Mengamuk

Part I

Pada suatu hari di kedai Tok Aba

Kaizo - Pang, apa yang kau sedang lakukan?

Fang - Adik tengah tulis surat wasiat khas untuk abang. Manalah tahu tiba-tiba abang kena tikam dengan musuh-musuh abang yang ramai sangat tu. Lepas tu abang tak sempat nak bagikan harta-harta abang dekat adik ke. Jadi adik tulislah surat wasiat ni

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Lalu dia merampas surat wasiat itu

Kaizo - Hmmm.. kesemua harta milik Kapten Kaizo akan diberikan kepada adik kesayangan dia iaitu Fang. Kapal angkasa milik Kapten Kaizo juga akan diberikan kepada Fang, termasuklah alien maskot sekali iaitu Leftenan Lahap.. kau ingat Lahap tu mainan ke apa

Fang - Hehehehehehe

Kaizo - Jam kuasa milik Kapten Kaizo akan diserahkan kepada adik dia iaitu Fang kerana adik dia ingin menjadi lebih hebat daripada Boboiboy... tak habis-habis lagi budak ni.. Topeng helmet Kapten Kaizo juga akan diserahkan kepada adik dia iaitu Fang. Kau ingat aku ni ada adik lain ke

Fang - Ada

Kaizo - Siapa?

Fang - Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Manalah tahu tiba-tiba abang nak bahagikan harta abang kepada mereka semua dan adik dapat sikit sahaja. Jadi sebagai adik yang terbaik, adik akan pastikan seluruh harta abang akan diserahkan kepada adik sahaja! ADIK AKAN GUNAKAN UNTUK- *Kaizo ketuk kepala adiknya dengan periuk*

Kaizo - Untuk membeli donut lobak merah dia lah tu.. hmmmm *Lalu Kaizo koyakkan surat wasiat itu* Berangan ajelah kau, harta abang milik abang seorang sahaja.. Hahahaa!

Fang - Tapi abang sanggup melihat adik duduk di rumah tiada duit untuk membayar bil elektrik, untuk membeli pakaian baru, beli makanan untuk mengisi perut adik mu yang sedang kelaparan ini *Fang buat muka kesedihan yang comel*

Kaizo - Habis tu.. selama ini kau duduk dekat sini semasa abang hantar kau ke sini untuk misi, kau buat apa? Kau duduk ajelah dekat rumah terbiar tu seorang diri dengan takde makanan, takde elektrik, takde perabot baru, kau duduk seorang diri dekat situ macam seekor kucing dibuang oleh tuannya. Macam mana kau hidup?

Fang - Errrrr... adik ambik kad kredit abang... ADIK LARI DULU!

KAIZO - PATUTLAH KAD KREDIT ABANG TAKDE MASA AKU HANTAR KAU KE BUMI! KAU YANG AMBIK KAD KREDIT AKU RUPANYA! MARI SINI KAU! AKU AKAN HUKUM KAU DENGAN LATIHAN TEMPUR SELAMA SETAHUN!

Ochobot - Kasihan... kad kredit Kapten Kaizo selalu menjadi mangsa Fang

Boboiboy - Heheheee... terbaik

Kaizo muncul di belakang Boboiboy dengan aura-aura kegelapan dia

Kaizo - APA TERBAIK TERBAIK! KAU PUN NAK KENA TERIMA NASIB MACAM SI PANG KE! MARI SINI! RASAKAN KEAMUKAN TAHAP 200 DARI AKU, KAPTEN KAIZO!

Boboiboy terus larikan diri. Maka, Fang dan Boboiboy dikerja oleh keamukan Kaizo sehinggalah kedua-duanya kena humban dekat medan latihan tempur. Mereka dikenakan hukuman latihan tempur versi sadis tahap 200

Boboiboy & Fang - AMPUNKAN KAMIIIIIII! TIDAKKKKKK!

---------------------------

Part II

Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo

Fang - ABANGGGG!

Kaizo - Kau nak apa?

Fang terus letak Lily di sebelah Kaizo. Mata Kaizo melirik kearah Lily yang sedang tersenyum lebar itu. Dahi Kaizo berkerut-kerut, tangan dia sudah mula gatal untuk keluarkan pedang tenaga

Kaizo - Ke-ke-ke-ke-KE-KEAMUKAN KAPTEN KAIZO!

Fang dan Lily terus larikan diri kerana Kaizo sudah mengamuk tak tentu pasal. Sambil mereka dikejar oleh Kaizo, sempat lagi Fang dan Lily berborak

Fang - Wei Lily, aura kau untuk membuat abang aku mengamuk memang kuat yea

Lily - Heheheheeee... atau aku ni jenis memang muka minta abang Kaizo mengamuk

Fang - entah.. tapi apa-apa pun.. LARI!

Akhirnya, Fang dan Lily dikenakan hukuman latihan tempur versi Kaizo mengamuk

--------------------------------

p/s - entahlah funny ke tak... author hentam sahaja

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top