Sambungan Lily
Pada suatu hari, Kaizo sedang jalankan siasatan tentang kapal angkasa adiknya. Sesi siasatan itu diadakan di halaman rumah dia. Kaizo sedang duduk di atas kerusi sambil menunggu kedatangan suspek pertama dia. Di hadapan dia terdapat sebuah meja dan sebuah kerusi kosong. Suspek pertama dia sudah pun tiba iaitu Gopal
Kaizo - Duduk
Gopal terus duduk selepas sahaja diberikan arahan
Kaizo - Aku tahu kau ni budak nakal. Kau dan adik aku suka sangat buat nakal tapi kau juga selalu jadi mangsa keamukan adik aku
Gopal - Betul tu abang Kaizo! Entah apa masalah dia dengan saya. Asyik saya sahaja jadi mangsa dia. Apalah salah saya ni. Abang Kaizo kena tegur dia tu. Asyik nak mengamuk aje
Kaizo - Tapi kita bukan hendak bincangkan tentang masalah adik aku. Aku panggil kau sebab aku nak siasat, siapa yang letak gambar si pelik banyak-banyak dekat kapal angkasa adik aku? Dan kenapa kau tak jalankan misi pada hari itu?
Gopal - Errr.. sebab hari tu saya sibuk sangat tolong Amma dan Appa saya dekat rumah
Terus Gopal tersengih. Lalu dia berkata lagi
Gopal - Tapi yang pasti, bukan saya yang buat!
Appa - Dey! Bila masa kamu tolong Appa dan Amma dekat rumah? Kalau Kapten Kaizo nak tahu, dia sibuk main video game dari siang ke malam
Gopal - ERK?! Bila masa Appa ada dekat sini?
Kaizo. - Saya panggil ayah kau untuk sahihkan cerita kau tapi sebenarnya rekaan sahaja. Hukuman latihan tempur!
Gopal - Janganlah abang Kaizo! Saya masa tu cuma tak dengar panggilan dari Komander Kokoci. Janganlah hukum saya
Kaizo - Rayuan kau ditolak! Pergi masuk rumah aku tu dan jangan buat hal
Gopal masuk ke dalam rumah dengan muka sedih. Ayah Gopal sudah boleh pulang ke rumah. Seterusnya adalah giliran Boboiboy. Robot kuning dia ada bersama dengan dia
Kaizo - Kau budak baik dan seorang super hero di bumi ini
Boboiboy - Betul tu abang Kaizo! Tapi bukan saya yang buat. Lagipun saya bukan seorang yang nakal seperti Gopal dan Fang
Kaizo - Yea itu aku tahu. Cuma aku tahu, apa kau buat selepas sahaja pulang dari misi?
Boboiboy - Saya balik ke rumah. Lepas tu saya tidur sebab terlampau penat sangat
Ochobot - Betul tu Kapten Kaizo. Saya adalah saksi dia
Kaizo - Baiklah. Kau dan Ochobot boleh masuk ke dalam rumah. Ada air kosong aku telah sediakan tapi kalau nak makan, order sendiri dan guna duit sendiri
Boboiboy - Baik abang Kaizo
Seterusnya adalah Yaya
Yaya - Malam tu saya buat biskut. Saya ada bawa biskut baru saya. Abang Kaizo mahu cuba?
Kaizo - Hmm.. takpelah. Lagipun aku tak makan biskut. Kau boleh masuk
Yaya - Eh, betul ke? Takde soalan apa-apa untuk saya?
Kaizo - Tiada. Lagipun kau bukan budak nakal dan seseorang yang bertanggungjawab
Yaya - Terima kasih!
Selepas sahaja Yaya masuk ke dalam rumah, giliran Ying pula disoal siasat
Kaizo - Kau seperti kawan baik kau juga, si Yaya
Ying - Betul tu maaa... saya bukan budak nakal maa.. selalunya yang nakal tu, si Gopal dan si Fang tu
Kaizo - Bagus. Sebelum kau dibenarkan masuk, apa yang kau buat pada malam itu?
