Lily Lagi?

Pada suatu hari, di kedai Tok Aba

Boboiboy - Fang, aku nak tanya kau sesuatu

Fang - Kau nak tanya apa?

Boboiboy - Kenapa hari tu, abang kau yang buat siasatan? Kenapa bukan kau sendiri yang buat? Yelah, kapal angkasa kau, sepatutnya kau lah soal siasat kita orang

Fang - Abang aku cakap, aku terlampau sedih sangat dan mungkin akan mengamuk. Jadi, dia kendalikan siasatan itu

Boboiboy - Ohhhh...

Lily - Lily pun sedih juga

Fang - Apasal kau tiba-tiba sedih pula?

Lily - Sebab trio Troublemaker TAK AJAK LILY HURU-HARAKAN KAPAL ANGKASA LANDAK! Dia orang mesti sudah lupakan Lily

Boboiboy - Errr... janganlah begitu. Dia orang tu masih lagi kawan baik Lily

Lily - Betul ke? Lily rindukan kawan baik Lily si Thorn tu. Dia tu comel macam Lily! Hehehehehehe.. tapi Lily tak boleh maafkan mereka! Kerana mereka tidak pujuk hati Lily yang sudah remuk kerana mereka bertiga!

Fang - Ala, suruh ajelah si Boboiboy tu maafkan. Ajak dia pergi jalan-jalan ke, pergi makan ke, pergi taman tema Disney ke, pergi tengok wayang ke.. tak pun pergi jalan-jalan dekat angkasa tu

Mata Lily semakin lama semakin membulat besar dan semakin bersinar. Bukan mata dia sahaja, malah senyuman dia semakin lama semakin lebar sehingga ke pipi. Boboiboy terus menepuk dahinya

Boboiboy - Wei wei, apasal kau bagi cadangan dekat dia

Fang - Dah tu, trio Troublemaker kau buat hal. Jadi kau kena bertanggungjawab untuk minta maaf dekat si pelik!

Lily - Betul tu! LILY SOKONG SAHAJA!

Boboiboy - Ta-tapi..

Fang - Takde tapi tapi.. kau kena bertanggungjawab juga!

Boboiboy - Tapi kalau difikirkan balik.. Fang ni lagi banyak buat salah dekat Lily dan dia mana pernah minta maaf dekat Lily. Betul tak?

Lily - Hmmm... betul juga tu!

Fang - Eh! Aku pula tapi paling utama sekali ini, Boboiboy tu perlu minta maaf dekat kau. Yelah, si pelik ni kan peminat nombor satu.. aku ni kawan biasa kau aje. Betul tak?

Lily - Hmm... betul betul

Boboiboy - Tapi Fang kena minta maaf dulu. Dia tu kan suka marah kau, panggil kau macam-macam tapi langsung tak nak minta maaf

Fang - Ala, si pelik ni pun tahu perangai aku macam mana. Jadi, lebih baik dia pergi dekat Boboiboy sebab kau kan baik. Senang minta maaf dekat kau. Aku ni pula, sombong, suka mengamuk dan kaki berlagak

Lily - Betul juga tu

Fang - Dan aku akan belanja korang tapi guna kad kredit abang aku. Korang guna aje kad kredit dia. Hehehehehe.. korang nak pergi Disneyland guna kad kredit dia pun, no problem

Lily - Wuuuuu! Bestnya! BBB-CHAN! JOM PERGI DISNEYLAND!

Boboiboy - Eh, Fang lah bawa Lily pergi sana. Kau yang kena minta maaf dulu

Fang - Tapi Thorn kan kawan baik kepada Lily. Jadi kau Boboiboy, sebahagian daripada pecahan dan juga wakil kepada Thorn, kau harus bertanggungjawab dan minta maaf kepada Lily dengan membawa dia ke mana sahaja dia ingin pergi! Dan kad kredit abang aku akan belanja korang

Lily - WUUUUUU! Betul juga tu! Thorn harus minta maaf dekat Lily

Boboiboy - Wei Fang, kau nak aku guna kad kredit abang kau? Kau nak aku kena kejar dengan abang kau ke? Bukan ke lebih elok kalau kau, Fang, yang bawa Lily pergi jalan-jalan. Yelah, kad kredit Kapten Kaizo yang nak guna nanti

Fang - Tapi.. si pelik ni bukannya suka kalau aku yang bawa. Kalau kau yang bawa, mesti dia akan teruja

Lily - Betul tu! BBB-CHAN lagi best daripada landak! Landak suka sangat nak hentam Lily yang kerdil dan lemah ni

Boboiboy - Err.. kalau bawa Fang sekali boleh ke?

Fang - Apasal aku pula kena ikut sekali?

Lily - Landak boleh aje ikut tapi dia kena jalan jauh-jauh daripada kita orang.. hehehehe

Fang - Jadi, apa pilihan kau? Dengan aku atau dengan Boboiboy.. JANGAN PILIH AKU!

Lily - Hmmm.. Hati Lily ingin memilih BBB-CHAN tapi si landak ni, kena layan Lily seperti seorang puteri sebagai minta maaf... errr... mana satu yea? BBB-CHAN atau landak? Kalau pilih dua-dua boleh ke? Tapi landak kena pergi main jauh-jauh... hmmmm

Fang - Ala, pilih ajelah BBB-CHAN kau tu. Dia kan prince charming kau

Lily - BBB-CHAN my prince charming! Baiklah Lily akan pilih BBB-CHAN tapi landak kena minta maaf dekat Lily dulu! Tapi nanti tak dapat berdating dengan-

Fang - TOLAKAN BAYANG!

Lily terpelating jauh dan entah ke mana dia jatuh, author sendiri pun tak tahu

Boboiboy - FANG! APASAL KAU PERGI CAMPAK DIA?

Fang - Selesai masalah kita

Boboiboy - Kau ni, tak patut buat macam tu

Fang - Ala, kau pun tak nak pergi jalan-jalan dengan dia kan? Aku lagilah tak nak jalan-jalan dengan si kerepek pisang tu. Entah apa dia akan merepek nanti. Si pelik tu pun, tak boleh nak buat keputusan. Jadi, aku buat keputusan untuk campak dia jauh-jauh. Selesai 3 masalah

Boboiboy - Kau ni, memang kawan yang kejam yea

Fang - HAHAHAHAHA! Lagipun aku dah bosan dengan cerita si pelik tu. Yelah, dah tiga cerita pasal nama dia tu. Entah bila nak cerita pasal aku dan abang aku tapi sudah mesti aku watak utama.. hehehe

Boboiboy - Hmmm.. yelah Fang

Fang - Jom makan. Aku dah lapar. OCHOBOT! CHOCOLATE PANCAKE SATU!

Sampai di sini sahaja cerita Lily.. hehehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top