Hari Jadi Fang

Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo

Kaizo - PANG!

Fang - Yea abang ku yang terlajak laris

Kaizo - Apa yang kau merapu tu

Fang - Takde.. adik tak merapu apa pun.. abang panggil adik kenapa?

Kaizo - Sempena hari jadi kau yang ke 14, aku dan kawan-kawan kau akan memberikan sebuah hadiah yang kau impikan selama ini. Aku tahu hari jadi kau esok tapi disebabkan hadiah ini terlampau istimewa untuk kau, jadi aku akan berikan pada hari ini juga

Fang - HADIAH ABANG NAK KAHWIN!

Kaizo terus kejar adiknya dengan pedang tenaga. Selepas itu mereka sambung berkata lagi

Kaizo - BUKAN HADIAH AKU NAK KAHWIN!

Fang - Habis tu? Hadiah apa? HADIAH KAPAL ANGKASA UNTUK ADIK?!

Kaizo - Bukan juga

Fang - HADIAH DONUT LOBAK MERAH!

Kaizo - Bukan

Fang - Hadiah apa yang misteri sangat tu

Rizu - HADIAH ISTIMEWA!

Fang - Hadiah apakah itu adik angkat ku si Rizu

Rizu - Hehehee... kalau abang Fang nak tahu.. abang Fang kena tutup mata dulu

Fang - Kenapa kena tutup mata pulak?

Kaizo - Banyak soal pulak budak ni.. ORANG DAH SURUH TUTUP MATA TU, TUTUP AJELAH!

Fang - Hmm.. yelah yelah

Rizu terus balut mata Fang dengan sehelai kain. Dia dan Kaizo bawa Fang ke satu tempat. Kawan-kawan Fang sudah pun berada di situ. Sepupu dia pun ada di situ juga. Mereka sudah tidak sabar untuk melihat reaksi Fang nanti

Rizu - Abang Fang! Terimalah hadiah daripada kita orang!

Fang membuka ikatan dimatanya. Apa yang dia nampak, membuatkan mata dia terkebil-kebil dan mulut dia ternganga luas

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Rizu dan Harraz - HAPPY BIRTHDAY FANG!

Fang - KEDAI?

Kaizo - Yea.. kedai buku POPULAR! Kau juga yang asyik cakap nak popular, nak popular.. jadi aku belikan kedai buku popular ini, khas untuk kau

Fang - TAPI ADIK BUKAN NAK KEDAI BUKU POPULAR! ADIK NAK JADI POPULAR! ABANGGGGGGGGG!

Kaizo - JADI KAU TAK NAK HADIAH YANG AKU BERIKAN NI? SELAMA INI ABANG BERUSAHA UNTUK DAPATKAN KEDAI BUKU INI KHAS UNTUK KAU! TAPI KAU TAK NAK! TAK BERSYUKUR PUNYA ADIK! PEDANG TENAGA!

Fang - PELINDUNG BAYANG!

Kaizo - TUMBUKAN TENAGA!

Fang - HELANG BAYANG! SERANG ABANG AKU TU!

Maka dengan itu, berlakulah peperangan di antara Fang dan Kaizo. Yang lain, terpaksa larikan diri jauh daripada peperangan adik beradik itu.. hehehe..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top