Ying - Saya jaga nenek saya sahaja. Takde pergi mana-mana
Kaizo - Bagus. Kau boleh masuk ke dalam
Seterusnya adalah Faye
Faye - Sebelum abang Kaizo soalan siasat. Faye nak beritahu bahawa Faye tiada di sini pada malam itu! Faye ada di rumah atuk dan nenek
Kaizo - Betul ke? Kau tak curi-curi balik ke sini dan pergi letak gambar si pelik tu banyak-banyak dekat kapal angkasa Pang?
Faye - Tak. Tapi tak kan abang Kaizo tak tahu perangai Faye macam mana. Faye kan budak baik. Takde maknanya Faye nak buat benda-benda macam ni. Selalunya si Gopal atau Fang yang suka buat nakal
Kaizo - Hmmm.. betul kata kau tapi cerita Gopal telah disahihkan oleh ayah dia sendiri. Si Pang pula, buat apa dia nak letak gambar si kerepek pisang tu dekat kapal angkasa dia sendiri
Faye - Jadi bukan mereka berdua. Faye masuk dulu ok
Kaizo - Masuklah
Selepas sahaja Faye beredar dari situ, giliran Bella pula
Kaizo - Aku di fahamkan kau suka cari gaduh dengan adik aku si Pang tu
Bella - Betul
Kaizo. - Jadi, apakah ini kerja kau?
Bella - Tak betul! Walapun diri saya suka sangat cari pasal dengan si kentang goreng tu tapi percayalah, itu bukan saya yang buat
Kaizo - Baiklah. Aku percayakan kau
Bella - Terima kasih
Kaizo - Kau boleh masuk tapi jangan nak bergaduh dengan adik aku
Bella - Dia ada dekat dalam?
Kaizo - Yea
Bella terus beredar dari situ. Muncul pula Emmy, Idoli dan Rizu
Emmy - Kami bertiga innocent
Rizu - Betul betul! Pizu tak reti buat nakal
Kaizo - Korang bertiga boleh masuk
Emmy, Idoli dan Rizu - TERIMA KASIH!
Seterusnya adalah Lily
Kaizo - Kau.. kau sangat mencurigakan
Lily - ERK?! Ta-tapi bukan Lily yang buat
Kaizo - Boleh percaya ke? Gambar kau yang tertera dekat kapal angkasa adik aku
Lily - Tapi itu bukan kerja Lily... UWAAAA! Walaupun Lily ni pelik, tapi Lily tak pernah tampal gambar Lily dekat kapal angkasa si landak. Kalau dekat bilik BBB-CHAN, itu baru kerja Lily.. hehehe..
Kaizo - Hmmm... baiklah tapi kau tetap suspek utama aku
Lily - Hehehehe
Kaizo - Kau boleh masuk
Lalu Lily lari masuk ke dalam rumah. Kaizo sudah tiada suspek lagi. Lalu dia terfikirkan tentang Adudu dan Probe. Rasanya bukan mereka. Adudu tidak akan bukan kerja itu. Adudu hanya fikirkan jalan untuk kalahkan Boboiboy sahaja. Kaizo bangun dari situ dan terus masuk ke dalam rumah dia
Fang - Macam mana? Sudah ada suspek kita. Ini mesti kerja si pelik kan kan kan
Kaizo - Aku masih siasat lagi tapi aku kena cari bukti
Boboiboy - Dekat mana kita nak cari bukti, abang Kaizo?
Kaizo - Itu kau tak perlu risau. Aku akan cari sampai dapat
Ochobot - Kalau begitu, biar saya tolong Kapten Kaizo
Kaizo - Terima kasih
Ochobot - Adeh, sakit pula kepala aku ni
Kaizo - Kenapa dengan Ochobot?
Boboiboy - Entahlah abang Kaizo. Dia asyik mengadu sakit kepala sahaja
Kaizo - Semenjak bila kepala dia sakit?
