Kaizo Stress Lagi

Pada pagi ahad, Kaizo sedang membaca novelnya sambil minum air kegemarannya iaitu teh hijau. Fang munculkan kepalanya di belakang sofa

Fang - Abang

Kaizo - Yea adik

Fang - Abang

Kaizo - Yea adik

Fang - Abang

Kaizo - Yea adik ku yang aku sayangi

Fang - Abang

Kaizo - Yea adik ku yang terlebih kacak

Fang - Abang

Kaizo - *Berkerut-kerut dahi Kaizo* Yea adik ku yang terlebih manja

Fang - Abang

Kaizo - Yea adik ku yang terlebih rajin

Fang - Abang

Kaizo - YEA ADIK KU YANG AKU SANGAT CINTAI! KAU NAK APA?

Fang - Terima kasih abang!

Kaizo - *Rasa pelik* Apasal kau berterima kasih pulak?

Fang - Sebab abang asyik puji adik tadi.. terima kasih! Adik sambung buat kerja sekolah *Fang terus masuk ke dalam biliknya*

Kaizo - Ketenangan, ketenangan, ketenangan, ketenangan... PEDANG TENAGA! *Habis meja ruang tamu dijadikan mangsa oleh Kaizo*

Masih lagi tidak puas hati, Kaizo mencari kawan-kawan baik adiknya iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Lily. Faye terselamat sebab dia berada di rumah atuk dan nenek dia

Di sekitar Pulau Rintis...

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Lily - KENAPA KITA ORANG TERKENA DENGAN AMUKAN KAPTEN KAIZO?! APASAL BUKAN FANG? BATMAN, SUPERMAN, IRONMAN, SPIDERMAN, X-MEN! HELP USSSS! KAPTEN KAIZO MENGAMUK TAK TENTU PASAL!

Rizu hanya duduk di kedai Tok Aba sambil melihat mereka semua kena kejar dengan Kaizo, sambil itu makan kerepek pisang

-------------------

Keesokannya, Kaizo luahkan segala-galanya kepada Lynna. Dia baring di atas sofa dan Lynna duduk di kerusi lain

Kaizo - Semenjak ni, aku rasa tertekan betul dengan perangai adik aku yang serba tak betul tu. Nak kata dia terkena jangkitan kerepek pisang yang sudah berleluasa, mungkin juga atau mungkin aku selalu ketuk kepala dia. Aku sudah tidak tahu hendak buat apa dah, asyik nak bagi aku stress sahaja setiap hari. Aku perlukan ketenangan tapi mesti ada sahaja masalah dia akan lakukan seperti semalam. Yang jadi mangsa amukan aku, adalah kawan-kawan dia. Nak rasa mengamuk dekat adik aku tapi entahlah... dia buat muka comel pulak semalam..kalau berterusan begini, boleh naik gila aku. apa yang aku patut lakukan?

Lynna - Hmm.. pendapat aku, kau perlukan percutian yang jauh daripada adik kau sendiri tapi kau mesti tak nak pergi bercutikan

Lalu Fang munculkan dirinya

Fang - Abang

Kaizo - Apa? kau nak aku puji kau lagi ke? Adik abang memang seorang yang hebat, sama kuat macam abang, suka mengamuk tak tentu pasal tapi seorang yang rajin belajar, rajin mengemas rumah, rajin cari pasal dengan orang, rajin buat abang naik stress tapi kau juga paling abang sayangi. Kau juga tabah dengan segala cabaran yang diberi oleh aku atau orang lain. Kau juga yang sudi terima setiap bulian aku kepada kau. Adik juga seorang yang suka buat muka comel macam anak kucing dan juga suka bermanja dengan aku. Dah, itu sahaja abang boleh puji kau

Fang - Tapi adik tak nak abang puji adik... adik cuma nak katakan, yang adik pergi rosakkan kapal angkasa abang tadi sebab abang suruh Lahap ajar adik belajar memandu kapal angkasa abang tapi adik terlanggar batu-batu asteroid pula, lepas tu terhempas dekat bulan. Kapal angkasa abang sekarang ni ada dekat bengkel tapi adik guna kad kredit abang dulu dan Lahap pula pergi balik rumah dia sebab sudah lama tak balik rumah. Itu pun adik yang suruh tapi abang jangan risau, adik sudah beli sebuah kapal angkasa yang lebih canggih! lebih besar! dan lebih banyak senjata! Itu semuanya guna kad kredit abang dan adik ada juga beli sebuah piano untuk diri adik, itu pun guna kad kredit abang juga. Esok piano tu akan sampai ke rumah kita! Adik juga ada belikan tiket percutian abang untuk ke Jepun! tapi guna kad kredit abanglah.. abang suka tak?

Pengsan Kaizo

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top