Seram

Pada suatu hari, sedang Kaizo sibuk membaca novel cerita seram, datanglah seorang budak lelaki yang bernama Fang untuk menganggu abang dia..

Fang - ABANG!

Kaizo - Kau nak apa?

Fang - Abang sayang adik tak?

Kaizo - Mestilah sayang.. kau ingat aku tak sayang

Fang - Hehehe... terima kasih abang

Lalu Fang pergi. 5 minit kemudian, dia muncul balik

Fang - ABANG!

Kaizo - Kau nak apa lagi?

Fang - Abang rindu adik tak?

Kaizo - Tak

Fang - Kenapa abang tak rindukan adik?

Kaizo - Sebab kau sentiasa ada dekat sini untuk menganggu kehidupan aku! JADI AKU BALAS BALIK DENGAN MEMBULI KAU SEPANJANG MASA!

Fang - Ohhhh... terima kasih abang

Lalu Fang pergi balik entah ke mana. 5 minit kemudian dia muncul kembali di sebelah abangnya

Fang - ABANG!

Kaizo - KAU NAK APA LAGI? ASYIK NAK GANGGU KETENANGAN ABANG SAHAJA!

Fang - Seperti yang abang katakan tadi, saja jea nak ganggu abang.. hehehehe

Kaizo - Itu sahaja yang ingin kau katakan?

Fang - Yea, itu sahaja

Lalu Fang masuk ke dalam dapur dan tinggalkan abangnya di ruang tamu. Kaizo sambung balik membaca novel cerita seram tetapi 5 minit kemudian

Fang - ABANG!

Kaizo - KAU NAK APA LAGI, PANG? NAK KENA PELEMPANG KE? ATAU KAU TENGAH TAK BETUL HARI NI?

Fang - Errr... adik lupa kenapa adik panggil abang

Kaizo - Kau ni memang nak kena dengan aku. SUDAH! JANGAN NAK GANGGU AKU LAGI!

Fang - Yelah abang ku, kapten ku, idola ku, pembuli ku.. adik pergi sambung buat kerja balik.. nanti adik datang balik

Kaizo rasa lega sedikit apabila melihat adiknya sudah kembali ke dalam dapur. Lalu dia sambung balik membaca novel seram. yang menyeram sehingga membuat dia tidak berhenti membaca. 10 minit kemudian, tiada gangguan daripada adiknya. Kaizo rasa lega tetapi hati dia berdebar-debar membaca novel seramnya. Ketika itu, cerita itu sudah sampai tahap mengejutkan sehinggalah...

Fang - HANTU PUAKA JEMBALANG NAK TAKUTKAN KITA!

Kaizo terkejut dengan jeritan adiknya sehingga dia melambung buku novelnya dan secara tidak sengaja, dia mencantas novel tersebut dengan pedang tenaganya

Fang - Aiyooo... apa abang sudah buat

Kaizo - YANG KAU PERGI MENJERIT DAN GANGGU AKU KENAPA?

Fang - Sebab hantu tu nak muncul dah, jadi adik menjerit sebab seram baca novel tu..

Kaizo - Kau sudah baca novel tu ke?

Fang - Takdelah, adik baca sekali dengan abang. Adik ada dekat belakang abang tapi abang sahaja yang tak sedar. Jadi adik join sekali baca novel tu.. hehehe

Kaizo - Oh.. kau curi-curi baca tanpa pengetahuan aku

Fang - Ha ah.. hehee.. abang marah ke?

Kaizo - Tak, abang tak marah tapi...

Fang menelan ludah ketika dia melihat wajah abangnya berubah menjadi menakutkan. Dia berundur sedikit demi sedikit untuk selamatkan dirinya daripada abang dia

Fang - ADIK LARI DULU SEBAB MUKA ABANG NAMPAK MACAM HANTU!

Kaizo - APA KAU CAKAP! AKU AKAN HUKUM KAU! PEDANG TENAGA!

Fang - TIDAKKKKK! Kenapalah aku asyik kena hukuman dari abang aku sahaja... apalah nasib aku ni

Lily - Isk isk.. sudah nasib badan.. Lily pun kena hukuman juga

Boboiboy - Samalah dengan aku

Gopal - Jangan lupa aku sekali

Fang - Aik, apasal korang kena hukuman dari abang aku tu?

Lily - Hehehee.. sebab kita orang ganggu abang Kaizo tadi.. dia syok sangat baca buku seram, lepas tu kita orang ganggu dengan kebisingan kita orang yang sedang seronok sangat main video game!

Fang - Oh.. patutlah aku tengok rumah sunyi aje tadi... ingatkan korang tak nak datang sini, rupanya korang pun kena hukuman juga, macam aku

Kaizo - Betul tu! SEKARANG KITA MULAKAN LATIHAN TEMPUR VERSI HANTU! MUAHAHAHAHAHAHAA!

Fang, Boboiboy, Gopal dan Lily - TIDAKKKKKK! Abang Kaizo sungguh menyeramkan...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top