Halau
Pada suatu hari, Kaizo rasa pelik semenjak dua tiga empat hari kerana dia rasa, rumah dia terlampau aman dan tenang sangat
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang ku terlajak hebat
Kaizo - Apasal aku rasa aman damai yea... rasa macam ada sesuatu yang tak kena
Fang - Ohhh... itu sebab adik telah menggunakan teknik untuk menghalau Lily dari rumah kita
Kaizo - Patutlah aku rasa bahagia aje.. rupanya si pelik tu takde. Teknik apa yang kau buat dekat dia tu? Jangan cakap kau pergi humban dia dekat planet lain
Fang - Isk abang ni.. tak baik buat dekat kawan kita macam tu
Kaizo - Hmmm... semenjak bila kau jadi baik ni?
Fang - Semenjak adik berkawan dengan Boboiboy, Gopal, Yaya dan juga Ying
Kaizo - Baiklah. Ceritakanlah teknik kau tu
Fang - Ceritanya begini...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Pertama
Lily - LANDAK! LILY DATANG NAK HURU-HARAKAN RUMAH LANDAK!
Fang - Lily nampak comel lah hari ni
Lily - Erk? Comel? Landak tak betul ke hari ni?
Fang - Tak, hari ini aku ok sahaja tapi kau memang nampak comel hari ini
Lily - Apakah?
Fang - Sudah sekian lama kita menjadi kawan, tetapi hari ini baru aku nampak kecomelan kau. Tak tahulah kenapa hati aku berdebar-debar apabila kau berada di hadapan aku
Lily - ERK?! LILY LARI DULU! BBB-CHAN! HELP ME! LANDAK TENGAH TAK BETUL! SELAMATKAN LILY, MY BBB-CHAN!
Fang tergelak melihat Lily lari lintang-pukang
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Kedua
Lily - Landak!
Fang - Hah! Datang pun kau. Aku nak tunjuk kau haiwan peliharaan aku
Lily - Wuuu.. landak bela landak ke?
Fang - Salah!
Lily - Habis tu? Landak bela kucing lagi ke? ataupun landak bela arnab? Tak pun anak itik comel!
Fang - Salah lagi! Nak tengok apa aku bela?
Lily - NAK!
Fang - INI DIA! Aku bela katak!
Lily - KATAK?!
Fang - Ini bapak katak, ni mak katak dan ini pula, anak katak
Lily - LILY TAK SUKA KATAK!
Lily lari lintang-pukang lagi. Fang dengan leganya, dia terus tersenyum sinis
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Ketiga
Lily - LANDAK!
Lily mengintai tingkap rumah Fang dan Kaizo. Mata dia bulat besar apabila dia nampak Fang sedang tikam badan abang dia beberapa kali di atas sofa. Badan Kaizo penuh dengan lumuran darah. Lily terus melarikan diri. Padahal, dia hanya nampak hologram Fang dan Kaizo sahaja
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Keempat
Lily - LANDAK!
Fang - Masuklah! Pintu tak kunci
Lily terus buka pintu rumah itu
Momoki - BUNGA HATI KU!
Lily - ERK?!
Tanpa berkata apa lagi, Lily terus melarikan diri kerana dia takut dengan kemunculan Momoki. Fang hanya tergelak sahaja sehinggalah Kaizo tepuk kepala adiknya
Kaizo - Kenapa kau ketawa macam orang tak betul?
Fang - Ohhh.. sebab adik pergi letak sesuatu dekat pintu rumah kita. Setiap kali pintu itu dibuka, nanti keluarlah satu suara seperti suara Momoki tadi
Kaizo - Hmmm... menarik. Kalau aku letak suara aku boleh ke?
Fang - Boleh aje abang
Kaizo - Hah! Bagus bagus.. setiap kali kau buka pintu rumah tu, mesti kau akan dengar pesanan aku kepada kau. Senang sikit abang nak suruh kau buat kerja
Fang - Cheh, mengambil kesempatan betul
Kaizo - Betul tu Pang... HAHAHAHAHAHA..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo - Patutlah kau letak suara Momoki hari tu. Kau nak halau tetamu tidak diundang rupanya
Fang - Betul tu abang! Hehehe.. bijak tak adik?
Kaizo - Kau memang bijak.. lepas ni, aku akan belanja kau donut lobak merah
Fang - TERIMA KASIH ABANG! Bestnya dapat donut lobak merah!
Kaizo - Tapi sebelum itu.. abang nak ketenangan sekejap dengan teh hijau abang
Fang - Baik abang ku yang terlampau kacak!
Dalam masa 2 minggu itulah Fang dan Kaizo rasa aman dan bahagia tetapi sekejap sahajalah kerana selepas itu, Lily sudah tahu tentant teknik Fang. Lagi bertambah huru-hara rumah mereka akibat Lily tidak berpuas hati. Terpaksalah Fang fikirkan jalan lain untuk menghalau Lily dari rumah dia
-----------------------------------------------------------------------
Maaf kalau tak best :P
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top