Itik
Part I
Pada suatu hari, Fang melihat abang dia sedang masak sesuatu
Fang - Abang masak apa hari ni?
Kaizo - Abang hari ni masak kari lobak merah
Fang - Berapa banyak garam abang letak dalam kari tu?
Kaizo - Satu balang garam abang letak
Fang - Abang tak nak rasa masakan abang ke?
Kaizo - Tak, abang pasti masakan abang mesti sedap sebab aku tengok kau, relax aje telan semua
Fang - Nah, abang letak ni sekali
Kaizo - Apa ni?
Fang - Ini adalah kicap! Abang bubuh dalam kari lobak merah tu
Kaizo pun ikut sahaja arahan dari adik dia
Fang - Lepas tu letak ni sekali
Kaizo masukkan sos tomato
Fang - dengan ni sekali
Kaizo - Betul ke kena masukkan susu dalam kari?
Fang - Abang ikut aje, gerenti sedap dan semua orang akan suka dengan kari abang yang mantap ni!
Kaizo - Baiklah.. lepas tu, kena masukkan apa lagi?
Fang - Masukkan tempoyak sekali.. abang jangan makan pulak, nanti abang jadi ceria semacam
Kaizo - Hmmm.. tak boleh ke abang jadi ceria?
Fang - Boleh tapi dalam mimpi abang sahaja
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Fang - Lepas tu kita kacau dan tunggu 10 minit
Kaizo - Lepas habis 10 minit?
Fang - Adik nak bawak dan bagi kawan-kawan adik rasa masakan abang *Control muka dia daripada buat muka nakal* terutama sekali kawan baik adik tu, si Boboiboy
Kaizo - Bukan si pelik ke kawan baik kau?
Fang - Bukan, dia memang nak kena sekeh dengan aku *Bayangkan diri dia tengah sekeh kepala Lily* Heheheheee...
10 minit kemudian, Fang telah bawa lari kari lobak merah ke kedai Tok Aba.. terus dia bagi Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye makan kari lobak merah itu. Semuanya menghirup kari itu secara serentak, terus mereka lari lintang pukang dan bertukar menjadi anak itik. Tok Aba terus memarahi dan membebel dekat Fang, dia paksa Fang menangkap anak-anak itik tersebut
Fang - KENAPA KAWAN-KAWAN AKU JADI ANAK ITIK NI?! ABANG AKU LETAK APA DALAM KARI LOBAK MERAH NI? TIDAKKKKKKKK! AKU HANYA MAHU BERGURAU SAHAJA, TAK SANGKA PULA KAWAN-KAWAN AKU JADI ANAK ITIK!
Jauh dari situ, Kaizo tersenyum sinis melihat adiknya menangis-nangis sambil kejar anak-anak itik di depan kedai Tok Aba. Ini adalah idea nakal datang dari Kaizo, dia tahu adik dia akan buat nakal sebab dia tahu kari itu rasa tidak begitu sedap. Lalu dia memanggil Emmy untuk jayakan idea kenakalan dia. Emmy telah menggunakan alatan dia untuk menukar kawan-kawan Fang menjadi anak itik
------------------------------------------------
Part II
Fang - ABANGG!
Kaizo - Yea adik, kau nak apa? nak duit lagi ke?
Fang - Bukanlah abang ku sayang, kak Lynna ada hantar sup lobak merah *terus Kaizo berlari masuk ke dalam dapur* Lupa pula, dekat dapur tu.. sup lobak merah yang abang buat semalam tapi dah basi.. sup lobak merah yang kak Lynna hantar, adik dah habis makan... hehehehehehe *bisik Fang*
Dengan itu, Kaizo asyik keluar masuk tandas sahaja sebab sakit perut
Kaizo - LYNNNNNAAAA! KENAPA KAU BUAT AKU SAKIT PERUT!
--------------------------------------------
Part III
Lynna - Nah Fang, akak bagi kamu sebiji kek lobak merah
Fang - Terima kasih kak Lynna.. AKAKLAH KAKAK TERBAIK DARIPADA ABANG ADIK SI KAPTEN KAIZO TAK GUNA TU! *Fang peluk Lynna seerat-eratnya*
Lynna balik ke rumah dia selepas sahaja selesai latihan tempur bersama Kaizo. Fang terus makan kek lobak merah itu tanpa berasa ragu-ragu. Dia baru nak makan, Lily muncul dengan sebuah kotak kecil
Lily - NAH! LILY BUATKAN KEK PETAI CAMPUR LOBAK MERAH! LANDAK FAHAMKAN APA YANG LILY CAKAPKAN NI? LILY TAKUT LANDAK HANYA FAHAM BAHASA ALIEN SAHAJA!
Fang - WOI! AKU FAHAMLAH APA YANG KAU CAKAPKAN TADI!
