Hadiah

Part I

Fang munculkan dirinya di sebelah Kaizo yang sedang membaca novel hantu

Fang - Abang

Kaizo - Yea adik

Fang - Abang nak tahu tak kenapa Lily selalu panggil abang itik?

Kaizo - Kenapa?

Fang - Ada 3 sebab dia panggil abang itik. Yang pertama, sebab style rambut abang macam itik. Yang kedua sebab abang suka marah-marah orang macam Donald Duck

Kaizo - Bukan kau ke yang suka marah-marah orang macam Donald Duck? Dia kan panas baran macam kau

Fang tersengih sebab dia pun Donald Duck juga

Kaizo - Apa yang ketiga?

Fang - Yang ketiga adalah Itik bermaksud I'm The Incredible Kaizo! I.T.I.K

Kaizo Kaizo tersenyum sedikit disitu. Fang turut tersenyum sekali

Kaizo - Pelik pelik pun, reti juga puji aku. Esok aku akan hantar hadiah kepada dia. PANG! Sediakan laptop kau, abang nak order online untuk hadiah si pelik tu

---------------------------

Keesokannya di rumah Lily

Lily - APASAL RUMAH LILY PENUH DENGAN ANAK ITIK NI!

Anak-anak itik penuh satu rumah Lily, dari ruang tamu ke dapur ke bilik air sehinggalah ke bilik tidur di tingkat dua

Lily - INI MESTI LANDAK PUNYA KERJA! UWAAAAAAA! SAMPAI HATI LANDAK KENAKAN LILY! Tapi takpe, nanti Lily akan balas balik

----------------------------

Keesokannya di rumah Fang dan Kaizo

Kaizo - APASAL RUMAH AKU PENUH DENGAN LANDAK! SIAPA YANG PERGI HANTAR LANDAK BANYAK-BANYAK NI? *Jerit Kaizo sambil panjat tiang rumah*

Fang - ABANGLAH PUNYA PASAL! YANG PERGI HANTAR ITIK BANYAK-BANYAK DEKAT LILY KENAPA? MACAM MANA KITA NAK TURUN DARI SINI? *Jerit Fang yang sudah panjat tiang*

Kaizo - Sebab abang nak bagi dia hadiah, abang bagilah itik banyak-banyak

Fang - LAIN KALI BAGILAH BOBOIBOY SEBAGAI HADIAH!

Kaizo - hmmm... bagus juga idea kau

Fang terus fikirkan benda lain sambil tersenyum sinis

---------------------------

Keesokannya di rumah Lily. Mata Lily bersinar-sinar apabila melihat laman rumahnya

Lily - Lily rasa sangat bahagia kerana LAMAN RUMAH LILY PENUH DENGAN ANAK PATUNG GERGASI BOBOIBOY!

Lily peluk anak patung itu. Tiba-tiba sahaja ada satu penumbuk mainan keluar dari bahagian perut anak patung Boboiboy. Kasihan Lily kena tumbuk. Terdampar dia di depan rumah

Lily - Adeh.. tak... guna... punya... landak *terus pengsan*

---------------------------

Keesokannya di rumah Fang dan Kaizo

Kaizo - Air juice lobak merah ke ni? *Kaizo minum air yang berwarna oren dan lalu pengsan di dapur*

Lily - ALAMAK! Sepatutnya air tu untuk landak.. AMPUNKAN LILY!

Terus Kaizo tersedar balik

Kaizo - Jadi, kau yang nak kenakan adik aku dan diri aku pula yang kena

Lily - Hehehe... sebenarnya, Lily nak kenakan landak sebab dia yang hantar anak itik banyak-banyak dekat rumah Lily. Lepas tu Lily balas balik dengan landak banyak-banyak, lepas tu dia pergi hantar anak patung gergasi Boboiboy yang siap ada mainan penumbuk sekali. Lepas tu Lily balaslah balik dengan juice lobak merah campuran perisa khas iaitu PETAI!

Aura-aura kegelapan Kaizo terus terserlah. Fang dan Lily kena kejar dengan Kaizo sebab dia baru nak berbuat baik dengan berikan hadiah tetapi jadi macam ini pula

Kaizo - MACAM MANA AKU TAK PENING KEPALA DENGAN KORANG BERDUA NI! AMBIK NI! PEDANG TENAGA!

