Idola
Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo
Fang - Rizu, cuba tengok lakonan abang sebagai abang Kaizo
Rizu - Wah! Macam menarik aje
Fang - Mestilah menarik.. tengok ok
Rizu - Ok
Fang - PANG! KENAPA KAU NI LEMAH SANGAT! KAU NAK KENA LATIHAN TEMPUR KE?
Rizu - Hahaha! Macam abang Paizo lah! Abang Fang buat lagi
Fang - Ok... PANG! MANA SUP LOBAK MERAH ABANG?
Rizu - Best best! Pizu nak lagi!
Fang - Hehehe.. ok... PANG! CEPAT BUATKAN AIR TEH HIJAU UNTUK ABANG! PANG! KAU NAK KENA LEMPANG KE!
Rizu - Miahahahaha! Comel lah abang buat suara abang Paizo! Pizu suka
Fang - Hehehe.. abang memang comel dan bergaya pun.. cuba Rizu tengok ni.. PANG! Abang mengaku, abang ni bengong! Abang ku bengong!
Lalu Kaizo muncul di belakang Fang dengan riak wajahnya yang bengis seperti singa. Rizu terkedu seketika
Kaizo - Cuba kau ulang lagi sekali
Fang - Abang ku bengong!
Kaizo - Lagi sekali
Fang - Abang ku bengong!
Kaizo - Bagus.. sekarang ni, aku nak kau ketuk-ketampi sebanyak 50 kali
Fang - Baik abang
Rizu - WAH! Dasyatnya abang Paizo! Terus abang Fang dengar cakap abang.. memang bagus
Kaizo - Abang memang bagus pun *bangga dengan diri sendiri*
Rizu - Hehehe... tapikan abang Paizo, Pizu sekarang ni sudah ada idola baru
Kaizo - Siapa?
Fang - ERK! SIAPA RIZU? SIAPA? JANGAN CAKAP SI KAPTEN ITIK HOT NI IDOLA BARU RIZU! TIDAKKKKK!
Kaizo terus berikan renungan maut dia kepada Fang. Lalu sang landak itu sambung balik ketuk-ketampi
Rizu - Err.. bukan abang Paizo tetapi ABANG EJEN RIZWAN!
Lalu Fang jatuh kerana tidak dapat menerima kenyataan
Fang - Ke-kenapa dia? Kenapa abang bukan lagi idola Rizu? Kenapa? WHY RIZU WHY?!
Rizu - Sebab abang Fang dah tak cool. Abang Fang suka sangat cari pasal dengan abang Paizo. Abang Fang suka sangat peluk anak patung penguin. Abang Fang tak habis-habis dengan populariti. Lagipun Pizu dah naik muak dengan populariti tu sebab Pizu lagi suka kalau abang Fang tak kejar populariti dan Pizu tak suka kalau abang Fang berlagak sombong. Kadang-kadang Pizu rasa macam nak gigit aje abang Fang. Ejen Rizwan lagi best! lagi cool! dan sama hebat macam abang Paizo!
Fang - Oh tidak.. adik angkat ku hancurkan hati ku! TIDAKKKKK! Rizu sanggup buat begitu dekat abang? Apa salah abang kepada Rizu? Abang tetap bergaya dan tetap perasan hebat seperti selalu
Kaizo - Yang kau nak berdrama sangat ni kenapa? Cubalah jadi macam ejen Rizwan tu. Dia adalah seseorang yang aku boleh kagumi seperti Boboiboy. Bagi abang, perwatakan dia ada seperti abang juga, seorang yang serius tapi kau ni.. macam nak kena penampar aje. Kalau kau nak hebat dan bergaya macam dia, pergi belajar dari dia atau kau nak aku sendiri ajar kau?...
Lalu Rizu lari dari situ kerana tak sanggup mendengar ceramah dari Kaizo. Fang pula, masih tidak berpuas hati dengan adik angkatnya. Dia seperti ingin mengamuk di situ dan juga, dia tidak dengar ceramah dari abangnya kerana sibuk sangat dengan perasaan marah dia kepada Rizu. Akhirnya, Kaizo berikan hukuman latihan tempur akibat tak dengar bebelan dia sebentar tadi
------------------------------------------------------------------------------------
Maaf kalau tak best x(
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top