Mimpi
Pada suatu malam, Fang sedang dibuai mimpi yang tidak seberapa indah sangat tapi menarik
Fang - ABANG!
Kaizo - Bila masa aku abang kau!
Fang - ERK?! Abang dah lupakan adik ke? KEGILAAN APAKAH INI! SIAPA BUAT ABANG AKU SAMPAI LUPAKAN ADIK DIA SENDIRI?! Ini mesti Adudu punya kerja
Kaizo - Tiada siapa yang buat aku lupa tapi AKU MEMANG BUKAN ABANG KAU!
Fang - TIDAKKKKKKK! Sampai hati abang lupakan adik... siapalah diri adik ni, sampai abang sendiri lupakan diri ku yang terlalu handsome ni
Kaizo - Aku ada adik tapi bukan KAU! Adik aku adalah Boboiboy
FANG - HAH?! Si Boboiboy tu? BERANI DIA RAMPAS ABANG AKU DARI KAWAN BAIK DIA SENDIRI! AKU AKAN HAPUSKAN SI BUDAK BOBOIBOY TU!
Boboiboy - Lorr... bila masa pulak aku nak rampas abang kau.. bukan ke kau tu anak tunggal
Fang - EH?
Boboiboy - Kau ni kenapa? Banyak sangat mengamuk sampai lupa diri tu sendiri ke?
Fang - Err.. kejap.. kalau kau adik kepada abang aku.. dan aku anak tunggal macam si kau.. maknanya... AKU ADALAH WATAK UTAMA DALAM CERITA BOBOIBOY! YAHOOOO! Kena tukar tajuk cerita ni iaitu FANG GALAXY! MUAHAHAHAHAHA! Biar semua tahu, ini dunia Fang dan popularitinya! MUAHAHAHA!
Kaizo - Kawan kau dah gila ke?
Boboiboy - Errr.. agaknya
Fang - Hahahahaa! Jangan cemburu bila aku dah jadi watak utama! Setiap episode aku akan munculkan diri kerana aku adalah watak utama.. MUAHAHAHAHAHAAA!
Boboiboy - Sah dah gila si Fang ni
Rizu - Kasihan abang Fang tu... muda-muda lagi dah jadi gila
Fang - RIZU! Hebat tak abang... abang sudah menjadi popular! Rizu bangga tak dapat abang angkat yang paling popular sekali
Rizu - Errr... tapi abang angkat Pizu ialah abang Boboiboy bukan abang Fang
Fang - HAH! TIDAKKKKKKKK! Oh tidakk... adakah ini maksudnya.. si pelik tu ada hati dekat aku?! TIDAKKKKKKKKKKK!
Lily - Bila masa Lily ada hati dekat landak.. hati Lily sentiasa dekat BBB-CHAN.. hehehee!
Fang - Aik.. apasal dia aje yang normal, yang lain semua tak normal?
Boboiboy - Habis tu, kau nak si Lily ada hati dekat kau ke?
Fang - Tak nak!
Kaizo - Boboiboy! Kau jangan layan sangat si budak sewel ni.. nanti berjangkit virus sewel dia tu dekat kau.. jadi aku nasihatkan, jauhkanlah diri kau daripada dia
Boboiboy - Baik abang!
Fang - Wei wei! Aku tak sewel lah! Aku ok aje ni.. otak aku masih berfungsi dengan baik.. jangan tinggalkan aku.. JANGANNN!
Fang terus terjaga dari mimpinya. Dia rasa lega kerana itu semua hanyalah mainan mimpi sahaja. Dia membuat keputusan untuk pergi ke dapur kerana tekak dia rasa kering. Sewaktu dia keluar dari biliknya, Fang terdengar beberapa suara di ruang tamu rumah. Lalu dia menjenguk sedikit di balconi rumah. Mata dia membulat besar apabila Boboiboy ada di situ dengan abangnya. Pada ketika itu, Boboiboy hanya mahu pertolongan dari Kaizo untuk kerja sekolahnya
Fang - TANGAN BAYANG!
Fang mencampak Boboiboy keluar dari rumah itu. Fang sangat berpuas hati dengan tindakan dia sebentar tadi
Kaizo - PANG! Kenapa kau campak kawan kau?
Fang - Sebab dia telah merampas abang dari adik! Dengan itu, dia perlu dicampak keluar dari sini!
Kaizo - Kau ni mimpi ke apa? BILA MASA KAWAN KAU NAK RAMPAS AKU? KAU Ni DAH MAMAI KE APA? Kawan kau cuma minta pertolongan dari abang sahaja
Fang - Err... dia tak rampas abang ke?
Kaizo - Tak
Fang - Jadi... tadi tu mimpi ajelah.. bukan betul?
Kaizo - Bukan
Fang - Err... kalau begitu.. ADIK LARI DULU! LARIAN BAYANG!
Kaizo - MANA KAU NAK LARI! PEDANG TENAGA!
Boboiboy - Adeh... mimpi punya pasal, aku pulak yang kena.. apalah Fang ni.. sabar ajelah
Lily - Sabar BBB-CHAN, sabar... meh Lily ajarkan Boboiboy
Boboiboy - OK!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga terhibur xD hehehe
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top