya.
GUGUP Marina. Dari sebalik tirai tadi, dia sempat melihat ke bawah. Lelaki yang berada di luar rumah yang di jumpai Ikram tadi, adalah Muiz Lukman. Sudah tidak senada degupan jantungnya kali ini.
Tidak keruan hatinya, memikirkan nasib yang bakal menimpa dirinya sebentar nanti. Pasti Muiz Lukman dan Ikram berbual tentang dirinya. Terasa seperti kakinya sudah tidak dapat menapak ke bumi lagi.
"Gila!"bentak Ikram.
"Ke..ke..kenapa bang?"soal Marina gugup.
"Lelaki mana entah datang. Cari Intan. Rumah nombor 2 Lorong 4 yang dicarinya. Ini lorong 3. Nak cari rumah orang, tak mahu tanya betul-betul."rungut Ikram.
Marina menghelakan nafas lega. Mujur Muiz Lukman pandai. Kalau tidak, entah apa pula nasibnya. Mungkin Ikram akan bertambah memarahinya.
Ikram memandang tunak ke wajah Marina. "Entah-entah Intan tu, Rina?"uji Ikram.
Laju Marina menggelengkan kepalanya.
Ikram terus berlalu meninggalkan Marina sendiri. Langsung tidak terasa ingin memujuk Marina. Masih bersisa lagi amarahnya itu kepada Marina, walaupun berkali Marina memohon ampun kepadanya.
Berketap bibirnya lama. Kenapa Ikram melayannya begini? Sedangkan kemaafan dari Ikram, sudah pun dipinta. Siap berlutut dihujung kaki, memohon maaf. Ikram tetap keras hati. Tetap tidak mahu memaafkannya. Bagaikan, dia sudah melakukan kesalahan yang tidak dapat di maafkan lagi.
"Abang, sampai hati buat Rina macam ni."keluh Marina sendiri. Hatinya yang terguris ini, langsung Ikram tidak peduli. Dibiarkan begitu sahaja. Sepatutnya dia yang merajuk dengan kejadian siang tadi. Tapi sebaliknya pula.
Pintu bilik diketuk. Kelihatan Insyirah berada di depan muka pintu sambil mendukung Nasuha bersama. Cepat-cepat Marina mengusap airmatanya itu.
"Kak Rina..."lembut suara Insyirah memanggil namanya.
"Iya, Syirah, ada apa?"
"Akak nangis ke?"soal Insyirah, ingin tahu.
"Eh, tak adalah. Mana ada akak nangis. Mata akak masuk habuk, masa mengemas bilik tadi. Agaknya banyak sangat habuk di dalam bilik ni."tipu Marina.
"Betul ni?"
Laju Marina menganggukkan kepalanya. Mengiyakan sahaja.
"Syirah nak minta tolong akak sikit boleh tak?"Insyirah menghampiri Marina. Dihenyakkan punggung disebelah Marina. "Boleh tak, akak tengokkan Nasuha. Syirah nak ke klinik sekejap."terang Insyirah.
"Kenapa? Syirah demam ke?"dahi Insyirah dipegangnya. Memang terasa panas suhu badan Insyirah. Sekali-sekali kedengaran Insyirah terbatuk-batuk kecil.
"Entahlah kak. Dari petang tadi, rasa tak sedap badan pulak. Syirah bagitahu abang Ikram. Abang ajak Syirah pergi klinik. Malam-malam begini, takkan nak bawa Nasuha sekali. Lagipun dah lewat."
Ditelan liurnya laju. Sekali lagi, Marina terasa tertampar dengan semua ini. Insyirah dan suaminya akan keluar bersama?
"Boleh tak kak?"
Marina menganggukkan kepalanya. Nasuha kini diambilnya dan diletakkan diribaannya. Kucupan hinggap diwajah bayi kecil yang comel itu. "Pergilah. Akak boleh jagakan Nasuha."
Pelbagai bisikan seakan menghalangnya. Tetapi Marina biarkan sahaja. Takkan dia mahu biarkan sahaja, Insyirah demam. Bahaya juga. Marina terus meneyedapkan hatinya dengan memujuk sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top