Merajuk

Pada suatu hari, Fang baru tiba di rumah bersama rakan-rakannya

Kaizo - PANG! BUATKAN SUP LOBAK MERAH UNTUK AKU!

Boboiboy - Aiyooo... sampai, sampai aje, terus abang kau dah panggil

Fang - Itu mesin dari peti suara bila ada orang buka pintu rumah ni. Semenjak aku pasang benda alah tu, abang aku setiap hari mesti aje ada arahan untuk aku. Sudalah setiap hari dok Pang Pang Pang.. rasa macam pipi aku kena tampar dengan dia

Yaya - Habis tu, kenapa kau tak buka?

Fang - Hmm.. bila aku nak buka, dia pergi ugut aku dengan hukuman latihan tempur. Malas aku nak kena hukuman dia yang tahap ganas lagi melampau tu. Badan aku rasa sakit dengan hukuman latihan tempur dia tu

Boboiboy - Hehehe.. ada ada aje kau ni. Bukan ke latihan tempur abang kau tu, membuatkan diri kau menjadi hebat seperti dia

Fang - Hebat memang hebat tapi janganlah selalu sangat! Bagilah aku berehat

Ying - Hehehe... sabar ajelah Fang. Abang lu pergi mana hari ini?

Fang - Abang aku ada dekat kapal angkasa dia

Gopal - Ohh... wei Fang, aku pergi terjah peti sejuk kau yea. Aku tengah lapar ni.. hehehehe

Fang - Hmm.. yelah tapi kau jangan nak sorok kertas ujian kau dalam peti sejuk aku sudah

Gopal - Errr... ma-mana ada aku nak sorok kertas ujian kau dalam peti sejuk rumah kau... hehehee...

Boboiboy - Hmm.. mencurigakan si Gopal ni

Rizu - ABANG FANG!

Fang - RIZU! ADIK KESAYANGAN AKU! Meh sini, abang nak peluk

Yaya - Aloloo.. comelnya korang berdua ni

Ying - Aiyoo.. manyak comel dia orang ni... hehehe.. tapi kenapa Rizu hari ini pakaian seperti seorang ejen?

Fang - Rizu? Hari ini Rizu ada apa-apa ke dekat sekolah?

Rizu - Bukanlah, Pizu hari ini jadi ejen Pizu! Abang ejen Rizwan ajar Pizu cara-cara menjadi ejen yang hebat.. eh, mana abang Fang?

Boboiboy - Dia sudah sorokkan diri dalam bilik. Dia merajuk lagi dengan Rizu

Rizu - Alaa.. apalah abang Fang ni. Setiap kali Pizu cakap pasal abang ejen Rizwan, mesti dia merajuk. Abang Fang ni tak bestlah!

Mereka boleh dengar Fang menangis seorang diri di dalam bilik

Boboiboy - Adeh.. menangis pulak kawan aku sorang ni. Tak sangka si Fang ni boleh merajuk hanya disebabkan ejen Rizwan..

Yaya - Hmm.. tahu takpe

Rizu - Takpelah, nanti Pizu pujuk abang Fang balik. Kakak Yaya, nanti ajar Pizu buat donut lobak merah yea. Pizu dengar, kakak Yaya ada resepi terbaru donut lobak merah. Mesti lagi sedap daripada yang biasakan

Yaya - Boleh aje!

Boboiboy dan Ying terus menggigil ketakutan

Rizu - Yeah! Terima kasih kakak Yaya! Pizu pernah cuba buat donut lobak merah tapi asyik tak menjadi aje. Kadang kala tu menjadi tapi donut tu, Pizu nampak kecik aje. Bila Pizu cuba buat lagi sekali, terus tak menjadi. Pizu pun tak tahu kenapa. Pizu cubalah bagi abang Fang rasa donut tu. Abang Fang cakap, tak berapa sedap sangat macam dekat kedai. Pizu tak terasa pun sebab Pizu tahu, donut tu tak menjadi sangat. Lepas tu Pizu ajak abang Paizo buat donut lobak merah sama-sama tapi donut tu terlebih masin pulak

Gopal - Hah! Sebut pasal makanan ni.. aku sudah siapkan mee goreng untuk korang semua! Jemput makan kawan-kawan ku sekalian

Boboiboy - Baiknya kau buatkan mee goreng ni untuk kita orang

Gopal - Hehehee... aku memang baik pun. Lagipun aku tengah lapar, jadi aku pun masaklah apa yang ada dekat dapur si Fang tu

Yaya - Tapi Fang tak marah ke sebab guna barang dia?

Gopal - Jangan risau, nanti aku belikan balik barang-barang dapur dia.. tapi tunggu aku ada duit dulu *Gopal tersengih*

Kaizo - Bagus bagus... ada pun makanan walaupun bukan sup lobak merah

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying - ERK! ABANG KAIZO DAH BALIK!

Kaizo - Yea, aku sudah balik dan perut aku sudah lapar

Rizu - YEAH! ABANG PAIZO DAH BALIK! Bolehlah kita makan sama-sama. Pizu pergi abang Fang kejap ok. Mesti dia tak merajuk dengan Pizu dah

Kaizo - Tak perlu, biarkan dia merajuk sorang-sorang dalam bilik

Rizu - Baik abang Paizo!

Kaizo - Mari kita makan.. si Pang tu merajuk sebab apa?

Rizu - Dia merajuk sebab Pizu cakap tentang abang ejen Rizwan. Abang Paizo nak tahu tak, abang ejen Rizwan tu handal sangat! Rasanya lebih handal daripada abang Paizo kot. Yelah, dia takde guna pedang macam abang Paizo. Dia hebat dalam berlawan dan hanya guna dua jari sahaja untuk buat musuh dia jatuh pengsan. Lepas tu, lolipop dia sangat hebat! Eh.. mana abang Paizo?

Boboiboy - Hmmm.. abang Kaizo dah masuk bilik

Yaya - Abang Kaizo pulak yang merajuk..

Ying - Haiyaaa... apalah adik beradik alien ni...

Boboiboy - Sabar aje.. hehehe

Kasihan Rizu, dua-dua merajuk sebab asyik cerita pasal Ejen Rizwan sahaja. Bertabarlah Rizu.. hehehe..

-----------------------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top