Nama

Thorn - LILY!

Lily - THORN!

Thorn - Lily! Rindunya saya dekat Lily!

Lily - Lily pun rindukan dekat Thorn juga tapi... hehehe... mana Gempa-chan?

Thorn - Ohh.. Gempa ada dekat tempat persembunyian dia iaitu perpuskataan sekolah. Dia ada pesan dekat saya, jangan beritahu Lily, dekat mana dia berada sekarang ini sebab dia nak larikan diri daripada Lily

Lily - Hehehe.. terima kasih Thorn kerana beritahu informasi yang berguna walaupun hati ku sedikit kecewa

Thorn - Sama-sama!

Lily - Walaupun Thorn ni bendul, tetapi kecomelan Thorn tetap sentiasa comel. Tengoklah muka Thorn yang penuh dengan innocent, mata lebih bulat besar daripada pecahan BBB-CHAN yang lain, hati Lily tetap tak tertarik dengan Thorn. Hati ku tetap dekat Gempa-chan

Fang - Yelah tu, entah-entah jauh dari hati, sebenarnya suka. Cuma kau aje yang tak nak mengaku

Lily - MA-MANA ADA!

Fang - Boleh percaya ke? Wei, apasal korang sibuk dalam tempat aku merapu dengan abang aku! Takde tempat lain ke korang nak munculkan diri

Thorn - Merapu tu apa?

Fang - Merapu tu garpu

Thorn - Ohhhh...

Lily - Isk isk.. sanggup landak mengambil kesempatan si bendul ni untuk mempermainkan dia! Lily akan hentam si landak ni dengan senduk!

Fang - Ala, senduk aje.. bukan pemukul kayu baseball pun

Lily - Ini bukan senduk biasa-biasa tau! Ini adalah senduk yang boleh ketuk kepala landak sebanyak seribu kali. Selain itu, ianya boleh membantu kita untuk mengambil nasi di dalam periuk

Thorn - Wah! dasyat juga penggunaan senduk ni

Fang - Adeh.. sabar ajelah *tepuk dahi sendiri* Wei, kalau korang nak merapu, pergi jauh-jauh. Jangan kacau aku

Lily - Ala landak, bagilah kami peluang untuk merapu juga.. bolehlah landak yang nampak gebu ni.. hehehe.. nanti Lily belanja donut lobak merah

Fang - Hmmm.. baiklah. Aku akan bagi korang merapu dekat sini tapi satu hari sahaja!

Thorn & Lily - YAHOOO! TERIMA KASIH LANDAK!

Thorn - Eh kejap... nama betul Fang ni, memang landak ke? Kadang-kadang tu, saya rasa pelik sebab Kapten Kaizo panggil dia Pang, Lily pula panggil dia landak.. orang lain panggil dia Fang.. mana satu nama betul dia? pening kepala saya

Lily - Nama dia memang panjang, La Fandak La Pang.. hehehe.. itu nama dia

Fang - WOI! Itu bukan nama akulah. Kau jangan nak buat si bendul ni fikir yang bukan-bukan.. nama aku Fang. Bukan landak ataupun Pang

Thorn - Ohhh... jadi panggil Fang ajelah

Fang - Betul tu!

Thorn - OK! Oh yea.. mana Kaizo? Sudah lama tak nampak si comel tu

Fang - Abang aku comel? Kau merapu apa ni

Thorn - Eh, bukan abang kaulah... ala, si itik nama Kaizo. Nama dia kan sama dengan nama Kapten Kaizo

Fang - LILY! KAU AJAR SI BENDUL NI KE?

Lily - Bukan Lily lah! Masa tu, Lily nak kenalkan dia dengan kapten itik hot tapi dia ingat itik tu si abang Kaizo.. hehehe.. jangan salahkan Lily, salahkan si Thorn yang bendul ni

Fang - Adeh... Thorn, nama itik tu ialah LILY bukan KAIZO

Thorn - Eh, nama dia Lily? JADI LILY NI SEBENARNYA IALAH ITIK TU?

Fang & Lily - BUKANLAH!

Fang - Thorn, itik tu memang nama dia Lily tapi dia bukan si pelik tu. Kadang kala aku berharap juga si pelik ni adalah si itik tu.. tapi malangnya tidak. Itik tu telah dinamakan oleh abang aku sendiri. Jadi, kau kena ingat, itik tu nama dia Lily bukan Kaizo dan si pelik ni, nama dia pun Lily juga

Thorn - Ohh.. ok ok... dan nama kau pula ialah Fang bukan landak ataupun Pang

Fang - Hah! Pandai pun kau

Thorn - Terima kasih! Tapi saya takdelah pandai sangat macam Solar ataupun Gempa. Yelah, saya ni pandai cukup-cukup makan aje. Kepandaian saya lebih kurang macam Blaze

Lily - Hehehe... bagus Thorn bagus kerana mengaku diri tu pandai tahap mana

Thorn - Terima kasih!

Kaizo - PANG!

Thorn - KAPTEN ITIK HOT!

Kaizo - Apasal kau pula yang sahut panggilan aku?

Fang - Abang abaikan dia. Anggapkan dia sebagai pokok sahaja

Thorn - Tapi saya bukan pokok.. cuma kuasa saya aje yang boleh keluarkan tumbuh-tumbuhan. Oh yea, bila kapten itik hot nak berubah menjadi seekor itik? Dia orang cerita yang sebenarnya nama Kapten Kaizo adalah Lily bukan Kaizo. Jadi nama kapten adalah kapten Lily!

Fang dan Lily mula menepuk dahi mereka. Manakala Kaizo pula, dahi dia mula berkerut

Kaizo - NAMA AKU KAIZO LAH! AKU KAPTEN KAIZO BUKAN KAPTEN LILY DAN AKU JUGA BUKAN SEEKOR ITIK! ADA JUGA NAK KENA HUKUMAN LATIHAN TEMPUR DARI AKU NI! PEDANG TENAGA!

Fang & Lily - LARI! KAPTEN KAIZO MENGAMUK

Maka dengan itu, Fang dan Lily melarikan diri sambil mengangkat Thorn seperti mengangkat sebatang pokok. Kaizo mula mengejar mereka sambil melibas-libas pedang tenaganya

------------------------------------------------------------------------------------------

Hehehehe....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top