Selfie
Pada suatu hari di kedai pakaian
Kaizo - PANGG!
Fang - Yea abang ku yang terlajak kacak
Kaizo - Cuba baju ungu ni...
Fang - Abang ajelah yang cuba.. adik nak berselfie dengan donut lobak merah ni *Fang tunjuk iphone dan donut lobak merah kepada abang dia*
Kaizo - MANA KAU DAPAT DUIT NAK BELI PHONE NI?
Fang - Adik guna kad kredit abanglah untuk beli phone ni. Bolehlah adik berselfie, lepas tu boleh post dekat instagram dan adik akan menjadi lebih popular daripada Boboiboy! HAHAHAHAAAAA!
Kaizo - Sah adik aku ni hantu popular *bisik Kaizo* KAU GUNA KAD KREDIT ABANG! KAU NI MEMANG NAK CARI PASAL DENGAN AKU! KAD KREDIT TU HANYA UNTUK KEGUNAAN ABANG SAHAJA! BUKAN UNTUK DIRI KAU! SEBAB AKU TAHU KAU AKAN BELI BENDA MERAPU DAN BUAT KERJA MERAPU! KAU NAK KENA HUKUMAN LATIHAN TEMPUR KE?
Fang - NAK NAK! Boleh adik berselfie sekali sambil kena hukuman latihan tempur. Abang pun boleh berselfie juga, badan abangkan macho kalau tak pakai baju. Boleh bergaya sambil pegang pedang tenaga abang tu. Mesti abang akan menjadi popular! Mesti ramai peminat abang yang pengsan melihat abang ku yang terlajak macho. Kitakan adik beradik paling kacak di planet bumi ini!
Kaizo ketuk kepala adiknya yang serba tak betul itu tapi Fang sempat lagi berselfie dengan muka bengang abangnya. Selepas itu, Fang berselfie sambil dikejar oleh abangnya dan akhir sekali, dia berselfie sambil kena hukuman latihan tempur
Kaizo - NAIK STRESS AKU DENGAN LANDAK SEEKOR NI! Tengok! Diri aku sudah terkena dengan virus si kerepek pisang
Jauh dari situ
Lily - ACHUUUUMMMM! Ni mesti abang Kaizo tengah kutuk Lily. Apalah dia tengah kutuk tu yea... *fikir Lily seorang diri di dalam bilik sambil melihat bulan, dia terbayangkan ada muka Boboiboy dekat bulan tu* Oh Boboiboy ku... apalah kau tengah buat sekarang ni
Jauh dari rumah Lily
Boboiboy - ACHUUUMMM! Siapa pula sebut pasal aku ni.. mesti Fang tengah fikirkan macam mana nak jadi lebih popular daripada aku.. tak habis-habis betul dengan popular dia tu *Dia terus sambung buat kerja sekolah*
Di kapal angkasa
Fang - ACHUUUMMMMMM! *Sempat lagi nak berselfie* Abang! Kejar adik lagi, adik nak bersefie lagi!
Kaizo - PEDANG TENAGA! *Terus hancur iphone itu* MARI SINI KAU! ASYIK NAK CARI PASAL SAHAJA! LEPAS TU NAK BAGI AKU NAIK STRESS *Kaizo terus sekeh kepala dia* Apa nak jadi dengan kau ni hah! Hantu mambang mana yang sudah merasuk diri kau?
Fang - Maafkan adik! Adik nak jadi popular aje tapi abang pergi hancurkan iphone tu. Tak sempat adik nak save gambar semua dalam laptop, lepas adik dah save.. barulah abang boleh hancurkan phone tu tapi abang sudah hancurkan phone tu dulu... *Kaizo tetap sekeh kepala adik dia* Abang ku bengong tahap 10! *Kaizo sekeh lagi kuat sebab panggil dia bengong*
Kaizo - Kau ingat aku kisah! AMBIK NI LAGI!
Kaizo apa kisah, janji dia dapat hukum adik dia tiap-tiap hari. Fang menangis sambil melihat iphone dia yang sudah kena cantas dan kepala dia masih lagi kena sekeh. Lahap yang ada di situ, terus rakamkan Fang kena sekeh dengan abangnya. Lalu Lahap pergi hantar video tersebut di Spacebook dan juga di Instagram. Aik, Lahap pun ada instagram? Pelik pelik...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top