Gelagat Fang dan Kaizo II
Pada suatu hari, Fang pulang ke rumah
Fang - Eh.. apasal ada meja makan dekat luar rumah ni? Mesti kerja abang aku ni.. ABANG!
Kaizo - Kau nak apa? *Muncul Kaizo dengan mangkuk sup lobak merah*
Fang - Apasal ada meja dan kerusi dekat luar rumah?
Kaizo - Dah kau kata nak makan dekat luar, jadi aku bawalah keluar meja dan kerusi.. kau ada masalah ke?
Fang - ABANG! JANGAN JADI MACAM THORN BOLEH TAK? Adik cakap, nak makan dekat luar MAKNANYA ADIK NAK KITA MAKAN DEKAT KEDAI!
Kaizo - Lain kali cakaplah makan dekat kedai! Ni cakap makan dekat luar, jadi kita makanlah dekat luar
Fang - Abang ni kan.. mengundang kemarahan adik betul
Kaizo - Kau tu yang suka cari pasal. Salahkan aku pula.. aku tendang karang
Fang - Mehlah tendang adik
Kaizo - Hah! Bagus bagus.. pusing belakang, biar aku tendang kau. Aku tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini!
Fang - Hampeh punya abang
Kaizo - APA KAU CAKAP?
Fang - Takde apa abang ku sayang... kenapa yea abang suka sangat buli adik! Bukan ke ibu cakap, jaga adik dengan baik tapi.. abang bukannya jaga adik, buli adik adalah
Kaizo - Kerana itu adalah salah satu peranan aku sebagai abang kau! Jangan risau, aku tetap buli kau secara baik
Fang - Baik apanya.. buli adik macam nak makan orang! Apasal abang garang sangat dengan adik? Kalau dengan kawan-kawan adik, alahai.. elok aje layan
Kaizo - Kenapa? Kau nak aku berlembut dengan kau macam sotong ke?
Fang - Jap.. adik nak bayangkan abang jadi lembut macam sotong.. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Merepek betul abang ni
Kaizo - Siapa suruh bayangkan.. kau ni benda yang merepek pun nak bayangkan. Mari kita makan sebelum kau merapu meraban dekat sini. Sampai esok kau tak habis merapu lagi
Fang - Baik abang tapi.. abang ke yang masak?
Kaizo - Yea, aku yang masak.. khas untuk kau
Fang - TERIMA KASIH ABANG! Tapi.. mesti rasa masinkan
Kaizo - Tepat sekali! Tapi kau akan makan apa sahaja masakan abang. Tak kiralah masin ke, manis ke, tawar ke, rasa pelik ke.. kau tetap akan makan. Bagus Pang, bagus!
Fang - Mestilah adik makan sebab kalau adik tak makan, adik mesti kena hukuman latihan tempur
Kaizo - Pandai pun kau
Fang - Lagipun adik kenalah jaga hati abang. Tak baik kecewakan hati abang ku yang keras macam batu... hehehee
Kaizo - Hmm.. bagus bagus.. mari kita makan sebelum makanan ni semua jadi sejuk. Nanti tak sedap pula
Beberapa minit kemudian. Air mata Fang tidak henti-henti mengalir keluar
Kaizo - Apasal kau menangis? Sedap sangat ke masakan aku ni?
Fang - Bukan sedap tapi rasa pelik.. adik nak telan pun, terpaksa telan juga.. sebab tu setiap kali adik kunyah, mesti adik menangis sebab TAK SEDAP DAN RASA PELIK!
Kaizo - Oh begitu.. kalau macam tu, mari tambah lagi!
Fang - ABANGGG!
Hehehe... kasihan Fang
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top