Lily - Robot pun boleh rasa sakit? Memelikkan
Ochobot - Rasa macam wayar tak betul dalam badan aku ni. Macam ada benda rosak
Emmy - Biar Emmy periksa dalam badan robot kuning
Ochobot terbang ke arah Emmy. Lalu si gadis kecil itu memeriksa di bahagian dalaman Ochobot. Sedang dia asyik periksa Ochobot, muncul satu skrin kecil di hadapan mereka. Ianya dipacarkan dari mata Ochobot
Emmy - Eh, ini memori Ochobot
Mereka semua menonton memori Ochobot. Ada suatu ketika, Boboiboy sedang nyenyak tidur. Tiba-tiba sahaja, tanpa dia sedar. Boboiboy berpecah kepada tiga iaitu Taufan, Blaze dan Thorn
Kaizo - Kenapa boleh jadi macam tu?
Boboiboy - Entahlah.. saya pun tak sedar saya berpecah kepada tiga semasa saya sedang tidur
Fang - Ini macam kes Boboiboy Api dulu
Mereka sambung menonton. Taufan, Blaze dan Thorn keluar dari rumah itu untuk bersuka ria. Ochobot cuba menghalang mereka tetapi gagal. Lalu dia mengikuti mereka. Dia hanya mahu pastikan mereka tidak huru-harakan kawasan perumahan itu. Boboiboy tersengih sahaja sambil melihat memori Ochobot. 10 minit kemudian, pecahan Boboiboy berada di luar rumah Fang. Mereka sangat teruja melihat kapal angkasa milik Fang
Blaze - Wei, aku dengar nama kapal angkasa ni ialah Lily
Thorn - Lily? WAH! SAMA NAMA DENGAN KAWAN BAIK AKU SI LILY TU!
Taufan - Entah-entah Fang sebenarnya ada hati dekat si Lily tu.. hehehee
Blaze - Wei, jom kita hias kapal angkasa ni dengan gambar Lily
Thorn dan Taufan - JOM!
Semasa mereka tampal gambar-gambar Lily di kapal angkasa. Tiba-tiba Blaze menjadi terlampau suka sehingga dia keluarkan bola api. Mereka bermain-main seketika. Tanpa disedari, kepala Ochobot terkena sesuatu yang sangat kuat. Semenjak itu, kepala Ochobot seperti rosak ataupun sakit. Mata Kaizo terus melirik ke arah Boboiboy. Bayang-bayang hitam Fang sudah timbul di sekeliling badan dia. Boboiboy menelan ludah. Dia tidak sangka pula pecahan dia yang buat begitu. Kawan-kawan dia terus alihkan perhatian mereka ke arah dirinya
Boboiboy - Wei wei.. janganlah tengok aku macam tu
Kaizo - Jadi kau memang tak sedar langsung?
Fang - Atau kau sebenarnya hanya gunakan mereka untuk buat kerja nakal kau?
Lily - BBB-CHAN yang buat? Hati Lily sangat kecewa dengan BBB-CHAN.. UWAAAAAAA!
Boboiboy - Serius aku tak tahu langsung pasal perkara ni. Aku semenjak banyak sangat misi, aku langsung takde peluang nak berehat
Fang - ABANG! KITA BERIKAN HUKUMAN LATIHAN TEMPUR DEKAT DIA!
Gopal - Betul! Aku setuju!
Boboiboy - Kau pun nak join sekali
Gopal - Hehehehe..
Kaizo - Baiklah, hukuman latihan tempur untuk Boboiboy dan juga GOPAL
Gopal - Kenapa saya juga yang kena?
Kaizo - Sebab kau tidak jalankan misi dan juga TIDAK MENJAWAB PANGGILAN KOMANDER KOKOCI!
Boboiboy dan Gopal sudah larikan diri kerana Kapten Kaizo sudah keluarkan pedang tenaga dia. Fang tidak berbuat apa kerana dia puas hati mereka dikejar oleh abang dia sendiri. Lalu dia belanja kawan-kawan dia dengan makanan sedap. Boboiboy dan Gopal pula. Mereka sudah dibawa ke sebuah planet lain untuk jalankan hukuman latihan tempur dengan makhluk-makhluk gerun
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top