Teknik

Pada suatu hari

Fang - ABANG KU GILA!

Kaizo - APA KAU CAKAP PANG!

Fang - Adik cakap.. ABANG KU GILA!

Kaizo - Kau ni kenapa? Kena rasuk dengan hantu gila ke atau kau ni memang bukan adik aku sebab adik aku sendiri tak pernah nak panggil aku gila...

Fang - Ini memang adik pun tapi abang memang gila pun

Kaizo - Apasal kau panggil aku gila? Apa alasan kau?

Fang - Alasan adik yang pertama.. abang gila nak menang. Yelah, nak menang aje tahu.. tapi kalau nak dekat-dekat kalah, baru nak mengaku diri tu nak kalah tapi still nak menang juga.. hehehee.. alasan kedua pulak.. abang gila kuasa.. hehehee... sebab kuasa abang sentiasa hebat. Abangkan suka berlagak dengan kuasa abang yang terlampau kuat tu. Tak tahulah macam mana abang boleh kalahkan tiga golem dengan petik jari sahaja.. hmmmm.. adik masih musykil tentang itu. Adakah sebenarnya abang ada kuasa lain sehingga tidak beritahu adik dia sendiri? Oh tidakkk! adakah abang aku sebenarnya mempunyai kuasa magic dan dapat musnah sesuatu dengan petik jari sahaja.. sungguh dasyat kuasa itu. Lagi dasyat daripada kuasa adik sendiri. Kalau nak kalahkan kuasa Boboiboy pun boleh! Ajarlah adik kuasa tu abang.. adik nak tahu! adik nak tahu!

Kaizo - Buat apa kau nak tahu sangat. Kalau aku ajar kau pun, kau tak kan faham untuk menguasai teknik-teknik kuasa petikan jari

Fang - Ohhh... jadi kuasa petikan jari tu.. abang belajar dari anime Naruto atau Dragon Ball? Atau abang ada mentor tersendiri yang adik tidak tahu. Adakah orang itu adalah Lahap atau kommander Kokoci.. tak pun si Laksamana Tarung tu yang banyak sangat makan terung tu.. hmmmm... banyak sangat persoalan di kepala adik ni..

Kaizo - Macam-macam betul kau ni.. aku sudah bosan dengan adik aku yang serba tak betul.. bila kau nak jadi serius macam abang?

Fang - Adik sentiasa serius apa. Adik sentiasa dengar arahan dari kapten ku abang ku yang terlajak kacak macam hero pelakon jepun... heheheheee

Kaizo - Serius apa kebendanya! Suka sangat nak buat abang pening kepala! KAU SUKA DENGAR ARAHAN DARI AKU KAN! AKU NAK KAU PERGI MASAK UNTUK ABANG DAN JANGAN NAK BUAT BISING, FAHAM!

Fang - Faham abang ku

Kaizo - PANG!

Fang - Yea abang, abang ku yang terlebih kacak nak apa?

Kaizo - Kalau kau nak sangat belajar bagaimana teknik petik jari tu, kau kena dengar semua arahan aku

Fang - Ok! Adik akan dengar semua arahan abang!

Kaizo - Baiklah, pergi buat sup lobak merah untuk abang dan jangan lupa teh hijau untuk abang..

Fang - Menurut perintah abang ku!

2 jam kemudian...

Fang - MAKANAN SUDAH SIAP!

Kaizo - Bagus, bagus...

Fang - YEAH! MAKAN SAMA-SAMA!

Kaizo - Abang tak bagi arahan makanan ini untuk kau sekali.. abang cakap buat sup lobak merah dan teh hijau untuk abang sahaja. Jadi kau pergi duduk jejauh.. kalau kau nak marah-marah dekat abang, takde maknanya abang akan ajar teknik yang kau nak tahu sangat tu

Berkerut-kerut dahi Fang sambil keluarkan aura-aura gelap dia. Fang terus keluar dari dapur dengan tidak puas hati

Fang - Cheh, tak guna punya abang...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokannya...

Kaizo - PANG!

Fang - Abang nak apa?