Fang dan Lily - TAPI ABANG KAIZO YANG MULAKAN DULU! SIAPA SURUH HANTAR ANAK ITIK BANYAK-BANYAK!

Kaizo - AKU TAK PEDULIK! JANJI AKU DAPAT AJAR KAMU BERDUA!

Sampai ke malam mereka kena kejar dengan Kaizo. Bertambahlah stress si Kaizo tu

------------------------------

Part II

Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo

Fang - Abang!

Kaizo - Yea adik

Fang - Abang nak tahu tak, abang beli macam-macam untuk rumah kita ni tapi satu aje abang tak beli

Kaizo - Apa dia?

Fang - Kereta. Abang tak nak ke?

Kaizo - Abang sudah ada kapal angkasa lagipun kereta dekat sini tak boleh terbang

Fang - Ok

Kaizo rasa curiga dengan adiknya tapi dia abaikan sahaja

-----------------

Keesokannya..

Fang - Abang! Adik ada hadiah tapi abang kena tutup mata

Kaizo - Hadiah? Apasal abang kena tutup mata pulak

Fang - Sebab nak bagi kejutan dekat abanglah tapi hadiah tu takde dekat sini.. dekat tempat lain

Fang membalut mata abangnya dan lalu dia membawa abangnya ke padang sekolah. Dia membuka balutan di mata abangnya

Fang - SURPRISE!

Mata Kaizo terkebil-kebil melihat sebuah Private Jet yang terpapar di depan matanya

Fang - Ok tak abang? Surprise yang sesuai untuk abang. Kapal terbang ni ada tayar, ianya boleh berjalan di atas jalan dan juga boleh terbang macam kapal angkasa abang! Bolehlah abang hantar adik pergi ke sekolah tiap-tiap hari! YEAH!

Kaizo - Adik aku bengong rupanya *bisik Kaizo* Kau guna kad kredit aku lagi ke?

Fang angguk-angguk sambil tersenyum comel kepada abangnya

Kaizo - Baiklah, esok aku akan bawa kau terbang

Fang - YAHOOOOOOO! Terima kasih abang ku yang macho

----------------------------

Keesokannya, Lahap memandu kapal terbang Kaizo. Fang berdiri di tepi pintu yang sudah terbuka

Kaizo - PANG! Aku nak uji ketabahan kau, keberanian kau, kebijaksanaan kau dan juga ketakutan kau. Jadi aku nak kau terjun dari sini dengan payung terjun kau

Fang - Baik abang ku! ADIK AKAN TUNJUKKAN YANG ADIK TABAH! BERANI! BIJAKSANA DAN JUGA TIDAK TAKUT!

Kaizo - Bagus, bagi jam kuasa kau dulu

Fang - Ke-ke-kenapa?

Kaizo pegang tangan adiknya dan ambil jam kuasa itu dari tangan adiknya. Terus dia tolak adiknya keluar dari kapal terbang itu

Fang - ABANGGGGGG!

Kaizo - JANGAN LUPA BUKA PAYUNG TERJUN KAU! ABANG PASTI KAU DAPAT HIDUP DEKAT PULAU TERBIAR TU SELAMA SEMINGGU! JUMPA LAGI SEMINGGU, NANTI ABANG AMBIK KAU!

Fang - ABANGGGGGGGGGGG! ADIK AKAN BUKTIKAN KEPADA ABANG!

Kaizo terus tutup pintu kapal terbang itu

Kaizo - Lahap, terus ke negara Jepun sebab adik aku sudah tempahkan hotel untuk aku. Bolehlah aku relax dan jauh daripada adik aku selama seminggu

Lahap - Baik kapten... hmm.. tak tahulah nak kasihan dekat kapten aku atau dekat Pang sebab dua-dua suka cari masalah.. apa nak jadi dengan dia orang ni.. isk isk isk

Lily - Betul tu Lahap... isk isk isk.. nak kerepek pisang?

Lahap - Boleh juga

Tak pasal-pasal Lily dan Lahap pun kena humban juga dari kapal terbang. Maka Lahap, Lily dan Fang terpaksa bermalam di pulau terbiar selama seminggu. Kaizo memandu sendiri kapal terbangnya ke Jepun seorang diri

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top