Populariti
Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo
Lily - Kenapa landak menangis tak berlagu ni?
Fang - Kalau kau nak tahu.. aku menangis kerana... si Yaya tu, dulu dia ada program Apa Kata Yaya.. lepas tu, sekarang ni dia ada program baru jalan-jalan dekat Jepun, pergi melancong sana sini. Si Boboiboy pula, dia memang dah sah-sah watak paling utama dekat dalam Boboiboy galaxy. Gopal dan Ying pula, dia orang sentiasa ada semasa dia orang pergi berseronok dan aku pula... sentiasa tiada. Mana tak sedih dengan kehidupan aku ni.. Abang aku pula. Semenjak dia menyamar jadi abang Kassim, makin ramai pula sukakan watak abang Kassim tu, siap ada produk sabun lagi dan aku pula... macam dilupai
Lily - Kasihan landak
Fang - Memang kasihan pun. Apa boleh buat.. aku ni nak popular tapi popularity aku hanya suku-suku sahaja
Lily - Sabar ajelah wahai landak
Fang - Memang tengah sabar ni tapi dalam hati ni, rasa macam nak mengamuk sebab tak puas hati. Apa yang aku boleh buat? dan kenapa aku nak minta nasihat daripada kau pula wahai si pelik
Lily - Hehehehe! Jangan risau landak! Landak hanya perlu dengar nasihat daripada yang pakar iaitu LILY!
Fang - Apasal aku kena dengar nasihat daripada kau?
Lily - Sebab Lily pun popular juga! Landak tak tahu ke Lily ada peminat tersendiri! Ramai yang suka dengan kepelikan Lily!
Fang - Kau nak bagi nasihat yang merepek ke?
Lily - Ini bukan nasihat merepek.. ini adalah nasihat kebenaran daripada cikgu kebenaran! Cikgu Papa Zola ajar Lily bahawa populariti bukanlah segalanya
Fang - Apa yang segalanya?
Lily - Iaitu personaliti adalah segalanya. Kalau landak friendly macam Lily.. mesti ramai yang suka
Fang - Tapi ramai aje yang suka aku sebab aku lebih bergaya, lebih hebat dan juga lebih pandai daripada si Boboiboy tu! Hahahaha
Lily - Itulah landak, jangan terlalu yakin sangat.. BBB-CHAN popular sebab watak dia yang comel sampai hati Lily terpikat dengan kecomelannya
Fang - Hmm.. yelah.. kalau macam tu, aku akan cuba jual makanan iaitu DONUT LOBAK MERAH CIPTAAN AKU SENDIRI! AKU PASTI, POPULARITI AKU AKAN MENINGKAT!
Lily - Good luck landak. Lily nak pergi kacau BBB-CHAN!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya
Fang kemurungan kerana donut lobak merah dia tidak laku kerana sesiapa sahaja yang beli, mesti akan rasa masin. Adakah abang dia pergi bubuh garam satu balang atau dia tersilap letak?
Fang - UWAAAAAAAAAAA!
Kaizo - Kau apahal tiba-tiba menangis?
Fang - Abang letak garam dalam donut adik!
Kaizo - Yea, betul kata kau. Aku cuba sabotaj donut kau supaya populariti kau setakat tahap landak sahaja dan aku pula, biar populariti aku tahap abang Kassim
Fang - ABANGGGGGG! Janganlah sabotaj perniagaan donut adik!
Kaizo - Ala, biarlah abang nak sabotaj pun. Kau tu bukannya ahli perniagaan. Kau tu cuba seekor landak sahaja
Terus Fang menjadi seekor landak di depan mata abangnya. Mata Kaizo membulat besar. Adakah betul adiknya seekor landak? Selama ini adik dia hanya jelmaan manusia alien sahaja? Adik dia sebenarnya adalah landak angkasa?
Kaizo - TIDAKKKK!
Rupanya itu semua hanyalah mimpi sahaja. Kaizo terjaga dari tidurnya. Lalu turun ke bawah dan terus masuk ke dalam dapur rumahnya. Sejurus itu, dia pergi buatkan donut lobak merah supaya adik dia boleh jual nanti. Tanpa disedari olehnya, adik dia iaitu Fang, masuk ke dalam dapur. Dia terkejut melihat betapa rajinnya abang dia membuat donut lobak merah. Fang pula terfikir, adakah abang dia cuba hendak mencuri idea menjual donut lobak merah dan namakan donut itu sebagai donut abang Kassim?
Fang - TIDAKKKKKKKK! ABANG JANGAN CUBA NAK CURI IDEA ADIK! PENGIKAT BAYANG!
Kaizo - ERK! BELAHAN PEDANG TENAGA!
Fang - TUSUKAN JARI BAYANG!
Kaizo - TOLAKAN TENAGA!
Di dalam bilik Idoli
Idoli - Abang.. ambik adik dekat rumah abang Kaizo sebab dia orang tengah berperang. Adik takut! UWAAAAAAAAAAAA!
Faye terpaksa bawa Idoli keluar dari rumah sebab dia rasa tak selamat duduk dalam rumah yang ada peperangan diantara abang dan adik. Dia tunggu sahaja Laksamana Tarung turun ke bumi dan tolong leraikan peperangan adik beradik alien itu.. hehehe...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaf kalau tak best T_T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top