Kena Tipu
Pada suatu hari...
Kaizo - PANG!
Fang - Yea Kapten! Prebet Pang melaporkan diri di sini
Kaizo - Apahal kau ni? Kau nak aku dan kau pergi terbang ke angkasa lepas balik ke?
Fang - Bukan Kapten, tapi Prebet Pang telah mendapati sesuatu di dalam hidung kapten iaitu seketul astroid yang berwarna hijau telah memenuhi lubang hidung kapten. Nama astroid tersebut adalah taih hidung
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Kaizo - TAKDE BENDA LAIN KE KAU NAK CAKAPKAN?
Fang - Takde Kapten
Terus Kaizo ketuk kepala Fang dengan periuk nasi, terus Fang pengsan sambil lidahnya terjulur keluar
---------------------------------------
Keesokannya
Kaizo - PANG!
Fang - Ping!
Kaizo -PANG!
Fang - Ping!
Kaizo - PANG!
Fang - Ping!
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Kaizo - FANG!
Fang - FING!
Kaizo - FANG!
Fang - FING!
Kaizo - APAHAL DENGAN KAU NI? AKU PANGGIL KAU DARI TADI TAPI KAU ASYIK JAWAP PING PING PING PING!
Fang - Laa.. yer ke abang, ingatkan abang nak main dengan adik tadi. Abang panggil adik sebab apa?
Kaizo - Budak ni memang nak kena *berkerut-kerut dahi Kaizo* Makin lama makin berkedut dahi abang ni.. SUDAH! MALAS AKU NAK MELAYAN KAU!
Kaizo terus ke kapal angkasa dan pergi mencari spa galaxy untuk ketenangan. Sampai sahaja di sebuah kedai Spa Galaxy, barulah Kaizo dapat ketenangan
20 minit kemudian, hologram Fang muncul di jam tangan Kaizo
Fang - ABANGGGGGGGGGGGGG! ADA KECEMASAN!
Kaizo - Kenapa adik? Apa kecemasannya? Ada alien menyerang planet bumi ke?
Fang - Mengikut data yang adik terima, bahawa ada sesuatu telah tumbuh di kawasan permukaan yang amat lembut iaitu pipi abang. ABANG ADA TUMBUH JERAWAT!
Kaizo cepat-cepat lihat mukany di cermin
Fang - HAHAHAHAAAAAAAA! ABANG KENA TIPU!
Terus Kaizo mengamuk tak tentu pasal dekat kedai Spa Galaxy itu. Habis musnah semua benda, terpaksalah Kaizo kena ganti rugi balik
Kaizo - Adik aku ni... memang nak kena... *Aura-aura kenakalan Kaizo mulai keluar* Heheheheeee...
Takut pula pekerja kedai itu tengok Kaizo tergelak-gelak macam orang gila
----------------------------------------------
Keesokkan harinya di sekolah
Boboiboy - Aik, apa abang Kaizo buat dekat sini?
Kaizo cuma tunjuk seorang budak lelaki memakai costume itik, jalan mencangkung seperti seekor itik dan dipaksa cat satu sekolah dengan menggunakan berus gigi. Kaizo hanya duduk di bawah payung sambil menikmati air teh hijua dia dan juga beberapa jenis pastry yang ada di atas meja. Ingat ini english tea ke apa
Fang - ABANGGG! MAAFKAN ADIK! ADIK NAK BERGURAU AJE DENGAN ABANG! MAAFKAN ADIK!
Menangis Fang sambil ditangkap gambar oleh pelajar-pelajar lain, tapi paling memalukan, ada bintik-bintik merah seperti ada jerawat di muka Fang. Hidung dia siap keluar air lagi. Kasihan kau yea Fang
Boboiboy - Heheheee... terbaik
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top