Video Live
Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo
Rizu - ABANG PAIZO!
Kaizo - Rizu nak apa?
Rizu - Jom kita insta stories!
Kaizo - Apakah itu?
Rizu - Abang Paizo ni..
Fang - Rizu, jangan layan si abang Kaizo tu. Dia bukannya tahu pun apa itu insta stories
Kaizo - Kau ingat abang tak tahu! PEDANG TENAGA!
Fang dan Rizu terus lari keluar dari rumah itu. Kaizo simpan balik pedang tenaga dia dan terus ke dapur untuk menikmati teh hijaunya. Tanpa dia sedari, setiap saat Kaizo sedang lakukan kerja di dalam dapur itu, Fang dan Rizu pergi membuat rakaman secara langsung di facebook Rizu. Berduyun-duyun para peminat Kaizo menyaksikan rakaman itu. Mereka semua suka melihat Kaizo duduk di dapur sambil membaca novel cerita hantunya dan paling mereka sukakan adalah apabila Kaizo minum air teh hijaunya dan lalu menyebut 'Ketenangan'
Ramai para gadis memberikan komen di facebook Rizu. Semuanya ingin berkenalan dengan Kaizo dan ada juga berikan cadangan untuk membuat sebuah rancangan khas yang berkaitan dengan Kaizo sahaja. Mereka semua setuju kalau ada reality show tentang kehidupan Kapten Kaizo
Rizu - Nampaknya abang Paizo lebih popular daripada abang Fang
Fang - ERK! Mana boleh! Popularity itu untuk abang Fang sahaja! Bukan si kapten aku yang gila nak menang sahaja
Rizu - Err.. abang Fang..
Fang - Rizu nak apa?
Rizu - Abang Fang baca komen dia orang
Fang terus baca-baca komen yang terbaru. Mereka semua naik geli dengan sikap Fang yang hanya mahukan popular sahaja. Semuanya bandingkan Fang dengan abang dia dan juga Boboiboy. Terus Fang naik angin dengan komen mereka
Fang - Aku mengamuk juga dekat sini. Kalau aku dapat tahu siapakah dia orang semua ni, aku akan ajar dia orang!
Rizu - Abang Fang.. dia orang cakap dia orang suka tengok abang Fang mengamuk tak tentu pasal sebab comel dan ada yang tulis muntah hijau
Fang - Aik.. boleh pulak begitu..
Rizu - Kejap.. ada komen dari kakak Lily
Fang - Apa si katak Pili tu tulis?
Rizu - Dia cakap, dia nak tengok landak bertukar menjadi seekor landak dan mengamuk dekat situ
Fang - DIA INGAT AKU NI AHLI SILAP MATA KE?
Rizu - Kakak Lily tulis lagi... dia cakap, dia nak tengok BBB-Chan dia tengah buat apa sekarang
Fang - Buat apa tengok si BBB-Chan tu.. baik tengok aku daripada si budak pipi tembam. Aku lebih hebat daripada Boboiboy! Lebih handsome dan lebih macho daripada dia.. HAHAHAHAHA! Suara si Boboiboy tu, dari dulu sampai sekarang.. sama aje. Tengok macam aku, macho dan bertambah macho suara aku.. HAHAHAA!
Rizu - Abang Fang..
Fang - Kenapa Rizu?
Rizu - Dia orang tulis.. dia orang nak boikot landak a.k.a abang Fang sebab kutuk Boboiboy. Kakak Lily pun nak boikot abang Fang juga. Dia cakap dia nak buat sepanduk tulis boikot landak tapi gambar abang Fang
Fang - Cheh, tak guna punya peminat Boboiboy
Kaizo - KEGILAAN APAKAH INI?
Fang & Rizu - ERK?!
Kaizo - Apa kamu berdua sedang merepek ni?
Rizu - Pizu tengah buat video live.. Video live tentang abang Paizo tengah buat kerja dekat dapur. Abang Fang yang suruh sebab dia cakap, ini akan membuatkan abang Paizo popular tapi lepas tu, abang Fang suruh Pizu rakam dia pula
Kaizo - PANG!
Fang - Abang nak apa?
Kaizo - APASAL KAU PERGI BUAT VIDEO LIVE SEMASA ABANG TENGAH BUAT KERJA? KAU INGAT ABANG NI ARTIS KE APA! MARI SINI KAU, BIAR ABANG AJAR KAU SECARA LIVE!
Fang - ERK?!
Rizu - Abang Paizo! Mana boleh tunjuk keganasan secara live dekat facebook.
Kaizo - Kalau begitu.. aku ajar si Pang ni dekat kapal angkasa sahaja. Bersiap sedialah kau Pang
Fang - TIDAKKKKKK!
Kaizo terus mengheret adiknya pergi terus ke kapal angkasa. Tinggal Rizu seorang diri di dalam rumah itu
Rizu - Hehehee.. maaf semua, sampai di sini sahaja video live kita pada hari ini.. sekian terima kasih! Bye bye!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top