Puji
Pada suatu hari, di kapal angkasa
Fang - ABANG!
Kaizo - Kau nak apa, Pang?
Fang - Adik tak puas hati dengan abang!
Kaizo - Apa yang kau tak puas hati tu?
Fang - Kenapa abang suka sangat puji si Boboiboy tu tapi dekat adik... satu pujian pun takde! Sampai hati abang buat begitu dekat adik
Kaizo - Abang pernah bagi pujian dekat kau.. abang puji kau sebab kau dapat kuasa baru
Fang - Itu aje yang adik dapat tapi abang langsung takde pun nak cakap adik ni hebat.. asyik si Boboiboy tu aje.. sedih hati adik
Kaizo - Apa-apa ajelah kau ni
Fang terus duduk mencangkung sambil peluk lutut dia. Kuasa bayang Fang mula keluarkan awan-awan hitam. Kaizo sedikit pun tidak rasa simpati dengan adiknya. Dia hanya perhatikan sahaja
Kaizo - Yelah.. kalau kau nak sangat abang puji... kau memang hebat tetapi kuasa aku lebih hebat daripada kau
Fang tetap dengan kedudukan dia. Hati dia bertambah menjadi sedih
Kaizo - Tak nak pulak dengan pujian dari aku tadi tu... hmmm... YELAH YELAH! Kau tu sama hebat dengan aku. Tiada siapa dapat mempersoalkan jam kuasa yang terhebat di seluruh galaxy. Kuasa kau pun mampu kalahkan kuasa aku
Fang - Betul ni? Terima kasih abang kerana berikan pujian itu.. tapi.. itu puji ikhlas ke atau tak ikhlas
Kaizo - Puji tak ikhlas
Fang - ABANG! ABANG SEORANG KAPTEN YANG TIADA PERASAAN!
Fang mula mengamuk di dalam kapal angkasa
Kaizo - Aku dah bagi puji, nak mengamuk pulak
Lahap - Dah tu, kapten bagi puji yang tak ikhlas dekat si Pang tu. Cubalah kapten memahami perasaan dia
Kaizo - Yelah... kau pergi beli 10 dozen donut lobak merah dan berikan kepada dia
Lahap - Baik kapten!
10 minit kemudian, Fang terus tenang kerana mendapat makanan kegemaran dia iaitu donut lobak merah
Kaizo - Bagus Lahap... bagus.. kau memang leftenan aku yang paling berguna sekali tapi jangan beritahu dia yang aku puji kau. Dia tengah tenang dalam 2 minggu, tapi bila sudah selesai 2 minggu tu, kalau dia kembali mengamuk.. kau berikan dia 20 dozen donut lobak merah
Lahap - Hehehee.. baik kapten! Saya nak beritahu kapten bahawa si Pang tu semalam ada guna kad kredit kapten tanpa pengetahuan kapten. Dia telah belanja kawan-kawan dia rollerblade. Setiap seorang dapat.. dia cakap dia orang tengah bosan time-time nak dekat cuti sekolah ni
Kaizo - APA? BERANI DIA GUNA KAD-
Lahap hulurkan teh hijau dan sup lobak merah kepada kapten dia
Kaizo - Ketenangan... lain kali ajelah aku mengamuk dekat adik aku tu.. bagi aku bertenang sekejap
Lahap - Hehehee... dah kata perangai adik beradik alien ni sama sahaja... bolehlah aku buat begini selalu.. heheheee
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top