Model

Pada suatu hari, di taman Pulau Rintis

Kaizo - Adudu! Baik kau berambus dari sini sebelum aku belasah kau

Probe - Encik Boss! Encik Boss! Baik kita lari encik boss

Adudu - Ok juga cadangan tu. Kita lari duluuuuu!

Kaizo - PEDANG TENAGA!

Adudu - JANGANLAH SERANG! KAMI NAK LARI LAH NI!

Probe - Adeh.. apalah encik boss ni. Dah pandai berlawan, masih lagi tak dapat tewaskan Kapten Kaizo tu

Adudu - Senyaplah kau. Dia tu ganas. Baik kita lari sebelum dia cincang kita berdua

Probe & Adudu - LARIIIII!

Kaizo - Hmmm... tahu takut dengan pedang tenaga aku ni

Gopal - FUYOOOO! Dasyat betul abang Kaizo ni

Kaizo - Apa yang dasyat?

Gopal - Hehehehe...

Kaizo - Kenapa? Ada benda yang kelakar ke?

Gopal - Eh, mana ada abang Kaizo. Saya cakap dasyat sebab abang Kaizo nampak hebat dengan pedang tenaga yang penuh dengan cahaya tenaga

Kaizo - Ermm.. itu pun kau nak puji

Gopal - Eh, mestilah. Abang Kaizo nampak macam model

Kaizo - Model? Macam ni?

Kaizo buat gaya sedang beraksi dengan pedang tenaganya

Gopal - HAH! Macam tu! *sambil tangkap gambar*

Gopal tidak berputus-putus mengambil gambar Kaizo yang sambil bertukar gayanya. Kaizo membuka jaketnya dan lalu memandang langit dengan gaya begitu cool sekali. Mereka tidak sedar bahawa, mereka dikelilingi oleh para peminat Kaizo, terutama sekali peminat perempuan. Semuanya sedang menjerit nama Kaizo. Ada juga yang mengambil kesempat menangkap gambar Kaizo

Gopal - Lagi abang Kaizo! Lagi!

Kaizo menurut perintah sahaja. Lynna sudah tiba disitu. Muka dia naik merah sebab rasa malu pula melihat Kaizo bergaya seperti seorang model

Lynna - Hantu mana pula yang merasuk Kaizo ni. Adeh..

Fang - Hantu model kot.. hehehehe..

Boboiboy - Haih, ini mesti kerja si Gopal. Orang suruh ambil gambar kita orang pergi berkelah, dia pergi tangkap gambar abang Kaizo pula

Kaizo - KENAPA? TAK BOLEH KE?

Boboiboy - ERK?! Macam mana abang Kaizo boleh dengar?

Kaizo - Sebab telinga aku bukan macam telinga biasa

Fang - Hmmm.. yelah

Kaizo - Gopal! Ambil gambar aku lagi!

Gopal - Tapi saya nak pergi dah. Kami nak pergi berkelah dekat tepi pantai

Lynna - Sudah sudahlah kau jadi model tu. Meh temankan aku makan dekat bandar Pulau Rintis *Sempat lagi Lynna tarik telinga Kaizo*

Gopal - WAH! GAMBAR YANG LEBIH MENARIK!

Bukan takat Gopal sahaja, para peminat Kaizo yang berada di situ juga mengambil gambar Lynna tarik telinga Kaizo. Fang dan Boboiboy hanya mampu tergelak sahaja

Gopal - Ini kalau jual, boleh jadi kaya aku

Kaizo - Kau nak jual gambar aku? PEDANG TENAGA!

Lynna - Eh?! Boleh pulak telinga dia terlepas dari tangan aku

Gopal - Maaf abang Kaizo. Saya tak kan jual gambar-gambar ni.. hehehehe.. saya bergurau aje tadi tu

Kaizo - Bila masa aku tak bagi kau jual. Kalau nak jual pun, letak harga paling mahal!

Boboiboy, Fang dan Lynna menepuk dahi mereka. Gopal pula, dia sudah pengsan

Lynna - Adeh, aku kena betulkan balik si Kaizo ni. Jom Kaizo, kita pergi buru alien jahat dekat angkasa

Kaizo - HAH! Cadangan yang bagus! Gopal, ikut aku pergi buru alien jahat. Kau tangkap gambar aku sedang beraksi nanti!

Fang - Hehehehe.. kasihan kak Lynna. Semoga berjaya kak Lynna

Lynna - Hmmm.. Terima kasih Fang. Boleh pengsan akak macam ni

------------------------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top