Lily - TAPI APASAL HARI TU LILY CAKAP DENGAN LANDAK, LANDAK BUAT-BUAT TAK TAHU AJE?
Fang - SEBAB AKU MALAS NAK LAYAN DENGAN KEPELIKAN KAU!
Lily - OH MALAS! TAKPE TAKPE... LILY TAK NAK BAGI LANDAK MAKAN KEK NI! Tapi mesti BBB-Chan suka dengan kek petai campur lobak merah
Muncul Kaizo dengan aura-aura kegelapan dia. Fang dan Lily lari lintang pukang keluar dari dapur sebab takut tengok muka Kaizo yang mengerikan itu. Lily sempat lagi selamatkan salah satu kek di situ
Kaizo - KENAPA KAMU BERDUA DARI TADI ASYIK MENJERIT AJE! AKU NAK REHAT PUN TAK TENANG!
Fang - Dia ni abang, dia yang start dulu
Lily - Bukan Lily.. tapi anak-anak itik tu yang mulakan dulu.. tapi apasal semuanya berwarna?
Fang - Woi! Apasal kau salahkan anak-anak itik tu pulak?
Kaizo terkejut melihat anak-anak itik dalam warna berbeza-beza
Kaizo - Apasal anak-anak itik ni berwarna-warna?
Fang - Senang nak tahu mana satu kawan-kawan adik nanti.. anak itik warna oren tu Boboiboy, yang hijau tu Gopal, yang pink tu Yaya, yang biru tu Ying, yang merah tu Bella dan yang ada tiga warna tu Faye
Berkerut-kerut dahi Kaizo, Lily pun suka tengok anak-anak itik dalam pelbagai warna. Mata dia bersinar-sinar melihat kecomelan anak-anak itik yang berwarna-warni itu
Kaizo - PANG! APA KAU SUDAH BUAT DENGAN KAWAN-KAWAN KAU YANG SUDAH JADI ITIK!
Lily - WHATTTT! LANDAK JADIKAN BOBOIBOY JADI ANAK ITIK! *Lily goyang-goyangkan kepala Fang* LANDAKKKK! TUKARKAN BOBOIBOY MENJADI LELAKI SEJATI BALIK!
Fang - Ta-ta-tanyalah a-a-a-bang aku tu-tu *pening kepala Fang*
Kaizo - Aku yang suruh Emmy tukarkan dia orang jadi anak itik tapi si Pang ni mengamuk tak tentu pasal sebab dia tahu aku kenakan dia, terus termusnah alat Emmy tu.. kemungkinan mereka akan kembali menjadi manusia esok
Lily - Oh begitu.. kalau macam tu, meh anak-anak itik, Lily nak bagi korang makan kek
Terus anak-anak itik berkumpul di depan Lily untuk makan kek tersebut tetapi Fang rampas kek itu dari tangan Lily. Kaizo pula, sudah masuk ke dalam dapur
Fang - Woi! itu kek lobak merah dari kak Lynna untuk akulah!
Lily - Hehehehe... tapi.. abang Kaizo ada dekat dapur.. kek petai campur lobak merah ada dekat dapur.. JANGAN JANGAN, ABANG KAU SUDAH MAKAN KEK PETAI LILY! OH NOOO! THE HORROR! THE HORROR! WE ARE DOOM!
Fang dan Lily masuk ke dalam dapur, memang sah. Kaizo sudah pengsan di atas lantai dan kek Lily sudah separuh makan oleh Kaizo tadi
Fang dan Lily - SELAMATKAN DIRI SEBELUM DIA BANGUN DAN MENGAMUK TAK TENTU PASAL!
Lily - eh kejap, tapi apasal abang Kaizo tak mengamuk kalau kak Lynna bagi dia sakit perut hari tu?
Fang - Hehehe... itu aku yang bagi dia makan sup lobak merah yang sudah basi tapi sampai sekarang dia ingatkan kak Lynna yang bagi, jadi dia tak kan mengamuk kalau kak Lynna buat salah dekat dia. Dia cuma akan mengamuk kalau kita sahaja yang buat salah dekat dia.. jadi, dengan itu... LARIIIII!
Lily - Jangan risau, Lily akan bawakan kita ke tempat yang selamat dan jauh daripada abang Kaizo, dengan MENGGUNAKAN ALAT SERBA CANGGIH DARI FAYE IAITU ALAT KE MANA SAHAJA!
Fang - Kalau macam tu, sembunyikan kita orang ke tempat yang abang aku tak kan tahu
Maka, dengan itu Lily telah membawa dia dan Fang ke puncak gunung Himalaya dan terus mereka berdua membeku di situ. Dalam hati Fang, menjerit nama Lily.. siap bagi sumpah seranah sekali... hehehee
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top