Selamat Tinggal?

Pada suatu hari, di luar rumah Kaizo dan Fang

Boboiboy - Haih, sudah seminggu Fang menghilangkan diri

Gopal - Bukan Fang seorang sahaja, abang dia sekali pun hilang juga

Yaya - Tak kan lah dia orang menghilangkan diri. Mesti dia orang ada misi tu

Ying - Misi yang tak perlukan kami ke?

Boboiboy - Mungkin.. tapi aku risau Fang dan abang Kaizo akan tinggalkan kita orang buat selama-lamanya kerana misi dia orang tu

Gopal - Kalau mereka pergi selama-lamanya, JANGAN LUPAKAN KAMI FANG! INGAT! KAMI NI KAWAN BAIK KAU!

Yaya - Aku berharap mereka akan menghubungi kita orang di sini

Ying - Apalah si rambut cacak tu, langsung tak beritahu kami apa-apa pun. Terus tinggalkan bumi senyap-senyap

Boboiboy - Hmmm.. tau takpe Ying. Ucapan selamat tinggal pun tiada

Lily - Siapa yang kena tinggal?

Gopal - Oh Lily.. si Fang tu lah, tinggalkan kami selama-lamanya

Lily - WHAT?! LA-LANDAK DAH TIADA?

Yaya - Yea, dia sudah tiada

Lily - WHAT?! Landak pergi selama-lamanya?

Boboiboy - Yea Lily, landak.. eh, maksud aku Fang tinggalkan kami buat selama-lamanya

Lily - UWAAAA! LANDAK! Siapa yang bunuh landak ni?

Ying - Haiyaa.. tiada siapa yang bunuh si landak tu lah

Lily - Ohh.. hehehe.. ingatkan landak dah K.O rupanya bukan. Landak pergi mana? Si kapten itik hot pun tiada juga ke?

Boboiboy - Abang Kaizo pun takde juga

Lily - Lily is sedih! UWAAAAAAA! Dengan siapa lagi Lily nak kacau kalau bukan dua beradik alien tu? Siapa lagi nak huru-harakan mereka jikalau bukan Lily? WHYYYYY?!

Faye - Ke-kenapa Lily menangis ni?

Yaya - EH Faye! Mana si Fang dan abang Kaizo pergi?

Faye - Entah. Aku bangun pagi aje, dia orang dah takde. Seminggu juga aku duduk rumah sorang-sorang. Aku cuba hubungi dia orang tapi tak dapat

Boboiboy - Ini mesti misi penting sampai tak dapat dihubungi langsung tapi... kenapa dia orang tak minta bantuan daripada kita?

Yaya - Mungkin misi ini tidak perlu ramai orang. Kita bersangka baik sahajalah

Ying - Aiyaa... apasal si Lily ni menangis lagi?

Lily - Se-sebab kita tidak tahu berapa lama lagi mereka akan kembali ke sini. Oh landak! Jangan lupakan kami di sini! Selamat tinggal landak! Korang tak kan rindukan landak! Hehehehe.. JUST KIDDING! Kita orang akan rindukan landak yang suka mengamuk tu

Fang - Apasal tiba-tiba nak rindukan aku pula?

Semua pusing kebelakang. Mata mereka terkebil-kebil melihat kemunculan Fang dan Kaizo secara tiba-tiba

Kaizo - Aku masuk dulu (Sebenarnya dia nak elakkan diri dari drama adiknya sebentar nanti)

Boboiboy - FANG! KAU SUDAH KEMBALI! Bagaimana dengan misi kau? Ok ke?

Fang - Misi?

Gopal - Yelah, mestilah kau pergi jalankan misi dengan abang kau. Sampai seminggu kau tinggalkan kita orang tanpa khabar

Fang - Aku bukan pergi misi lah

Yaya - Habis tu, kau pergi mana? Balik kampung tanpa Faye ke?

Faye - Hah! Kau balik rumah atuk dan nenek tanpa aku!

Fang - BUKANLAH! Aku bukan balik kampung. Aku pergi menjejaki kapal kedai donut bergerak! Kerana mereka selalu berpindah ke sana sini tanpa memberitahu para pelanggan dia! Jadi aku dan abang aku cari kedai donut itu sampai dapat! Akhirnya! AKU DAPAT DONUT LOBAK MERAH AKU! HAHAHAHAHAHA! EH, apasal korang tengok aku macam tu?

Boboiboy - KITA ORANG MARAH SEBAB RISAU TENTANG KAU DAN ABANG KAU. TIBA-TIBA MENGHILANGKAN DIRI TANPA BERITAHU KAMI SEMUA! RUPA-RUPANYA KAU PERGI SEBAB DONUT? SEBAB DONUT LOBAK MERAH KAU TU!

Lily - Lily membazirkan air mata sebab si landak ni?! TIDAKKKK! SERANG SI LANDAK GORENG NI!

Gopal - AMBIL DONUT LOBAK MERAH DIA!

Fang - ERK?!

Yaya & Ying - SERANG DIA!

Faye - Nasib kau lah Fang.. hehehehe.. maaf aku tak dapat nak tolong kali ini

Fang melarikan diri tetapi pecahan Boboiboy dapat mengejar sang alien itu. Habis dia kena belasah dan donut lobak merah dia pula, telah dirampas oleh Gopal. Setiap seorang dapat makan donut tersebut dan tiada satu pun yang tinggal. Menangis Fang kerana donut lobak merah dia sudah tiada. Kaizo yang berada didalam rumah, cepat habiskan donut dia sebelum adiknya tiba

------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf sebab lambat update :P


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top