Misi
Pada suatu hari, Kaizo kembali ke kapal angkasanya bersama dengan adiknya, Fang
Kaizo - Lahap
Lahap - Yea kapten
Kaizo - Aku ada misi penting untuk kau
Lahap - Misi apa tu kapten? Aku tak pernah dapat misi penting ni
Kaizo - Misi ini sangat penting kerana aku percayakan kau boleh lakukannya dengan terbaik, kau boleh menghadapi misi ini jauh lebih baik daripada adik aku si Pang tu
Lahap - Terima kasih kapten kerana percayakan saya, kapten
Kaizo - Baiklah.. misi kau adalah untuk MENGHABISKAN KESEMUA BISKUT-BISKUT KAWAN BAIK ADIK AKU!
Lahap - BISKUT SEDAP TU!
Fang - Err.. boleh dikatakan begitu
Kaizo - Yea, biskut sedap tu tapi aku tak tahulah sedap ke tak sebab aku tak pernah rasa biskut dia. Aku nak kau habiskan semua biskut tersebut sebab adik aku ni, pergi order banyak-banyak tapi tak makan
Fang - Adik order dari Yaya sebab nak bagi abang makan
Kaizo - Kau tahukan aku tak makan biskut! Bila aku suruh kau habiskan, kau tak nak pulak! Jadi, aku berikan kesemua biskut ini kepada Lahap kerana aku tahu, Lahap peminat nombor satu biskut Yaya
Lahap - Terima kasih kapten.. saya rasa sangat terharu! Saya akan jalankan misi ini dengan segera!
Fang - Haih Lahap ni, biskut yang tak sedap pun kau suka.. adeh.. apa-apa ajelah, asalkan bukan aku yang kena habiskan
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang
Kaizo - Kau pun pergilah tolong Lahap habiskan biskut-biskut tu. Bukan ke kau yang suka makan biskut kawan kau? Order tapi tak makan. Apa perasaan dia nanti bila dapat tau kau tak makan biskut dia tapi simpan aje. Kau nak buat biskut tu jadi perhiasan ke? Kau nak kecewakan hati kawan kau ke?
Fang - Erk?!
Lahap - Hah Pang, meh lah makan dengan aku sekali. Kita habiskan sama-sama ok. Jap, aku pergi buat teh hijau untuk kapten aku
Fang - Pengsanlah aku lepas ni.. entah-entah, masuk hospital terus
Kasihan Fang. Dia terpaksa makan biskut tersebut. Kalau tidak, mesti kena bebelan dari abangnya lagi atau lebih teruk, hukuman latihan tempur. Tak sampai dua keping biskut, dia sudah pengsan. Lahap terpaksa habiskan biskut-biskut itu seorang diri dengan bahagianya
------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top