Taman Tema
Fang melihat isi dompetnya. Kosong. Duit sudah melayang
Rizu - YEAH! TERIMA KASIH ABANG FANG!
Idoli - Terima kasih abang Fang sebab belanja kita orang mainan!
Fang - Sama-sama *tapi hati sedih*
Rizu - Besar betul kotak mainan Idoli
Idoli - Hehehe.. Idoli suka main lego!
Fang - Hmmm... suka main lego tapi ambik yang paling mahal punya
Idoli - Abang Rizu ambik mainan apa?
Rizu - Abang ambik mainan remote control helicopter! Boleh kita main sama-sama nanti!
Fang - Itu pun mahal juga.. adeh.. macam manalah duit aku tak melayang
Tiba-tiba Rizu dan Idoli berdiri di hadapan Fang. Mata mereka mula berkaca. Riak wajah mereka berubah menjadi sedih. Walaupun dalam keadaan sedih, mereka berdua tetap nampak comel
Fang - Eh! Kenapa tiba-tiba sedih ni?
Rizu - Abang Fang kata duit abang Fang melayang sebab belikan mainan untuk kita orang
Idoli - Kita pulangkan balik mainan ni dan bagi balik duit tu dekat abang Fang
Fang - Eh eh.. tak payah. Abang dah belikan mainan tu. Duit tu, abang boleh kumpul balik. Lagipun abang Kaizo kan banyak duit.. hehehehe.. dia kan kaya. Setiap minggu mesti dia bagi duit belanja dekat abang.. hehehehe.. dan abang sentiasa berjimat cermat supaya pada hari minggu.. ABANG DAPAT PERGI JALAN-JALAN DENGAN KAWAN! Dan akhir dapat BELI DONUT LOBAK MERAH! MUAHAHAHAHA!
Rizu - Ohhh.. abang takde duit sekarang ni. Esok abang tak dapat ikut kawan-kawan abang pergi taman tema dekat KL lah nanti
Menangis Fang di tepi jalan sambil fikirkan nasibnya yang malang. Idoli tepuk-tepuk belakang badan Fang sambil memujuk sang alien itu
Idoli - Abang Fang jangan menangis. Esok kita orang bawa abang Fang jalan-jalan ok!
Fang - PERGI TAMAN TEMA KE? *Mata Fang bersinar-sinar*
Idoli - Takdelah, kita orang bawak abang Fang pergi rumah kucing
Menangis Fang lagi di tepi jalan. Kali ini Rizu pula tepuk-tepuk belakang badan abang angkatnya
Rizu - Kasihan abang Fang. Nanti kita pujuk abang Paizo ok
Fang - Ermm.. ok
Maka, dengan itu, Idoli dan Rizu memujuk Kapten Kaizo supaya bawa Fang ke taman tema. Kaizo setuju sahaja. Keesokan harinya, Fang teruja sangat tetapi akhirnya dia mengamuk kerana abang dia bawa dia ke stesen TAPOPS!
Fang - ABANG! INI BUKAN TAMAN TEMA! INI STESEN TAPOPS!
Kaizo - Kau bayangkan ajelah stesen ni macam taman tema. Macam-macam peralatan teknologi yang menarik ada di dalam stesen ini. Kau boleh main secara percuma di sini! Jimat duit aku!
Fang menangis berguling-guling dan sempat lagi dia mengamuk. Kaizo hiraukan sahaja. Rizu dan Idoli pergi berseronok di sekitar stesen TAPOPS
Fang - I HATE YOU KAPTEN KAIZO!
Padahal dalam hati, dia tak benci pun abang dia. Cuma dia rasa macam nak hempuk kepala abangnya dengan tong gas
-------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top