Sesuatu yang Baru

Pada suatu hari, Kaizo rasa pelik melihat adiknya berguling-guling di atas lantai rumah

Kaizo - Pang, kau tengah buat apa tu? kau dah buang tabiat ke?

Fang - Mana ada abang.. adik tengah bersenam ni

Kaizo - Bersenam apa berguling-guling dekat lantai! Tak pernah aku nampak sebelum ini

Fang terus bangunkan diri dia

Fang - Itulah abang.. tak pernah nak cuba senaman baru..

Kaizo - AJARAN SESAT APAKAH INI!

Fang - Mana ada ajaran sesat! ini senaman barulah! Kawan adik yang ajar

Kaizo - Kawan mana satu yang ajar kau?

Fang - Kalau adik beritahu, mesti abang akan hentam dia sebab mengajar adik ajaran sesat

Kaizo - Pandai kau meneka.. baiklah, kau boleh teruskan dengan senaman ini dan aku pula, akan mencuba sesuatu yang baru

Fang - Bagus abang, semoga ianya akan bermanfaat untuk diri abang

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, mata Fang terkebil-kebil melihat penampilan abangnya

Fang - ABANG! APA ABANG BUAT NI?

Kaizo - Kenapa? Kau tak suka ke abang masuk kelas ballerina

Fang - TAKDE KELAS LAIN KE ABANG NAK MASUK? Seperti Yoga ke, karate ke, silat ke.. tak pun masuk kelas bola sepak.. TAPI APASAL KELAS BALLET JUGA YANG ABANG PERGI MASUK!

Kaizo - Dah kau kata abang kena cuba sesuatu yang baru.. yang lain-lain tu, abang sendiri pernah cuba tapi abang belum lagi cuba ballet

Fang - Abang! JANGANLAH BUAT LAWAK!

Kaizo - Abang tak buat lawak.. malah, abang sendiri tak pandai nak berlawak! Jadi, kau jangan nak halang aku untuk menyertai kelas ballet ini! Dan abang tidak akan ganggu kau untuk buat senaman pelik kau!

Fang - Abangg! UWAAA! ADIK JANJI, ADIK TIDAK AKAN LAKUKAN SENAMAN PELIK LAGI! INI SEMUA SI PELIK YANG AJAR ADIK! DIA YANG BAGI AJARAN SESAT DEKAT ADIK! Dia cakap, senaman guling ini adalah boleh dikatakan teknik berguling untuk menggelakan diri daripada serangan musuh. Dia cakap lagi, kalau adik berlatih setiap hari.. mesti akan laju gulingan adik dan juga senaman ini bagus untuk kesihatan adik! Boleh kurangkan lemak-lemak adik

Kaizo - Dengan si pelik tu juga kau boleh terpengaruh? KAU NI KENAPA?

Fang - Dah kata, nak cuba sesuatu yang baru.. adik cubalah. Manalah tahu apa yang dia cakap tu, memang betul ke

Kaizo - Hmm.. baiklah, abang tidak akan menyertai kelas ballet itu tapi dengan satu syarat.. kau tidak boleh lakukan senaman pelik lagi

Fang - Baik abang! Dan untuk pastikan abang tidak akan sertai kelas ballet buat selama-lamanya.. adik akan layan abang macam seorang putera selama seminggu. Adik akan pergi buatkan sup lobak merah untuk abang sekarang juga! Abang rehat sahaja ok.. duduk dekat kerusi ni, sambil layan tv ke, baca novel ke.. tak pun abang tidur, rehatkan mata tu.. hehehee

Fang terus lari masuk ke dalam dapur. Secara senyap, Kaizo menghantar mesej kepada Lily untuk mengucapkan terima kasih kerana rancangan ini berjaya. Ini semua adalah rancangan Kaizo sendiri. Paksa Lily menyuruh Fang buat senaman pelik, selepas itu adik dia akan buat senaman itu di depan Kaizo dan seterusnya, Kaizo akan berpura-pura ingin pergi ke kelas ballet, semata-mata untuk membuat adiknya rasa malu dan akan suruh Kaizo hentikan kegilaan itu. Kasihan Fang, kena buli lagi dengan abang dia

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top