Latihan Tempur
Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang ku yang... yang...
Kaizo - Yang apa?
Fang - Kejap, bagi adik fikir.. asyik terlajak macho, terlajak ganas.. terlajak apa tah lagi.. asyik guna ayat yang sama aje.. baik adik fikirkan sesuatu yang kreatif.. bagi adik fikirkan dulu
Kaizo - Lama lagi ke kau nak fikirkan?
Fang - Lama lagi
Kaizo - Kalau begitu, baik abang pergi makan dulu
Fang - Ok, nanti adik akan ganggu abang lepas sahaja adik habis fikirkan
Kaizo - Hmm... apa-apa ajelah kau ni. Aku baru nak ajak kau pergi ke kapal angkasa. Kau sudah lupa ke hari ni kita ada sesi latihan tempur
Fang - Itu adik lupa
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Fang - Tapi bagi adik fikirkan dulu, lepas tu baru kita pergi latihan tempur ok
Kaizo - Yelah...
24 jam kemudian
Fang - ABANG! ABANG! BANGUN! BANGUN!
Kaizo - KAU NAK APA PANG? PAGI-PAGI LAGI KAU SUDAH BANGUNKAN AKU!
Fang - Abang lupalah ni.. adik sudah pun habis fikirkan..
Kaizo - Jadi?
Fang - Abang panggillah adik balik
Kaizo - Hmm... yelah... PANG!
Fang - Yea abang ku yang tak reti nak senyum, asyik nak serius aje. Muka macam nak makan orang aje dan ada hati nak buli adik sesuka hati. Abang ku nak apa?
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Kaizo - Disebabkan semalam kau membazirkan masa abang dengan benda remeh temeh kau dan kau juga lupa dengan sesi latihan tempur semalam.. jadi hari ini kita akan mengadakan latihan tempur versi..
Fang - Abang! Bagi adik pilih latihan tempur versi apa yang adik nak
Dahi Kaizo berkerut-kerut lagi
Kaizo - KAU INGAT ITU PILIHAN KAU KE?
Fang - Bagilah adik pilih.. asyik abang sahaja yang tentukan latihan tempur versi apa.. bolehlah abang, bolehlah abang, bolehlah kapten ku yang super macho, super ganas, super sadis dan super bergaya!
Kaizo - Hmm.. yelah.. cepat pilih latihan tempur mana yang kau nak
Fang - Ok, bagi adik fikir kejap
Dahi Kaizo berkerut-kerut lagi sekali
Kaizo - Lama lagi ke kau nak fikir? Apasal kau tak fikirkan awal tadi
Fang - Adik lupa.. hehehee.. dan lama juga adik nak fikirkan ni... sebab banyak latihan tempur yang best best ni. Tak tahu nak pilih yang mana.. kejap yea abang. Harap abang dapat bersabar dengan penuh ketenangan
24 jam kemudian, di kapal angkasa
Kaizo - Sudah habis fikirkan?
Fang - SUDAH!
Kaizo - Bagus.. PEDANG TENAGA!
Fang - ABANG! ADIK BELUM BERITAHU LATIHAN TEMPUR VERSI APA YANG ADIK MAHUKAN!
Kaizo - APA AKU KISAH! KAU TU ASYIK NAK MELENGAHKAN MASA AKU DENGAN ALASAN-ALASAN KAU! BIAR AKU SENDIRI YANG BAGIKAN IAITU LATIHAN TEMPUR VERSI FOKUS!
Fang - Versi fokus?
Kaizo - HAHAHAAA! AKU BAGI SOALAN LATIHAN MATEMATIK SAMBIL BERTARUNG DENGAN KAU dan kau perlu bertarung dengan aku juga sambil berikan jawapan yang betul! Tapi.. kalau kau bagi jawapan yang salah, aku akan tambahkan masa lagi selama 1 jam untuk sesi latihan tempur kita
Fang - Kalau adik betul? tolak 1 jam.. hehehee *Fang tersenyum lebar kepada abang dia*
Kaizo - Bukan.. KALAU KAU JAWAP DENGAN BETUL PUN, AKU TETAP TAMBAHKAN MASA 1 JAM LAGI!
Fang - MANA ADIL!
Kaizo - ADIL KE TAK ADIL KE, KAU TU MEMANG PATUT KENA HUKUMAN! KAU PAKSA AKU TUNGGU 48 JAM UNTUK JALAN LATIHAN TEMPUR... RASAKAN PEDANG TENAGA DARI AKU! PEDANG TENAGA!
Fang - TIDAKKKKKKKKK!
Kasihan...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top