Soalan
Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo...
Fang - ABANG!
Kaizo - Kau nak apa?
Fang - Adik nak tanya satu soalan dekat abang
Kaizo - Soalan apakah itu? Soalan serius atau soalan merapu kau?
Fang - Soalan serius... abang sebenarnya diet ataupun tidak diet?
Kaizo - Soalan apakah itu? Tiada benda lain ke nak tanya
Fang - Takde
Kaizo - Baiklah.. takde maknanya abang nak berdiet. Aku perlukan tenaga untuk menjalankan sesi latihan tempur. Kalau abang tidak makan ataupun diet, bagaimana aku nak buat kerja-kerja berat. Latihan tempur itu adalah salah satu aktiviti senaman aku.. tapi aku bukan macam kau! BADAN KEDING! KURUS! MAKAN PUN SIKIT AJE! TAPI KALAU DONUT KESAYANGAN KAU TU! KEDEKUT NAK MAMPUS! TAMAK! SEMUANYA KAU PERGI MAKAN SORANG-SORANG!
Fang - Yelah yelah, adik ni keding, kurus.. tak hebat macam abang
Kaizo - Baru kau nak mengaku yang kau tidak sehebat aku
Fang - Yea abang ku yang terlajak macho. Adik akui, abang memang hebat
Kaizo - Bagus, bagus... kau tu lalang, tiup dengan angin aje.. terus melayang
Fang - Yelah abang.. abang yang gagah berani bagaikan gunung. Angin tiup pun, abang tetap berdiri dengan gahnya dan rambut abang tetap kekal walaupun ditiup angin. Adik ada satu lagi soalan.. berapa lama abang nak siapkan gaya rambut itik abang tu? mesti banyak gel rambut yang abang gunakan
Kaizo - Kau nak tahu kenapa?
Fang - Saja... tengok rambut adik, hanya 1 jam sahaja untuk siapkan. Abang punya mesti berjam-jam nak siapkan
Kaizo - Itu kau tak perlu tahu.. yang penting, rambut abang ni bergaya dan sesuai dengan kehebatan abang
Fang - Betul tu abang! Gaya rambut cacak adalah yang terbaik daripada yang terbaik.. HIDUP RAMBUT CACAK!
Kaizo - Suka hati kaulah.. abang nak pergi basuh rambut, lepas tu tidur.. esok ada sesi latihan lagi
Fang - Adik pun nak pergi basuh rambut jugalah... kebersihan rambut itu adalah penting supaya rambut kita sihat dan bergaya! Oh yea abang, shampoo rambut abang dah habis sebab tadi adik guna untuk basuh bulu-bulu kucing kita. Bulu dia orang lembut.. heheheee
Kaizo - PANGGGG!
Fang lari keluar dari rumah kerana tidak sanggup melihat abang dia mengamuk. Hehehee..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top