Kaizo - Buatkan sarapan pagi untuk abang.. abang hari ni nak sandwich telur.. lepas tu, pergi basuh baju abang, kemaskan bilik abang tapi jangan selongkar barang-barang abang dan lepas tu, bolehlah kau pergi berseronok dengan kawan-kawan kau

Fang - Kalau adik tak nak buat macam mana?

Kaizo - Hukuman latihan tempur selama 24 jam dan abang tidak akan mengajar kau teknik petik jari tu

Fang - Hmm... yelah abang ku.. hehehee

Beberapa jam kemudian

Kaizo - PANG!

Fang - Yea abang

Kaizo - Kenapa kau basuh baju abang sahaja? kenapa tak basuh seluar abang sekali?

Fang - Abang cakap, adik kena dengar arahan abang.. jadi adik dengar dan abang hanya berikan arahan untuk menyuruh adik basuh baju sahaja.. abang tak cakap basuh seluar sekali.. jangan nak salahkan adik, salahkan diri abang sebab tak bagi arahan dengan jelas

Kaizo - Cheh, tak guna punya adik

Fang - Abang marah ke?

Kaizo - Mestilah marah! Tapi takpe... disebabkan kau kenakan abang, jadi abang cancel sahaja untuk mengajar kau teknik petikan jari itu

Fang - ERK?! Adik pergi basuh seluar abang, cadar katil abang, teddy bear abang.. dan apa-apa yang abang punya, yang adik boleh sumbatkan dalam washer machine tu.. heheheee.. adik pergi buat sekarang juga

Kaizo - Bagus bagus... ini yang aku mahukan

--------------------------------------------------------------------------------------------------

3 hari selepas itu

Kaizo - Baiklah, sudah tiba masanya untuk aku mengajar kau bagaimana aku gunakan teknik petik jari untuk kalahkan pesaingan aku... sebelum itu, aku ingin mengatakan bahawa aku sangat bangga dengan diri kau dalam beberapa hari ni.. kau ikut semua arahan tanpa sebarang rungutan dari kau, itu yang aku mahukan

Fang - Terima kasih abang.. adik akan sentiasa dengar arahan abang

Kaizo - Bagus

Fang - Jadi, kita boleh mulakan sekarang? Adik tak sabar dah ni

Kaizo - Baiklah, mula-mula angkat tangan kanan kau dan petik sahaja jari kau tu

Fang - Errr... ok... macam tu aje abang? Takde macam teknik-teknik yang diajar dalam anime Naruto ke atau Dragon ball ke?

Kaizo - Takde.. cepat tunjukkan kepada abang

Fang tanpa rasa ragu-ragu, dia terus petik jarinya. Tiada apa yang berlaku. Dia petik jarinya lagi sekali tetapi seperti biasa, tiada apa yang berlaku

Fang - ABANGGGGG! ABANG TIPU ADIK! ABANG SAJA NAK KENAKAN ADIK!

Kaizo - Mana ada tipu.. teknik yang abang ajar tu, mana ada tipu.. tengok abang buat

Kaizo memetik jarinya dengan penuh bergaya sekali. Lalu pintu rumah mereka berkecai seperti ada orang mencantas pintu tersebut. Mata Fang membulat besar dan masih lagi tidak percaya dengan abangnya

Fang - Betul ke abang yang buat tu atau abang letak sesuatu dekat situ? Macam tak percaya aje

Kaizo - Kenapa kau tak percaya? Betullah apa yang aku lakukan tadi tu.. tengok aku buat lagi sekali

Kaizo petik jarinya dan kali ini, pasu bunga di tepi rak kasut pula yang pecah berkecai di atas lantai

Fang - Errr... KENAPA ABANG YANG BOLEH BUAT? ADIK BUAT LANGSUNG TAK MENJADI?

Kaizo - Aku dah ajar kau petik jari sahaja tapi kau sendiri yang gagal.. sudah! malas aku nak ajar kau lagi...

Fang - ABANGGGGGGG! BERITAHULAH ADIK RAHSIA TEKNIK PETIK JARI ABANG TU! ABANG BELAJAR DARI MANA? SIAPA YANG AJAR? ATAU ABANG ADA KUASA LAIN SEBENARNYA? UWAAAAAAA!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top