Ketenangan

Part I

Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo

Kaizo - PANG! Apa yang kau sedang buat tu?

Fang - Adik tengah buat sushi!

Kaizo - Sushi?

Fang - Haih, hari tu abang pergi Jepun.. tak kan abang tak cuba makan sushi dekat sana

Kaizo - Abang cuma pergi ke gunung Fuji untuk ketenangan sahaja tapi ramai sangat orang, terus tak jadi ketenangan. Abang terus cari air terjun dan duduk di bawah air terjun itu tapi ketenangan tak menjadi juga sebab terlampau sejuk sangat. Jadi abang cari sahajalah cafe yang jual teh hijau, baru ketenangan masuk ke dalam sistem badan abang yang terlebih macho ini

Fang - Hmmm... apa-apa ajelah abang ni *berkerut-kerut dahi Fang* Nah, cuba sushi ni

Kaizo cuba salah satu sushi

Fang - Macam mana?

Kaizo - Bolehlah tapi kenapa ikan ni mentah? KAU NAK BUAT ABANG SAKIT PERUT KE?

Fang - Abang ni! Sushi ni kan ada bahan-bahan mentah tapi bukan nasi dialah. Abang makan ok, adik tukang tengok abang makan sahaja

Kaizo makan kesemua sushi di depan Fang. Mata Fang sentiasa bersinar-sinar setiap kali abangnya makan sushi itu satu per satu. Kaizo rasa adiknya sangat teruja apabila dia makan sushi-sushi tersebut. Dia akan buat benda yang sama juga untuk adik dia

Keesokannya

Kaizo - PANGGGGGG!

Fang - Ye abang *muncul dengan muka anak kucing dia*

Kaizo - Disebabkan kau semalam telah sediakan sushi untuk abang, maka abang pun buat benda yang sama untuk adik iaitu SUSHI!

Fang - Betul ni abang?

Kaizo - Betul

Kaizo letak sebuah dulang besar di depan adiknya. Fang ternganga besar, mata dia terkebil-kebil melihat sushi tersebut

Fang - Abang! Ini bukan sushiiii!

Kaizo - Sushi lah tu, abang gunakan resepi baru dan abang nak adik yang rasmikan dulu.. sushi ayam mentah, sushi daging mentah, sushi telur mentah, sushi kentang mentah.. sushi lah tu

Pengsan Fang sebab dia tidak pasti, samada abang dia saja nak kenakan dia ataupun abang dia memang lurus bendul

Kaizo - Pengsan pulak kau... tak dapatlah aku nak bawak kau pergi berkelah nanti. Jadi hanya abang, Lynna dan Rizu sahaja yang berkelah

Kaizo terus keluarkan sushi yang sebenarnya dari peti sejuk. Dia biarkan adiknya pengsan di dapur dan dia pula, terus keluar untuk pergi berjumpa dengan Lynna dan Rizu di taman Pulau Rintis

------------------------------------------------------------

Part II

Fang - Abangggg! *Buat muka comel*

Kaizo - Kau nak apa?

Fang - Adik ada sesuatu untuk abang... adik belikan gula-gula kapas untuk abang

Kaizo - hmm... terima kasih tapi mana dia?

Terus Fang tunjukkan beberapa gula-gula berperisa strawberry dan segulung kapas. Berkerut-kerut dahi Kaizo

Kaizo - KAU CUBA NAK KENAKAN AKU KE?!

Fang - DAH TU! HARI TU ABANG KENAKAN ADIK DENGAN SUSHI TU!

Kaizo - Bukan ke abang sudah beritahu hari tu, abang nak cuba resepi baru yang orang lain belum pernah buat lagi sebelum ini. Itulah keunikan resepi baru abang tapi kau pengsan pula. APASAL KAU PENGSAN? AKU PENAT-PENAT BUATKAN UNTUK KAU! KAU PERGI PENGSAN! PEDANG TENAGA!

Terus Kaizo mengejar Fang

Fang - Abang aku ni bengong ke atau memang saja nak kenakan aku! *bisik Fang. Dalam hati panas semacam* TOLONG AKU BOBOIBOY! ABANG AKU SUDAH TAK BETUL!

Kaizo - APA KAU CAKAP! PEDANG TENAGA! PEDANG TENAGA! PEDANG TENAGA! PEDANG TENAGA!

Akhirnya Fang di belasah teruk oleh abangnya. Kaizo boleh duduk di kedai Tok Aba sambil menikmati air terbaru dari kedai Kokotiam iaitu teh hijau

Kaizo - Teh ketenangan.. *sambil itu, dia mengusap-usap pedang tenaga dia* Pedang ketenangan

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top