Pekak

Pada suatu hari...

Fang - Abang! SELAMAT HARI JADI ABANG! Nah! Adik bagi hadiah

Kaizo - Hmm... apasal awal sangat kau bagi aku hadiah? Bukan ke hari jadi aku lambat lagi

Fang - Ala, adik saja bagi awal sebab nanti time hari jadi abang, tak perlulah adik bagi hadiah! Jadi, adik ucapkan awal-awal dekat abang sebelum adik lupa nanti time tu!

Kaizo - Kau hari ni kenapa? Nak mula buat perkara merapu ke?

Fang - Apa? Abang nak garpu?

Kaizo - Aku kata MERAPU!

Fang - Hah?! Abang nak makan nasi kerabu guna garpu?

Kaizo - AKU KATA MERAPU! BUKAN GARPU ATAU NASI KERABU!

Fang - APA? ABANG NAK PENYAPU?

Kaizo - KAU NI PEKAK KE?

Fang - Hah?! Abang sakit tekak?

Kaizo - AKU KATA PEKAK! Bila masa aku cakap aku sakit tekak

Fang - Abang pakai cekak?

Kaizo - STRESS AKU MACAM NI!

Fang - Abang nak pakai dress? atau abang nak beli dress untuk kak Lynna?

Kaizo - AKU KATA STRESS!

Fang - Ohhh.. abang nak rest.. kasihan abang. Abang pergilah rehat, abangkan sakit tekak

Kaizo malas hendak melayan adiknya lagi. Dia terus naik ke atas sambil menghentak-hentak kakinya semasa dia menaiki tangga rumahnya. Dia masuk ke dalam bilik dan terus menghempas pintu bilik itu dengan ganas sekali. Fang terus tersenyum lebar sambil menari-nari dengan riangnya kerana berjaya kenakan abang dia. Bersabarlah Kaizo, lain hari boleh kenakan Fang balik.. hehehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top